Bagi mak-mak yang tengah berdiet, ada masa jemu jugak jika makan menu yang sama setiap hari. Dalam tempoh berdiet sangat digalakkan mengambil makanan yang menggunakan kaedah sihat seperti rebus, kukus, bakar dan sebagainya.
Salah satu resipi kaedah bakar yang boleh dicuba seperti Ikan Cencaru Sumbat Tomyam yang sedap, garing dan pedas berdesing ini. Menu ni memang sesuai sangat untuk yang tengah berdiet dan nak buat pun mudah sangat.
“Menu ini sesuai untuk orang yang tengah berdiet ataupun #eatclean #sukusukuseparuh tu. Tuan suami cheyah punya menu makan petang semalam. Jom tengok cara paling mudah.”
RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT TOMYAM
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan cencaru di belah atas
1 peket pes tomyam adabi
1 batang serai
1 biji bawang merah
2 helai daun limau purut
2 biji cili padi
Sedikit garam
Cara Penyediaannya:
1. Tumbukkan serai dan bawang hingga lumat.
Ads
2. Kemudian masukkan cili serta daun limau purut.
3. Selepas itu, tambah pes tomyam.
4. Kemudian letak sedikit garam.
Ads
5. Kacau mesra sebati.
6. Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap.
Ads
7. Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit ataupun sehingga masak dan garing.
Rupanya nak buat Putu Mayam mudah, boleh guna acuan maruku. Kukus dalam 2 hingga minit, siap masak. Memang senang. Bukan apa, kuih putu mayam ni jarang dah nak jumpa orang jual. Buat sendiri puas hati makan, lebih jimat berbaloi malah terjamin kebersihannya.
Boleh cuba buat sendiri Putu Mayam Pandan seperti Nor Fatihah Nawiini di rumah.
Sekolah anak cuti peristiwa hari ni. Sekali di ajaknya buat putu mayam pandan. Adeh.. dia ingat mumy dia pandai buat ni. Tak pe la demi anak mumy cuba. Google je la resepi. Setiap kali nak masak apa, resepi saya google try and error je. Alhamdulillah menjadi akhirnya putu mayam pandan #dapurmumynor
Saya sertakan resepi yang saya google;
RESEPI PUTU MAYAM:
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah @ gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
Cara Membuat:
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.
Kuih Nagasari antara kuih lama yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup sedap, lemak manis dan masam-masam sikit terutamanya bila menggunakan pisang nipah yang lembik. Makan waktu sejuk-sejuk memang paling sedap. Jika beli kuih nagasari ni, susah nak dapat rasa yang sempurna ikut citarasa. Adakalanya tepungnya terkeras mahupun terlembik.
Rupanya mudah je nak buat sendiri kuih nagasari ni. Bahan-bahan pun tak banyak dan jika ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Suhaila Marsan ini insya allah ‘confirm’ jadi dan menepati citarasa.
Kuih NAGASARI febret abah dan arwah mak (Alfatiha). Pisang kalau dah lembik tak boleh goreng jangan buang arwah mak pernah cakap, kalau tak nak buat jemput-jemput pisang, buat kuih ni atau lempeng pisang.
Anak-anak tak berapa suka lempeng pisang. Kalau kuih ni laju memasing makan. Lemak-lemak manis ada masam-masam sikit, guna pisang nipah.
Saya share resepi hasil olahan banyak kali baru dapat puas hati dengan tekak. Kalau ikut resepi arwah mak campak-campak tu kekadang terkeras terlembik….hihi
Resepi NAGASARI Mami:
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
1 sudu kecik membukit tepung jagung
3 cawan Santan sederhana pekat (ikut la nak lemak guna Santan parut)
3 sudu besar gula pasir (ni pun ikut la, nak manis tambah lagi gula nak kurang manis kurangkan gula)
Secubit garam
Pisang nipah yang dah lembik-lembik tu (pisang apa-apa pun boleh sebenarnya)
Daun pisang jangan lupa pula.
Cara Membuat:
1. Campur tepung beras, tepung jagung, santan, gula dan garam, gaul sehingga sebati.
2. Tenggek atas api kejap bagi pekat atau naik wap api jangan besar.
3. Angkat, sedia untuk dibungkus.
4. Kukus dalam 15 hingga 20 minit.
Sedia untuk dimakan. Insya Allah memang sedap ‘confirm’ jadi.
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat sendiri kuih Nagasari ni. Sedap lembut rasanya lemak manis, masam-masam bila guna pisang nipah. Kena cuba resipi ni insya allah ‘confirm’ jadi.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita.
Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.
Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun daripada emaknya.
Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari.
Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.
“Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”
“Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.”
Resipi Nasi Lemak Sedap
Untuk Nasi
Beras basuh dan tanak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.
Untuk Tumis Darat
Bawang Kecil
Halia
Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
Tumis semuanya dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.
Untuk Sambal
1. Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap)
2. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak.
3. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.
4. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.
Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...