Covid-19 Tak Kenal Dari Kayangan Atau Bumi, Kaya Raya Tak Terkecuali

Sejak semalam, berlegar di media sosial akan kesukaran frontliners mendapat kerjasama daripada kluster ‘oversea’, kluster kayangan yang disifatkan menjengkelkan.

Enggan ditempatkan di wad yang disarankan, tak mahu beri kerjasama ketika diambil darah dan macam-macam keengganan sehingga ada petugas barisan hadapan negara terpaksa telan emosi, makan hati.

Sudahlah berpanas-panas, berpeluh-peluh di dalam baju PPE yang dipakai dalam jam kerja yang panjang. Seakan tidak mahu memahami betapa mencabarnya pekerjaan frontliners ini.

Virus Covid Tak Kenal Dari Kayangan Atau Bumi

Bak kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Covid-19 ini tak kenal pun kalau pesakit itu dari kayangan atau bumi.

Virus itu tak boleh bezakan. “Walau kaya raya pun tidak terkecuali daripada dijangkiti Covid-19

IKLAN

Sepatutnya, mereka ada kesedaran akan bahaya Covid-19 ini. Sedangkan, ada kes yang tidak ke negara berisiko pun dijangkiti Covid-19, jadi langkah berjaga-jaga perlu diperketatkan.

Kerana, sekali terlewa dan tak ikut perintah, tindakan degil itu bukan saja membahayakan anak, isteri, suami, malah orang-orang tua yang tinggi risiko. Jika rakyat Malaysia boleh akur #DudukRumah sebab nak sama-sama frontliners memerangi Covid-19.

IKLAN

Kenapa sukarnya mendapat kerjasama dari kluster ‘kayangan’ ini.

Halang Tugas Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang

Dan tinggi mana pun kedudukan mereka, tetap tidak terselamat daripada Covid-19. Sebab itulah, pesan Menteri Kanan (Keselamatan) ini lagi, agar mereka memberi kerjasama kepada petugas-petugas frontliners seperti doktor, jururawat dan sebagainya.

IKLAN

Yang berkedudukan tinggi sepatutnya lebih bertamadun daripada orang lain.”

Dari segi undang-undang saya percaya, mungkin ada.. (kerana) menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas masing-masing. Saya percaya ini boleh digunakan,” tambah beliau yang percaya tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang enggan memberi kerjasama apabila diminta oleh petugas kesihatan.

MW : Sentiasa mendoakan agar frontliners dipermudahkanNya dalam melaksanakan tugasan mencabar ini. Pasti ada ganjaran pahala untuk kalian. Amin.

Sumber/Foto : mstar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI