Ramai yang suka makan donut, terutamanya anak-anak. Buat mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, tak gebu, keras dan sebagainya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Dijamin jadi, naik kembang elok donutnya, senang tak perlu rehatkan doh dan paling penting dah sejuk pun tetap lembut.

Berikut perkongsian resipi daripada Puan Noorazline Ridda sebagai panduan;

“Bosan ke tu asik makan nasi je..Nah resepi donut 5 bahan, dijamin jadi dengan jayanya.”

“Resepi ni kompom jadik ye.Kepada yang kengkonon rasa tangan kejung tu buat kuih apa pon tak jadi, jangan risau yang ni kompom jadik. Jangan derhaka resepi ni, dijamin donut naik elok dah sejuk pon lembut”

“Ok nah amek resepi ni.Resepi donut tanpa perlu rehatkan doh.Donut gebu gebas uli tangan.”

Bahan-Bahan: (Nak banyak gandakan je)

Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!

Bahan A
2 sudu besar Yis
2 sudu besar Susu pekat
3/4 cawan Air suam
1 sudu teh Garam

-Bahan A di atas campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang.
Yis kena bebruih nampak dia macam mengembang dalam air.

IKLAN

Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!

Bahan B
2 sudu Marjerin
2 cawan Tepung gandum

-Gaulkan bahan B di atas. Guna tangan je.

Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Campurkan bahan A dan bahan B. Campuran air Tu letak sikit-sikit ye Yang sesuai je, jangan letak semua takut terlebih air. Agak-agak je tau.
2. Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan.
3. Bulat-bulatkan doh jadi lebih kecil.
4. Buat bulatan kecil dekat tengah-tengah. Tarik-tarik guna jari je.

Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!5. Dah siap boleh terus goreng. Tengah-tengah goreng nanti sure donut kembang.

Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!6. Boleh salut gula, coklat atau anything yang suka. Macam sis siap buat donut inti Cadbury lagi.

IKLAN

Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!

Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!

Info Ekstra!

  • Api tak boleh perlahan sangat tak boleh kuat sangat kenà agak-agak. Masuk kan donat masa minyak betul-betul dah panas, tapi bukan dengan api yang besar. Api sederhana je.

Ok selamat mencuba!
Kita dah cuba dan menjadi resepi daripada Shima Chym ni.

Baca Lagi Di Sini: Gadis Ini Kongsi Resipi & Tip Buat Donut Pandan Wangi Gebu Yang Dibuat Niaga

MW: Mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, boleh cuba resipi ni. Mudah nak buat, tak perlu rehatkan doh boleh terus goreng. Paling penting dijamin jadi, donut naik elok dah sejuk pun tetap lembut.

Sumber: Noorazline Ridda

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI