Apa nak masak hari ni ye? Jengok ke dalam peti ais, stok sotong masih ada. Selalunya masak resepi sotong celup tepung, sotong goreng kunyit je…apa kata kali ini cuba resipi sotong sumbat pulut Kuah Percik dan ketupat sotong ala Kelantan?

Anak-anak kecil pun boleh makan, sebab tak pedas pun. Ada orang jadikan lauk untuk dimakan dengan nasi tapi ada juga yang makan macam tu saja, umpama manisan.

Nak cuba? Masak resipi di bawah ni…

 

Ada stok sotong dalam peti asi, boleh masak resipi ini

Masak Resepi Sotong Sumbat Pulut Kuah Percik

Bahan-bahan:

600-700 gram sotong putih

2 cawan beras pulut  | Rendam 1 jam

1 ½ cawan santan kelapa

Garam secukup rasa

 Bahan-bahan sos percik:

10 gram bawang putih

30 gram bawang merah

IKLAN

30 gram halia

5 batang serai

5 tangkai cili merah

20 gram kunyit hidup

10 gram lengkuas

2 keping asam gelugur

IKLAN

40 gram gula Melaka

100ml         santan

100ml         minyak

Garam secukup rasa

Lidi secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian angkat dan gaulkan bersama santan yang telah dicampur dengan garam dan kukus lagi sekali hingga masak.
  2. Sumbatkan pulut yang telah siap dimasak ke dalam sotong dan sematkan bahagian hujungnya dengan lidi. Panggang sotong hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk membuat sos; kisar hancur bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai cili merah dan lengkuas.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hancur hingga naik minyak dan naik bau.
  5. Masukkan asam gelugur, gula melaka,santan masak hingga sos pekat dan perisakan dengan garam.
  6. Curah sos pekat atas sotong panggang. Sedia dihidangkan.

Ada stok sotong dalam peti asi, boleh masak resipi iniKETUPAT SOTONG ALA KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

1 kg sotong sederhana besar – jika hendak lagi sedap pilih yang bertelur

IKLAN

1 1/2 cawan beras pulut – dibersih dan ditoskan

2 cawan santan pekat

1 cawan air

1 ketul gula Melaka/gula merah

1 sudu teh garam

3-4 helai daun pandan

1/2 sudu teh halba

CARA MEMASAK:

  1. Mula-mula, bersihkan sotong. Kepala sotong jangan dibuang. Ketepikan.
  2. Tanak pulut bersama satu cawan air untuk menghasilkan pulut suku masak (Untuk mempercepatkan pulut dalam sotong masak).
  3. Sumbat pulut yang telah ditanak ke dalam badan sotong, kira-kira 3/4  penuh. Selepas itu sumbat kepala sotong dan sematkan dengan lidi sate agar pulut tidak terkeluar.
  4. Sotong yang telah siap diisi dengan pulut dimasukkan ke dalam periuk yang telah dialas dengan daun pandan. Kemudian masukkan santan, gula Melaka, halba dan garam secukup rasa.
  5. Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masaklah sehingga santan agak pekat.
  6. Sedia dihidangkan.

Rupanya sotong goreng kunyit kena masak tanpa minyak, api besar, barulah tak kecut, kekal pejal bulat.

Resipi: Terima kasih majalah RASA