Bila cuti lama ni adakalanya buntu juga mak-mak nak masak apa untuk minum petang.Boleh cuba buat resipi cakoi cicah sos karamel ni. Cara nak buat sangat mudah, bahan-bahan pun tak banyak. Yang penting gebu dan sedap!

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Suraya Yaacob ni;

“Hai, petang ni rumah awak makan apa. Rumah saya harini buat cakoi cicah sos karamel.Ni cara saya buat cakoi. Walaupun bukan resepi original tapi boleh lah buat makan, ada la jugak rupa cakoi.”

“Resepi sos karamel pun ada sekali saya sertakan. Semua resepi ini ikut cara yang saya selalu buat.”

Bahan-Bahan (Cakoi Simple):

300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
⅓ cawan minyak masak

IKLAN

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

Posted by Suraya Yaacob on Wednesday, 4 March 2020

Bahan-Bahan (Sos Karamel) :

1 cawan gula
½ cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu butter

Cara Membuat:

1. Masak gula atas dapur sampai perang.
2. Masukkan susu pekat dan biarkan ia sebati.
3. Tambahkan air supaya sos karamel menjadi cair.
4. Akhir sekali masukkan butter dan tutup kan api.
5. Sos karamel sangat cair ketika panas tetapi menjadi 2 kali ganda pekat apabila sejuk.

Baca Lagi Di Sini: Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!

MW: Menarik resipi cakoi yang dikongsikan ini. Mak-mak boleh buat sendiri di rumah untuk minum petang nanti.

Sumber: Suraya Yaacob