Dr Wan Azizah Doakan Doktor Tujuh Sekeluarga Segera Pulih Dari Covid-19

Ini ujian hebat untuk keluarga doktor yang mana, tujuh sekeluarga disahkan positif Covid-19. Dan kisah mereka ini menyentuh hati rakyat Malaysia termasuklah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mantan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.

Keluarga doktor yang diuji ini, Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) yang disahkan positif Covid-19 bersama ahli keluarganya yang lain. Termasuk isteri, Mazrieni Mahd Zaki, 39, dan lima orang anak, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun.

Yang mana kesemuanya ditempatkan bersama dalam sebuah wad di HTI.

Kata Dr Wan Azizah, “Alhamdulillah, keluarga Dr Samsu Ambia, isteri serta 5 anak begitu gagah dan tabah menjalani ujian ini. Diiringi doa agar semua sembuh dan pulih secepat mungkin! Syafakumullah.”

 

Dr Wan Azizah Doakan Doktor, Tujuh Sekeluarga Segera Pulih Dari Covid-19
Kredit foto : instagram Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail

Rasa Sakit Itu Macam Hilang Nyawa

Kata Dr Samsu Ambia dengan akhbar mStar, ujian sakit ini diibaratkan sebagai pengalaman yang menginsafkan.

IKLAN

Ada satu malam tu rasa macam dah nak hilang nyawa. Ingatkan kena serangan jantung.” Akuinya lagi, sakit Covid-19 ini membuatkan deria rasanya malah deria bau hilang. Loya dan cirit-birit turut dialami.

BIla kena, baru tahu bagaimana yang pesakit rasa. Tak boleh nak digambarkan.” Sebelum ini, perasaan tak dapat dibendung waktu diberitahu dirinya positif 22 Mac lalu.

Bimbang siapa kelak yang akan menjaga anak-anak dan isteri. Takdir tuhan apabila kesemua ahli keluarganya positif.

 

IKLAN
Dr Wan Azizah Doakan Doktor, Tujuh Sekeluarga Segera Pulih Dari Covid-19
Kredit foto : facebook Gold Amy Edriena

 

Ahli Keluarga Doktor Tetap Ceria Walau Diuji Sakit

Biar pun ditempatkan di dalam wad yang sama, ahli keluarga ini tetap menunjukkan semangat yang kuat untuk melawan penyakit mereka. Malah, anak Dr Samsu Ambia turut berkongsi video yang untuk memberi semangat kepada kedua orang tuanya.

Kata ibunya, “Bismillah…bertuah anak-anak walaupun tengah fight dengan virus ni masih sempat buat videoclip untuk bagi mummy and baba happy.”

IKLAN

Kongsi bapa ini lagi, seandainya terbaring saja mungkin lambat untuk sembuh. Dengan bergerak dan buat aktiviti, mungkin boleh membantu melawan penyakit secara tidak langsung.

MW : Mendoakan agar seluruh ahli keluarga Dr Samsu Ambia terus kuat berjuang melawan virus Covid-19 dan pulih sepenuhnya. Malah, sesiapa saja yang disahkan positif, didoakan segera sembuh.

Marilah rakyat Malaysia putuskan rantaian Covid-19 dengan #DudukRumah

Baca sini : Covid-19 : Tak perlu sampai rendam, basuh sabun barang dapur baru beli.

Sumber/Foto : Dr Wan Azizah, Gold Amy Edriena, Mstar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI