Ads

Pelajar Wanita Ditemui Mati, Perselisihan Faham Dengan Teman Lelaki Berakhir Tragedi

Pelajar wanita ditemui mati, perselisihan faham dengan teman lelaki berakhir tragedi.

Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Kuantan, selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya, awal pagi tadi.

Teman lelaki mangsa yang juga berusia 19 tahun ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Memetik MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihak polis menerima laporan daripada suspek kira-kira jam 4.32 pagi yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya.

“Setibanya polis di lokasi, anggota menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di aras bawah rumah berkenaan.

Ads
“Mangsa ditemukan terbaring di atas katil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelajar Wanita Ditemui Mati

pelajar wanita
Seorang pelajar wanita ditemui meninggal dunia akibat tekanan di leher. Foto Sin Chew
Teman Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Menurut Ashari, pemeriksaan Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa sebelum disahkan meninggal dunia.

Ads

Susulan itu, teman lelaki mangsa ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Ads

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat.

Dalam pada itu, Ashari menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

ajar anak

Anak Bukan Sekadar Dibiayai, Apa Kita Ajar Mereka Di Rumah?

Dalam sibuk menyediakan segala-galanya untuk anak, jangan sampai kita terlupa untuk benar-benar mengenali mereka. Anak bukan sekadar perlu dibiayai tetapi memerlukan ibu bapa yang hadir.