Muncul Pula Kluster Baru ‘OVERSEA’ Yang Menjengkelkan, Frontliner Rindu Geng Tabligh

Sepanjang menyantuni pesakit Covid-19 kluster tabligh, banyak cerita baik yang didengar. Dalam wad, mereka tak henti mendoakan petugas Barisan Hadapan yang bertungkus-lumus merawat mereka.

Beza sekali dengan kisah benar yang dikongsikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Mohd Afiq antara petugas Barisan Hadapan yang berdepan dengan kerenah kluster baru atau yang juga dipanggil kluster Turki/oversea.

Baca sini : Sekarang baru nampak kenapa Allah datangkan kluster tabligh kepada kita semua.

Kluster Baru Yang Menjengkelkan

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..

IKLAN

Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.

Lebih Banyak Demand

Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..

IKLAN

Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..

Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

IKLAN

Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.

Rindu geng tabligh.

MW : Dapat bayangkan bagaimana penatnya petugas Barisan Hadapan ini yang bekerja lebih masa, dengan penat dan panas. Terpaksa pula hadap sesetengah pesakit kluster baru ini yang tak pandai nak belajar bersyukur.

Sumber/Foto : Mohd Afiq

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI