“Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin.” Lelaki redha jaga isteri lumpuh, empat anak OKU.
Sesungguhnya berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun itulah takdir yang perlu diterima lelaki ini apabila isteri yang disayangi lumpuh dan kini hanya bergantung harap padanya seorang.
Amanah Ini Akan DiPikul Sebaik Mungkin
“Saya reda dan amanah ini akan dipikul dengan sebaik mungkin,” kata seorang lelaki yang tetap tabah menjaga isteri dan empat anak lelaki orang kurang upaya (OKU).
Jumahir Masun, 52, berkata empat daripada lima anaknya berusia 16 hingga 25 tahun tidak boleh berjalan sejak berusia satu tahun.
“Anak-anak saya tidak membesar seperti kanak-kanak lain, dulu saya dapat berkongsi tugas mencabar ini dengan isteri, Rohayati Abdullah, 50.
Lelaki Redha Jaga Isteri Lumpuh
“Namun, kini tugas itu digalas sendirian selepas isteri tiba-tiba tidak dapat berjalan dan disahkan lumpuh sejak empat tahun lalu,” katanya di Felda Kertih 6, Dungun, Terengganu.
Menurutnya, anak sulungnya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil sepanjang masa.
Katanya, sementara Ahmad Ariffin, 23, Ahmad Zainuddin, 17, dan Ahmad Budiman, 16, pula mengalami masalah sendi tangan serta kaki menyebabkan mereka tidak boleh duduk dengan betul.
Uruskan Empat Anak OKU
“Sebelum ini, saya ada membawa anak-anak ke hospital untuk rawatan dan terapi tetapi atas sebab masalah pengangkutan kerana tiada kereta menyebabkan mereka tidak dibawa lagi ke hospital.
“Keempat-empat anak dan isteri terpaksa memakai lampin pakai buang dan itu membuatkan saya terpaksa berbelanja lebih untuk menanggung kos berkenaan,” katanya.
Katanya, sebelum ini dia bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit dan kini terpaksa berhenti kerja sejak isterinya lumpuh.
Ads
“Isteri dan anak-anak memang memerlukan penjagaan dan perhatian sepenuhnya termasuk menguruskan diri mereka.
“Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat bekerja dan dalam hati ini saya menangis memikirkan keadaan saya dan mereka,” katanya.
Jumahir berkata, dia tetap bersyukur apabila setiap anaknya diberi bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bantuan itu saya perlu berjimat-cermat untuk perbelanjaan lampin pakai buang mereka dan makan minum kami sekeluarga.
“Duit bantuan itu juga digunakan untuk anak ketiga, Nor Hanisa, 20, yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperolehinya perlu digunakan untuk membayar yuran pengajian dan membeli buku-buku pelajaran,” katanya.
Jiran Turut Bersimpati
Katanya, dia juga bersyukur kerana jiran-jiran yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga dengan menghulurkan makanan.
“Saya sering menangis sendirian memikirkan nasib dan tidak tahu apa akan berlaku kepada mereka sekiranya umur saya tidak panjang, “katanya.
Mingguan Wanita : Bagi mak ayah yang ingin menghulurkan bantuan buat keluarga ini, boleh menghubungi Jumahir di talian 0145401915. Semoga keluarga ini terus tabah dan kuat menharungi dugaan yang berat ini.
Menakutkan dunia sekarang. Garis sempadan batasan hubungan suami orang mahupun isteri orang semacam sudah hilang. Bebasnya bergurau senda tanpa sedar diri siapa diri anda yang sebenarnya.
Benar, hubungan rakan sepejabat saja. Takkan berubah menjadi cinta. TAPIII.. jangan sesekali dimulakan. Sebab sekali terlajak meluah isi hati, amat payah untuk ditarik balik.
Angaunya bila berCINTA (kononnya) dengan rakan sepejabat, atau rakan apa-apalah.. akan membawa luka yang tersangat parah dalam rumah tangga anda kelak.
Mesej ini ditujukan buat suami mahupun isteri orang. Sebab zaman sekarang sama saja galaknya. Macam saling berdendam pula, bila suami boleh curang mengapa tidak isteri. Eh! Eh! Kau ni dah ikut mazhab mana.
Wahai Suami, Isteri Orang, Jangan Cari Pasal Dengan 4 Hal Ini
1. Jangan Cari Pasal Ya.. Tak Perlu ‘TEST MARKET’
Cukup-cukuplah menguji kesetiaan isteri. Tak perlu juga nak ‘test market’ dekat dara-dara, teruna, janda malah bapak-bapak orang. Sebabnya, isteri atau suami bila dah ikhlas cintai kita, mereka adalah pencinta yang setia.
2. Telefon Bukan Dicipta Untuk Melukakan Hati Isteri
Sayangnya ramai dah salah guna. Telefon canggih itu lebih indah rupanya berbanding isteri sendiri. Lihat! Berapa ramai isteri-isteri makan hati dengan telefon suami.
Sekat telefon bimbit anda ketika berada di kamar tidur (ketika bersama isteri, suami), di meja makan, ketika bersantai atau jalan-jalan dengan famili.
Pleaselah.. set dekat minda yang tak dapat hadap telefon setengah jam itu tak rugi mana pun.
3. Ke Mana Pun Pergi.. Kena Sedar Diri
Tahu status diri, siapa kita sebenarnya. Suami orang atau isteri orang. Dua-dua kena kawal emosi agar tak terlalu bergurau mesra sampai membawa mimpi-mimpi indah ke orang lain.
Bukan tak boleh bergurau dengan kawan. Isk! Melampau sangat sekatan itu. Cuma, berguraulah dengan cara yang sepatutnya. Kena letak batasan. Jangan terover.. membawa kepada whatsapp personal yang krik! krik! sangat.
4. Jangan Mulakan Perbualan ‘Nak Tolong Selesaikan Masalah Kawan’
Oh.. ini sangat bahaya untuk suami atau isteri orang. Mula-mula memang anda mendengar kisah-kisah rumah tangganya yang berantakan. Suami tak beri kasih sayang, mentua tak sayang, anak-anak berjauh hati.
Nah! Lama-lama.. PERCAYALAH! dari niat nak tolong dengar dan bantu nak selesaikan masalah itulah yang akhirnya menjerat diri. Sudahnya, isteri orang kau tolong.. isteri di rumah kau abaikan. APOO??
Doa Itu Senjata Terbaik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri
Berdoa boleh saja di mana-mana. Tak perlu tunggu ketika waktu solat. Sambil menyapu boleh berdoa, ketika memasak boleh memohon padaNya.
Kalau suami isteri ‘car pool’ ketika pulang dari kerja, bolehlah isteri bacakan doa-doa pengerat kasih sayang. Biar suami di sebelah tenang mendengar. Itu lebih baik daripada bergosip pasal jiran atau kawan-kawan sepejabat yang kita tak sebulu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dari setiap pergerakan kita dari hujung tangan hingga hujung kaki, ada fungsinya. Begitu juga bila kita buat gerakan tertentu, ia akan membantu kita untuk mengurangkan masalah yang dialami.
Bukan percayakan dengan buat gerakan, tapi sekadar berusaha untuk kita tahu tahap kesihatan diri kita. Selebihnya, kenalah dapatakn rawatan lanjuk daripada hospital atau klinik.
Perkongsian daripada Bos_ding ini mungkin boleh membantu untuk melihat otak kita sihat atau tidak. Maksudnya, dengan buat gerakan ini boleh membantu untuk mengetahui tahap otak kita dan masalah kesihatan lain. Video yang cukup viral di tiktok untuk buat gerakan ini. Kena cuba.
Betapa wanita, adalah makhluk yang lemah, sering alpa dan lalai dalam membuat pertimbangan akal fikiran berbanding tuntutan emosi. Sebagai wanita dan isteri, memang sedih bila mana membayangkan keadaan neraka yang dipenuhi oleh golongan wanita sendiri sebagai penghuninya.
Berdasarkan hadis nabi terdapat 3 ciri-ciri wanita yang dicampak ke dalam ap neraka. Ciri-ciri ini juga merupakan secara tidak sedar merupakan antara sikap pada suami yang dianggap biasa namun paling ramai para isteri yang buat!.Nauzubillahiminzalik, semoga kita para isteri dijauhkan daripada memiliki sifat-sifat buruk ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;“Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah WANITA”.
Para sahabat bertanya;“Apakah sebabnya, wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab;“Sebabnya ialah kekufuran mereka”
Mereka bertanya lagi;“Adakah mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami dan suka melupakan kebaikan?
Baginda menjawab;
“Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: “Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas)
Inilah ciri-ciri wanita yang banyak menghuni neraka. Mereka selalu melupakan kebaikan seseorang hanya kerana satu kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.Pemberian oleh suami seolah-olah tidak bererti dan tidak pernah berlaku hanya kerana sekali hatinya disakiti.
Rasulullah s.a.w mengingatkan juga kepada kaum wanita mengenai sifat lain yang turut sama menyumbang kepada dicampaknya seorang wanita ke dalam api neraka.Sifat tersebut ialah melaknat iaitu mencela dan memaki manusia dan yang lainnya kerana kekesalan.
Ini disebut dalam hadis daripada hadis Abu Sa’id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, Rasulullah s.a.w lalu di hadapan sekumpulan wanita.
Kemudian baginda bersabda (maksudnya);
“Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka.”
Mereka bertanya; “Mengapa wahai Rasulullah?”
Baginda menjelaskan; “Kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan.”
Justeru, wanita yang meletakkan dirinya di dalam neraka mempunyai sifat;
3 Sifat Wanita Penghuni Neraka:
1. Tidak Berterima Kasih
2. Cepat Melupakan Kebaikan
3 . Suka Memaki dan Mencela
Walaubagaimana pun, ini bukanlah menunjukkan yang neraka ditentukan oleh jantina seseorang. Ini juga bukanlah tiket untuk lelaki merendahkan wanita. Ini kerana banyaknya jumlah wanita di dalam neraka adalah kerana jumlah mereka yang ramai daripada kaum lelaki di dunia.
Manakala, peringatan tentang sifat wanita penghuni neraka yang disampaikan oleh Rasulullah itu juga merupakan satu pengajaran kepada kaum lelaki. Sebagai manusia, pasti ada yang tidak terlepas daripadanya dan juga sifat-sifat lain lagi yang dibenci oleh agama.
Maka, sebagai wanita, ambillah peringatan daripada Rasulullah ini sebagai satu ingatan kepada diri terutama dalam keadaan marah yang sering menjadi ruang syaitan membisikkan hasutannya.
Bagi kaum lelaki pula, jagalah juga ucapan yang diberikan kepada wanita terutama kepada para isteri. Sebaik-baiknya ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana wanita juga besar peranannya dalam kebaikan dunia dan akhirat kita.
Semoga Bermanfaat & kongsikan pada wanita yang lain juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.