Resepi roti puri atau nama lainnya roti arab atau roti kembung ini dikongsikan peniaga yang dah 9 tahun berniaga di pasar. Katanya, waktu berniaga dulu boleh terjual sampai 300 ke 400 biji sehari.
“Memang laku keras. Sampai tak menang tangan,” kongsi pemilik resepi, Ustaz Farid Rashidi.
“Boleh cicah dengan Kari Ayam, Daging, Kambing, Kuah Dhal atau Sardin. Part kuah, isteri saya yang buat. Jadi, khas untuk rakan-rakan FB semua saya share. Nak makan sendiri boleh, niaga pun boleh.”
“Mana tahu, nanti ada yang terdesak boleh buat duit, menyara keluarga.”
Resepi Roti Arab/Puri Kembung
Baiklah, sebab ramai nak resepi Roti Arab/Puri/Kembung tu, jadi mehlah saya share resepinya.
Bahan-bahan:
1. Tepung 1kg. 2. Yis setengah paket. Rendam dalam air suam. 3. Mentega 1 senduk nasi tu. 4. Susu pekat 2 sudu, bukan 2 tin. (Tak nak letak pun tak apa) 5. Gula 2 ½ sudu. 6. Garam 1 ½ sudu. 7. Air. Yang ni sukatan suka hati. Ikut sedap time uli.
Cara membuat :
Ads
Campur dan gaulkan semua ok.
Baca Bismillah. Campur semua bahan kecuali air. Gaul santai, rileks je. Jangan stress muka tu. Senyum sikit.
Uli lagi sampai gebu dan licin macam pipi baby.
Tuang air pelan-pelan. Tak payah kalut sangat. Kalut nak pi mana. Uli sampai tak melekat. Tak larat uli, suruh Encik Suami urutkan. Eh, ulikan.
Asal nampak bulat walaupun sedikit menggerutu.
Biar doh nampak licin, gebu kira ok. Tutup dan biarkan sejam dua.
Ads
Papan tak ada, pakai hentam guna tudung periuk.
Ok, dah cukup sejam. Tumbuk doh tu macam bertinju. Bulatkan. Leper dan gelekkan macam buat capati tu. Tabur tepung elak melekat.
Gemuk kan?
Panaskan minyak bagi padu. Bila nak goreng, siramkan sikit roti tu sampai kembung. Agak kuning, angkatlah. Kang hangit pula ye.
Ads
Versi bakar, 10 minit licin.
Nak bakar pun boleh. Jimat minyak.
Rangup di luar, lemah lembut di dalam. Confirm Mak Mertua puji.
Ok dah siap! Boleh cicah dengan apa saja termasuk kari semalam tak habis, boleh perangat balik.
Ha, janji share tau. Kongsi sama dengan orang lain.
MW : Bolehlah dicuba waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengarnya roti Gardenia pun dah stop bekalan di pasaran. Bolehlah masing-masing tunjuk skill. Buat roti sendiri.
Rupanya rahsia Ikan Masak Cuka sedap, kena letak bawang merah dan bawang putih yang kecil-kecil. Masakan simple ini secukup rasa dan sangat sedap dinikmati dengan nasi yang panas-panas. Buat mak-mak yang suka masakan ringkas untuk keluarga boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizah Saad ini. Ia merupakan resipi tinggalan dan masakan kesukaan arwah ibunya.
“Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah dan bawah Putih yang kecik-kecik..Siap sudah masakan kesukaan arwah mak. Alfatihah untuk mak semoga tenang di Sana.”
“Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat ke..senang ja.”
Bahan-Bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang kecik (pilih ulas yang halus-halus tau)
5 ulas bawang putih
6 biji Cili padi
1 camca biji sawi (mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca Cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumih.
Cara Membuat:
1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam pastu goreng.Jangan garing sangat tau.
2.Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang kecil dan bawang putih
4.Masukkan 1/2 cawan air.
5.Masukkan cuka, sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan cili padi.
7. Biaq sekejap dan angkat..dah boleh dihidang.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menarik resipi simple ikan masak cuka yang dikongsikan ini. Nak buat pun mudah je. Mak-mak yang tak de idea nak masak apa nanti boleh cuba resipi yang wanita ini kongsikan.
Khas buat peminat telur masin, jika selalu hanya beli telur masin, kali ni cuba buat sendiri secara homemade, tapi guna telur ayam pula.Dengan bajet kurang daripada RM10 boleh dapat 30 biji! Sangatlah menjimatkan dan berbaloi-baloi.
Berikut perkongsian resipi telur masin ini oleh Are Peace sebagai panduan;
“Setelah 2 minggu rendam dengan air garam.Guna telur ayam je.Zaman sekarang ni semua kena jimat.Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1kg RM0.80.Total rm10+ je, dapat 30 biji telur masin.”
Bahan-Bahan:
30 biji Telur Ayam
1kg garam kasar
Air secukupnya (agak-agak telur tu tenggelam)
Cara Membuat:
1.Masukan garam kasar dan air dalam periuk.
2.Masak atas api sehingga garam larut.
3.Sejukan dulu baru masukkan telur.
4.Rendam ditempat yang gelap selama 14 hari.
5.Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa.Boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan baru rebus.
Tip Ekstra!
Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren, masa peram pastikan simpan ditempat yang gelap.Lagi gelap lagi bagus.Saya simpan dalam kabinet dapur.
Puding tutti fruity, namapun dah cantik, apatah lagi bila lihat hasilnya. Kena cara buatnya memang sedap, mahu tak berhenti makan.
Nampak macam renyeh untuk membuatnya sebab kena ada filling buah. Sedangkan nak buat puding tutti fruity ni boleh saja ikut kreativiti masing-masing. Nak letak sumi atau buah-buahan segar pun boleh.
Kali ini perkongsian daripada Noor Faizah, cara buat puding tutti fruity yang cantik dan sedap.
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.