Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali hebat dan gemar memasak di dapur. Pelbagai resipi kerap dikongsikan didalam instagram khas aitangan_tunkuazizah yang sering menjadi rujukan buat followersnya. Baik dari jenis lauk pauk kampung, western, manisan dan pelbagai jenis resipi dikongsikan oleh baginda.

Jadi tak hairanlah, Tunku Azizah mendedahkan memiliki hampir 2,000 koleksi buku resipi masakan simpanan peribadi yang dikumpul sejak berusia 12 tahun.

“Buku-buku masak koleksi saya sejak dari umur 12 tahun, semuanya milik @t.afzan …. rasanya dalam 2000 buku”

“Bread And Butter Pudding”

Terbaru, tuanku ada kongsikan air tangan baginda iaitu “Bread And Butter Pudding” yang rasanya dikatakan sedap lain daripada puding roti yang biasa dimakan. Istimewanya resipi ini menggunakan isi kelapa muda. Baginda tuanku juga menyatakan bahawa”Bread And Butter Pudding” ini menggunakan resipi asal daripada Dinah Shore cookbook.

Berikut perkongsian tuanku;

“Bread and butter pudding, lain dari yang selalu kita makan dan sedap !

IKLAN

“Resipi ini sedap, tidak perlu rendam roti lama. Saya gunakan isi kelapa muda”

Bahan-Bahan:

6 keping roti Perancis
2 tin susu cair
2 1/2 cawan air
2 1/2 cawan gula
3 sudu kecil Esen Vanila
2 cawan kismis
2 cawan buah-buahan dalam tin/ fruit cocktails (ambil buah sahaja)
1 cawan isi kelapa
125gm mentega
6 biji telur

Cara Membuat:

1. Rendam roti dalam susu, air, gula dan campur esen vanilla.
2. Biarkan terendam dalam satu jam dan kacau sesekali.
3. Panaskan oven suhu 350F.
4. Selepas 1 jam, tambahkan kismis, buah koktail, isi kelapa dan mentega yang telah dicairkan.

5. Pukul telur guna tangan atau mixer dengan kelajuan perlahan.

IKLAN

6. Campurkan telur pada campuran tersebut. Kacau sebati.

7. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca pyrex 3/4 penuh.

8. Bakar puding tersebut selam 1 jam.

IKLAN

Menurut baginda lagi, puding roti ini sedap dinikmati begitu sahaja dan tak perlukan kan sos kastard atau cream anglaise. Boleh juga gunakan apa sahaja jenis roti yang ada.

Baca Lagi Di Sini:

Resepi Asal Stew Ayam Cara Raja Permaisuri Agong, Rugi Tak Cuba!
Raut Wajah Manis, Mesra & Berjiwa Rakyat, Kenali Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah

MW: Menarik resipi ‘Bread And Butter Pudding’ yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong ini. Mak-mak boleh lah cuba di rumah untuk anak-anak nanti, jika nak rasa kelainan puding roti yang selalu kita buat.

Sumber: Instagram aitangan_tunkuazizah