Air Fryer memang banyak kegunaannya. Jika pernah makan Muffin Honey Butter yang cukup popular di Texas Chicken, mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah guna air fryer je.Rasanya memang sama. Wanginya bau butter dan manis madu dimakan panas-panas memang sangatlah sedap.Nak buat pun mudah je, campur semua bahan masukkan dalam loyang, set suhu 180° selama 15 Minit. Siap!
“Texas chicken Muffin (Honey Butter), sedap gaisss bahan mudah”
Bahan-Bahan:
*2 1/2 cawan tepung gandum
*4 sudu kecil baking powder
*Gula 2 sudu besar (manis ikut suka)
*butter yang sejuk (115gm)
Ads
140gm Susu segar
2 sudu kecil cuka
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan-bahan bertanda * sampai jadi bread crumbs.
2. Kemudian masukan pula susu segar dan cuka. Kacau adunan sebati.
3. Lapikkan loyang dengan aluminium foil dan masukkan adunan hanya pakai sudu/scop ja tak perlu bentuk.
4. Masak pada suhu 180/ selama 15 minit.
5. Selepas masak, topping atas sapukan butter & madu masa panas-panas.
MW: Mudahnya Muffin Honey Butter rasa sama macam di Texas Chicken, guna air fryer pun boleh jadi. Jadi buat mak-mak yang ada air fryer tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Haa.. dalam pada tak boleh nak berjalan-jalan sangat cuti sekolah ini kan, disebabkan wabak Covid-19, eloklah hidangkan makanan enak untuk anak-anak. Mak boleh buat cheese homemade yang rasanya ala cream cheese tatura tu dari susu segar masam atau yang dah rosak.
Pesan empunya resepi, Puan Eyda Sukiman, “Kita kembali kepada topik daily as housewife lah ya. Fikir banyak-banyak tak jadi apa juga, sebaliknya kita berusaha lebih gigih untuk jadi hamba Allah yang semakin hari semakin dekat padaNya. Tak perlu tunggu kiamat, sedangkan kematian pun setiap hari dekat dengan kita.”
Rupanya mudah saja nak buat cheese homemade ini. Cuma guna 4 bahan saja. Caranya pun tak rumit.
Harini Kekda 1st time buat Cheese homemade. Namanya Cottage Cheese. Asal terbuat cheese ni sebab semalam suami ada beli fresh milk sebotol.
“Pagi ni buka, try minum eh! rasa masam, rosak. Membazir sangat rasa. Lepas tu duk teringat pernah tengok channel Food Network sebelum ni, kalau ada susu rosak, jangan buang, sebalik boleh buat something more delicious, iaitu Cheese.”
Maka hari ni, terjadilah Cheese buatan sendiri Alhamdulillah. Mudah sahaja caranya. Tak rumit. Kekda share di bawah resepinya okay.
1) Fresh Milk / Susu Full Cream (tak semestinya yang basi / rosak, yang fresh pun boleh) 2) Cuka Makan 2 Sudu (Kekda guna jenama Tamin) 3) Kain Penapis (Kekda guna kain lampin anak je) atau korang beli kain tapis cheese di kedai Daiso ada kot. 4) Garam
1) Masak susu di dalam periuk, panaskan sehingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes Kekda ni, dah susu rosak, takmau membazir so Kekda buat jadi cheese.
2) Bila susu dah mula nampak mendidih, berketul sikit, tambahkan 2 sudu makan cuka . Cuka ni yang akan menjadikan ketulan susu tu kepada ketulan cheese, which is fungsinya memisahkan dari air susu kepada ketulan keju. In case korang tak de cuka, perah Lemon pun boleh kalau Kekda tak silaplah.
3) Lepas dah taruk cuka tu, kacau-kacau sekejap kasi yang ketulan tu terapung belah atas. Time ni korang dapat tengok, belah bawah air, atas ketulan keju. So dah jadiklah tu. Then matikan api.
4) Ambil kain tapis / penapis, (kekda guna kain lampin anak, makesure bersih okey) then curahkan semua yang dalam periuk tadi, di atas kain tapis tersebut. Kain tersebut makesure dibentangkan di atas tapis besi / apa-apa jenis bekas sejat .
5) Kemudian korang bolehlah nak perah air tu keluar sampai betul-betul kering. Means cheese tu elok duk bergumpal comel dan bukan dalam keadaan pecah-pecah macam mula-mula tadi.
6) Rendam dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2 jam. Tapi Kekda tak rendam pun, kekda bubuh sesiap garam dalam susu tu tadi. Okeylah sedang-sedang elok masinnya. By the way korang nak rendam tu jangan rendam cheese semata, rendam je sekali kain tapis tu sebab lepas tu senang korang nak perah balik, buang air lebihan garam tu.
7) Dah siap ! Bolehlaaaa nak makan cheese tu. Orang english/omputih panggil, COTTAGE CHEESE. Orang Melayu Kekda tak tau apa nama panggil dia. Rasa dia ? Sedap, macam korang rasa cream cheese Tatura tu kan, ha lebih kurang macamtu rasanya. Enak + lemak. Memang fresh gituuu.
Cheese ni ikut sukalah nak makan dengan apa. Roti boleh, buat macam ala-ala bauguet tu kan. Lepas tu nak buat sandwich pun boleh. Nak letak atas Pizza boleh jugak kot, sebab rasa lemak-lemak tu. Janji boleh makan
So selamat mencuba gais ! Kekda duk rasa-rasa ni kang habis macam tu ja. Sedapppppp. Jangan lupa try okay.
Cara simpanan boleh simpan di dalam peti macam biasa. Tahap ketahanan Kekda tak pasti tapi kalau based apa yang Kekda tahu seminggu boleh tahan lagi.
Rasa dia sedap, lemak-lemak krim. Kalau ikutkan rancangan TV Kekda tengok tu, cheese ni boleh guna untuk topping atas pizza, untuk kek pun boleh, untuk cheesekut pun boleh (kekda sendiri buat) sebab rasa/taste dia sebijik macam cream cheese Tatura tu.
Selain dari tu boleh buat as topping salad, letak dalam sandwich.
Untuk effect tarik macam Mozarella kekda tak pasti. Tapi rasanya lebih kepada untuk masakan. Juga boleh digunakan untuk masak/letak dalam kari. Sedap katanya lemak-lemak.
MW :Disebabkan bahannya tersangatlah mudah, rugi kalau mak-mak tak mencubanya.
Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan berempah macam ni. Mak-mak yang nak cuba kelainan masak untuk keluarga boleh cuba resipi Udang goreng kari yang dikongsikan oleh Puan Wan Nor Zuriati ini.
Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Paling penting memang mampu membuka selera, buat makan bertambah-tambah!
“Udang goreng kari favourite seisi keluarga, dapat resepi dari FB juga tapi Ayam Goreng Kari, pastu kita try udang pulak sedap juga. Makan dengan nasi panas-panas bertambah-tambah”
Udang Segar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
halia
cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
Serbuk kari ayam daging adabi
bawang Holand
Serai
Daun kari
Kunyit
Garam
Kentang
1.Blender bawang besar, bawang putih,halia, cili hijau.
2.Hiris bawang holand, bawang putih, serai dititik dan daun kari.
3.Udang letak garam dan kunyit.
4.Goreng udang separa masak.
5.Kentang digoreng.
6.Tumiskan bahan yang diblender guna minyak lebihan goreng udang tadi dan kalau perlu tambah minyak lagi. Takpe minyak lebih nanti dah masak boleh kaup sebab nak bagi cantik pecah minyak.
7.Bila dah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari.
8.Letakkan serbuk kari ayam daging.
9.Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, maggie cukup rasa dan sedikit gula perang.
10.Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi.
MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering, berempah, tak berkuah tapi sedap, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Ramai yang suka makan donut, terutamanya anak-anak. Buat mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, tak gebu, keras dan sebagainya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Dijamin jadi, naik kembang elok donutnya, senang tak perlu rehatkan doh dan paling penting dah sejuk pun tetap lembut.
“Bosan ke tu asik makan nasi je..Nah resepi donut 5 bahan, dijamin jadi dengan jayanya.”
“Resepi ni kompom jadik ye.Kepada yang kengkonon rasa tangan kejung tu buat kuih apa pon tak jadi, jangan risau yang ni kompom jadik. Jangan derhaka resepi ni, dijamin donut naik elok dah sejuk pon lembut”
“Ok nah amek resepi ni.Resepi donut tanpa perlu rehatkan doh.Donut gebu gebas uli tangan.”
Bahan A
2 sudu besar Yis
2 sudu besar Susu pekat
3/4 cawan Air suam
1 sudu teh Garam
-Bahan A di atas campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang.
Yis kena bebruih nampak dia macam mengembang dalam air.
Bahan B
2 sudu Marjerin
2 cawan Tepung gandum
-Gaulkan bahan B di atas. Guna tangan je.
1. Campurkan bahan A dan bahan B. Campuran air Tu letak sikit-sikit ye Yang sesuai je, jangan letak semua takut terlebih air. Agak-agak je tau.
2. Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan.
3. Bulat-bulatkan doh jadi lebih kecil.
4. Buat bulatan kecil dekat tengah-tengah. Tarik-tarik guna jari je.
5. Dah siap boleh terus goreng. Tengah-tengah goreng nanti sure donut kembang.
6. Boleh salut gula, coklat atau anything yang suka. Macam sis siap buat donut inti Cadbury lagi.
Ok selamat mencuba!
Kita dah cuba dan menjadi resepi daripada Shima Chym ni.
MW: Mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, boleh cuba resipi ni. Mudah nak buat, tak perlu rehatkan doh boleh terus goreng. Paling penting dijamin jadi, donut naik elok dah sejuk pun tetap lembut.