
Isi Kandungan
ToggleBila seharian duduk rumah, buntu juga dibuatnya. Anak-anak pula jenis kejap-kejap nak minta makanan. Mak-mak boleh buat resipi biskut mudah ni. Main campak-campak je, campur je semua bahan-bahan dan kacau guna senduk. Senang sangat.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Nazura Hamidi sebagai rujukan.
“Biskut kuarantin namanye. Duduk umah tak tak de buat apa..tengok cite Korea dari pagi ke petang pun bosan jugak.Resepi campak-campak cikdu jula hahaha.”
Bahan-Bahan:
1 ¹/² cawan tepung gandum
¹/² sudu kecil soda bikabonat
¹/² buku buttercup
Secubit garam
1 biji telur
1 cawan Choc chip
Esen vanila
1 cawan gula perang
Cara Membuat:
1.Campur je semua bahan-bahan tu guna senduk je.
2. Ambil sedikit dan letak pada dulang pembakar.
3. Bakar 160° (api atas bawah) 20 ke 25 minit.
Siap! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Samperit Cheese Unicorn, Tak Pakai Mixer Kacau Dengan Senduk Boleh Jadi
MW: Cuti di rumah, boleh cuba resipi ni buat dengan anak-anak. Mudah je, anak-anak mesti suka!
Sumber: Nazura Hamidi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Pari Bakar Marvellous, Kalau Tak Nak Pedas Boleh Kurangkan Cilinya!

Isi Kandungan
ToggleSedapnya kalau dapat makan ikan pari bakar yang dibakar bersama dengan sambal tumis. Lagi sedap kalau ikan bakar itu dimakan dengan nasi panas. Nak makan begitu sahaja pun boleh.
Cara buatnya tidak susah. Paling penting kena siapkan dahulu sambal untuk dibakar bersama ikan pari tersebut.Melalui perkongsian Erma Azizie ini, sambal ikan pari bakar ini agak pedas. Bagi yang tidak makan pedas bolehlah kurangkan cili.
Dan kalian ada pilihan samada hendak membakar ikan tersebut di dalam oven atau guna sahaja kuali pemanggang ajaib jika ada.Setelah siap bolehlah dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam.
Boleh Cuba Resipi Ikan Pari Bakar Perkongsian Erma Azizie Ini.
“Ikan pari bakar marvellous….Jom buat!!!”
Bahan-bahan
3 Ekor ikan pari sedang (potong 2)
2 Biji bawang besar
3 Ulas bawang putih
10 Batang cili kering (buang biji dan rebus)
3 Batang cili besar
4 Batang cili padi
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
Daun limau purut (mayang halus)
Daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah ye)
Daun pisang
Aluminium foil
Baca Ini Juga:
Ikut Tip Ini Dapat Rasa BBQ Super Sedap, Cantik Bila Bakar!
Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng
Cara Buat
1-Cuci bersih ikan pari.
2-Blend (kisar) bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang dah blend tadi sampai garing. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit. okay… Sambal dah siap…

5-Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. Kemudian ambil sambal letak sikit atas daun pisang. Letak ikan dan selepas itu letak lagi sambal. Kemudian balut ikan pari dengan aluminium foil.
6-Akhir sekali, bakar ikan pari sampai masak, Boleh bakar guna oven. Aku guna pemanggang ajaib sahaja. Siap!
MW: Siapa suka makan ikan bakar bolehlah cuba buat resipi ini. Kalau tak suka ikan pari, bolehlah tukar kepada ikan lain. Dan kalau tak mahu pedas, boleh kurangkan cilinya. Selamat mencuba!
Sumber/Foto: Erma Azizie
Follow Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Sendiri Jus Aloe Vera Di Rumah. Didihkan 5 Minit, SIAP

Biasanya, kalau beli air dalam tin, mesti ada yang pilih minuman jus aloe vera. Mungkin kalau anda yang pertama kali rasa, ia tidaklah ‘teruk’ sangat pun. Masih boleh terima kekenyalannya seperti agar-agar.
Mesti tertanya-tanya macam mana boleh hasilkan jus aloe vera ini dan cara membuatnya. Kat rumah memang banyak pokok, Cuma tak tahu macam mana nak manfaatkan nya.
Bagi tidak mensia-siakan tanaman ini, apa kata kita buat sendiri jus aloe vera kat rumah. Norija Nyoep turut berkongsi cara untuk membuatnya. Lepas ni, tak payahlah nak beli kat kedai, tambah perisa yang anda suka. Siap untuk di minum.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri Korean Cream Cheese Garlic SEDAP, Semerbak Bau Satu Rumah!
Buat Sendiri Kuah ROJAK BUAH. Rasa Sekali Mesti Nak Makan Berkali-Kali
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara Membuat Jus Aloe Vera
1. Mula-mula, ambil beberapa helai daun aloe vera yang sudah berbunga.
2. Kemudian, potong aloe vera ni dan kupas kulitnya.
3. Ambil isi seperti ini.
4. Potong isi aloe vera tu halus-halus bentuk kiub. Cuci potongan tadi dan toskan.
5. Masakan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula secukupnya.
6. Bila air + gula dah mendidih, masukkan kuib aloe vera yang ditoskan tadi dan kacau. Biarkan mendidih lagi beberapa minit sehingga kuib aloe vera tu terapung.
7. Apabila isi aloe vera dah terapung, kacau dan biarkan mendidih 5 minit. Jangan lama sangat nanti isi aloe vera tu hancur. Selepas itu, padam api dan biarkan sejuk.

Dah sejuk, masukkan ketul ais dan siap untuk di minum. Selamat mencuba.
.
MW: Kalau nak bagi sedap, bolehlah letak macam-macam perisa kan!
Sumber: Norija Nyoep
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Nostalgia Wajib Cuba

Jumaat kali ini, MW share empat resipi istimewa yang tidak rumit untuk di buat. Dikongsikan oleh Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Seri Hartamas, Kuala Lumpur…resipi ini pastinya pantas memikat selera anda sekeluarga.
MEE WANTAN DAGING
Bahan-bahan :
• 100 gm mee wantan direbus terlebih dahulu
• 100 gm daging
• 2 ulas bawang putih yang dicincang
• Sesudu besar kicap pekat
• Sedikit minyak bijan
• Sesudu teh serbuk ayam
• 2 batang sawi
• Sedikit lada sulah
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
2. Kemudian tumiskan daging hingga masak.
3. Masukkan mee wantan yang direbus terlebih dahulu, serbuk ayam, kicap, lada sulah dan seterusnya sawi. Masukkan air mengikut skala kuantiti kuah yang dikehendaki. Siap untuk dihidang.
NASI GORENG SALOMA
Bahan-bahan :
• Semangkuk nasi putih
• Sesudu sambal belacan
• Sebiji telur
• Sedikit serbuk ayam
• Dua ulas bawang putih dicincang
• Sedikit udang, bebola ikan, sotong, dan fishcake (bahan tambahan ini boleh diolah mengikut selera masing-masing)
• Minyak untuk menggoreng
• Garam secukup rasa (*jika perlu)
Cara membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan fishcake. Tumis sehingga bahan-bahan ini masak. Seterusnya masukkan sambal belacan.
3. Kemudian pecahkan telur, masukkan sedikit serbuk ayam gaul kesemua bahan tadi. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata kesemua nasi dan bahan-bahan rencah di dalam kuali. Perasakan dengan garam jika perlu, siap untuk dihidangkan.
MEE GORENG P. RAMLEE
Bahan-bahan :
• Sebiji telur
• 100 gm mee kuning
• 50 gm udang basah
• 50 gm sotong
• Bebola ikan secukupnya
• Fishcake secukupnya
• Sedikit bawang putih dicincang
• Sesenduk sambal *cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu
• Sedikit kicap pekat
• Sesudu sos cili
• 2 batang sawi yang dipotong kecil
• Sedikit serbuk ayam
• Sedikit tauge
• Minyak untuk menggoreng
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
Seterusnya tumis seketika udang, sotong, fishcake dan bebola ikan.
2. Langkah berikutnya masukkan cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu dan sos cili. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan mee dan sedikit air, diikuti dengan serbuk ayam. Curahkan kicap pekat serta pecahkan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan sawi dan juga tauge. Ringkas lagi menyelerakan.

KUIH LOMPANG
Bahan-bahan :
• 1.5 cawan tepung beras
• 0.5 cawan tepung ubi
• 2 cawan air
• Secawan gula merah
• Secawan gula pasir
• Pewarna mengikut citarasa masing-masing
• Dua helai daun pandan
• Kelapa parut bahagian putih sahaja
Cara Membuat :
1. Masak dua cawan air bersama daun pandan sehingga mendidih.
2. Dalam bekas berasingan masukkan tepung beras, tepung ubi, air dan secawan gula. Gaul kesemua bahan ini biar mesra. Jika ada yang mahukan lompang berwarna, anda boleh masukkan pewarna pilihan kedalam adunan ini.
3. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuannya.
4. Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan kemudian dikukus dalam periuk pengukus untuk tempoh 15-20 minit.
5. Setelah kuih lompang masak, angkat dan sejukkan seketika. Sebaik ia sejuk, barulah taburkan parutan kelapa di atasnya. Siap untuk dinikmati.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI