“Rumah pusaka berusia 100 tahun ini sudah banyak rosak, bocor.” Namun lapan beranak ini terbiasa tidur dalam kesejukan lebih-lebih lagi sekarang musim hujan.
Rumah lama apa yang mampu diharapkan, hanya mampu menumpang teduh dan seakan redha dengan keadaan rumah yang makin hari makin meniti usia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak dapat bayangkan anak-anak yang masih kecil perlu berhujan dan berpanas di rumah pusaka yang dimamah usia.
Lapan Beranak Ini Terbiasa Tidur Dalam Kesejukan
Lapan beranak di Kubang Nibong, Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan seakan sudah biasa tidur dalam kesejukan dan basah akibat hujan memandangkan ketika ini musim tengkujuh susulan rumah pusaka berusia 100 tahun yang mereka diami sudah terlalu usang.
Menurut Mazita Hassan Pakry, 50, bumbung rumah kayu yang hanya mempunyai satu bilik peninggalan arwah neneknya itu sudah banyak yang bocor selain dinding serta lantai sudah banyak rosak dan berlubang.
Bila hujan, Mazita terpaksa menadah air dalam bekas agar lantai rumah tidak basah.
Rumah Pusaka Sudah Banyak Rosak, Bocor
“Atap rumah sudah banyak bocor. Setiap kali hujan, saya kena tadah air hujan dalam besen supaya lantai rumah tidak basah.
“Jika hujan lebat, kami sekeluarga akan tidur di ruang tamu dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan,” katanya satu-persatu.
Selain itu, jelas Mazita, bilik air di rumahnya itu juga sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
“Dengan bantuan keluarga lain, kami bina sebuah tandas kecil kira-kira 80 meter di belakang rumah ini,” luahnya.
Tidak Berkemampuan Baiki Rumah
Menurut Mazita, dia dan suaminya Wan Aziz Wan Ismail, 49, tidak berkemampuan untuk membaiki rumah pusaka itu kerana suaminya hanya bekerja sebagai buruh kasar di Jeli dengan pendapatan RM60 sehari.
Dalam masa sama, suaminya juga turut mempunyai kekangan dari sudut kesihatan apabila menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
“Kadang-kadang dia balik seminggu sekali untuk menghantar wang belanja. Saya pula suri rumah sepenuh masa.
Ads
“Cuma kadang-kala jual keropok keping yang dibungkus semula dalam plastik kecil dan saya letak di beberapa kedai makan. Saya jual dengan harga RM1 sebungkus,” katanya.
Tambah wanita itu, keadaan Covid-19 menyebabkan kehidupan mereka semakin sukar dan tidak berkemampuan untuk membaiki rumah yang usang itu.
Menurutnya, anaknya, Wan Mohamad Sazly Zakuan Wan Aziz, 11, pula kerap tidak hadir sekolah kerana tidak mempunyai wang saku.
Bagaimanapun katanya, anaknya bernasib baik apabila gurunya turut membantu membelikan data internet untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikannya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Tinggal Bersama Anak, Menantu & Cucu
Menurut Mazita lagi, anak sulungnya yang sudah berkahwin juga tinggal bersamanya di rumah berkenaan kerana tidak berkemampuan untuk mendiami rumah lain.
Ads
“Anak sulung cuma mengambil upah sebagai buruh kasar. Dia dan isteri serta tiga anaknya masih tinggal di sini kerana mereka juga kesempitan wang,” katanya.
Sementara itu Mazita menjelaskan, dia ada memohon bantuan daripada pihak berwajib bagi meringankan masalah dihadapinya namun masih belum menerima keputusan daripada pihak terlibat.
Mingguan Wanita: Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Mazita di talian 019 5002742 atau salurkan ke akaun Bank Islam Mazita Hassan Pakry 03102020262353.
Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu—- cukup menamakan lima lagu hit kumpulan popular Ungu yang meledak bukan hanya di negara kelahiran mereka Indonesia tapi juga Malaysia. Lagu-lagu hit ini tidak akan pernah dilupakan meski telah ada yang mencapai usia lebih 10 tahun.
Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.
Untuk menyuburkan nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia.
Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini.
Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.
“Kami sedar Ungu dan peminat di Malaysia sangat akrab dan penggemar di sini juga memainkan banyak peranan menyokong karier mereka sejak menembus pasaran di sini lebih satu dekad lalu.
“Oleh kerana itu, walaupun dalam perjalanan karier Ungu sudah melakukan banyak konsert atau persembahan di Malaysia namun kami di AKE Group tidak gentar membawa mereka kembali ke rumah kedua ini pada 25 Februari 2024.
“Istimewa kerana Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless akan menyaksikan kugiran popular ini mempersembahkan sekitar 30 lagu hits di sepanjang karier mereka khusus buat peminat semua,” ujar Dato’ Bakhtiar dari AKE Group secara amnya dan menaungi AKE Seni khusus untuk aktiviti seni kumpulan AKE. AKE Seni merupakan rakan kerjasama untuk konsert ini.
Ini merupakan penglibatan kedua AKE Group dan AKE Seni selepas muncul dengan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti yang meninggalkan banyak momen bermanfaat dan manis buat khalayak yang hadir di Zepp Kuala Lumpur, 11 November lalu.
Menguatkan kenyataan diberikan AKE Group, Ungu yang memiliki lapan album studio dengan yang sulung dirakamkan pada tahun 2002 iaitu Laguku, beberapa album keagamaan yang cukup hit termasuk SurgaMu (2006) serta album runut bunyi sendiri berikrar untuk tampil maksimal pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless.
“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.
“Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah.
“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.
Menurut Pasha, mereka bakal memedleykan lagu-lagu hits dari Malaysia dan Indonesia sebagai salah sebuah hadiah untuk para penonton kelak.
Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).
Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp.
Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert.
Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit. Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini.
Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar. Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kongsi Ustaz Ebit Lew di akaun instagramnya setelah mendapat perkhabaran bapanya meninggal dunia, “Ya Allah beratnya rasa ujian ini. “
Bapa kepada pendakwah bebas dan juga dermawan yang amat dikenali, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia sebentar tadi.
Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Ebit meluahkan rasa sedihnya dan dalam masa yang sama menjelaskan bahawa jenazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan bakal di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi serta dikafankan.
Terang Ustaz Ebit lagi, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.
“Ya Allah Beratnya Rasa Ujian Ini!”
Ini perkongsiannya:
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapa pergi dulu.
Nanti Ebit sampai ya. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayah ku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk ku.
Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..
Minta Doakan Bapanya
Sebelum itu, Ustaz Ebit memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya, Ibrahim Lew, 84, yang sedang sakit akibat penyakit kanser perut tahap akhir.
Pada ketika itu Ustaz Ebit berkongsi tentang keadaan ayahnya semakin kritikal dan ‘menanti hari’ kerana kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.
Namun begitu, arwah bapanya sempat berpesan supaya Ustaz Ebit meneruskan kerja dakwah dan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Ucapan Takziah:
Rata-rata ramai follower Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan takziah kepadanya dan keluarga.
.
.
Mingguan Wanita : Semoga arwah diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al- Fatihah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Tahniah diucapkan buat pelakon Risteena Munim yang kini sah menjadi isteri kepada pelakon, Isa Khan. Pasangan ini selamat bernikah dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Majlis bersejarah pasangan popular ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi Intagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan.
Risteena Sah Bernikah, Pasangan Sama Cantik Sama Padan
Pada majlis ini, Risteena kelihatan begitu anggun dengan sepersalinan busana putih rekaan Ezuwan Ismail.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah pasangan itu adalah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies bersama beberapa ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Untuk rekod sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan dek kerana penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebelum ini, pasangan selebriti cukup sensasi ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...