Sesungguhnya amat sukar menelan sebuah kenyataan yang cukup pahit. Bayangkan dahulunya dia seorang gadis yang normal serta lincah, tetapi dalam sekelip mata, nikmat berjalan direntap sekelip mata. Sudah tentu bukan mudah untuk menerima kekurangan ini.
Kemalangan
Satu kemalangan jalan raya telah merubah kehidupan Saerah bt, Abd Wahab, 40, sepenuhnya.
“Saya dilahirkan normal, membesar dengan sihat dan bersekolah hingga ke tingkatan enam. Pada 2 Ogos 1998 ketika saya berumur 20 tahun, bermulalah kehidupan saya sebagai OKU. Saya terlibat dalam kemalangan antara kereta dengan lori.
“Pada masa itu saya bercuti di rumah kakak selepas tamat tingkatan 6. Selain saya, kakak, abang ipar dan anak saudara juga tutur terlibat dalam kemalangan itu. Paling menyedihkan apabila anak saudara saya meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala kakak saya dan abang ipar cedera.
“Saya pula mengalami kecederaan tulang belakang (spinal cord injury L1). sejak itu saya tidak mampu berjalan seperti biasa. Kini saya terpaksa bergantung dan bergerak menggunakan kerusi roda sekarang,” ungkap Saerah, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal mengenangkan kisah silamnya.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk ibu beranak satu ini bangkit semula meneruskan kehidupannya serta melupakan segala impian dan cita-cita yang selama ini tertanam dalam jiwa. Benarlah kasih sayang ibu tiada sekatan, arwah ibulah, Sham Abu, menjadi tempat Saerah berkongsi suka dan duka.
Ibunya juga yang menjadi pendorong utama, memberi semangat setiap waktu. Jasa arwah ibu sentiasa berada di dalam hati. Jelasnya, semangat dirinya untuk sembuh kuat apabila arwah ibu memberi nasihat dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dalam menjaganya ketika sakit. Kini, kerinduan kepada arwah tidak berpenghujung apabila ibu Saerah di jemput Ilahi pada tahun 2016 yang lalu.
Ads
Selain ibu, ayahnya, Abd Wahab Jusoh, juga banyak berkorban waktu dan memberi sokongan untuk Saerah kembali pulih. Ayahnya cuba ikhtiar pelbagai cara tanpa jemu untuk membawa wanita berasal dari Perlis ini untuk menerima rawatan perubatan.
Bersyukur Dapat Bekerja
Selepas kemalangan, Saerah dilanda perasaan bimbang jika tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah rintihannya didengari dan dia dapat melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP), Selangor, dengan mengambil jurusan Teknologi Maklumat (Komputer).
Ads
“Semasa di PLPP, saya dan rakan-rakan terpilih untuk menerima bantuan dari Yayasan Kebajikan Negara dan OUM untuk melanjutkan pelajaran. Sekali lagi saya sangat bersyukur akhirnya dapat menamatkan pengajian saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia.
“Pejam celik pejam celik, kini sudah 11 tahun saya bekerja dalam sektor kerajaan. Sokongan suami dan keluarga menjadi pendorong utama untuk saya terus berjaya dan bersemangat dalam menjalani hidup ini. Anak adalah penyeri hidup kami sekarang. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang.
“Apa yang pasti, apabila bergelar OKU, kita seharusnya kuat semangat, tabah menghadapi dugaan hidup dan berfikiran positif untuk Berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi,” kata Saerah yang kini mengalas tugas sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Bahagian Sumber Manusia (BSM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
Saerah turut berkongsi, kebanyakan tugasan hariannya melibatkan bidang pentadbiran unit termasuklah membuat surat atau memo dan edaran rasmi di bahagian.
Ads
Diterima Baik
Di samping itu, biar pun bergelar OKU, dirinya tidak pernah merasakan dirinya tersisih daripada rakan sekerja. Rakan-rakannya sangat memahami dan memberi kerjasama dengan baik. Mereka juga banyak membantunya dalam memudahkan tugasan harian.
Begitu juga dengan tanggapan masyarakat terhadap golongan OKU, rata-ratanya sekarang masyarakat lebih memahami OKU, keperluan OKU dan kemudahan yang perlu diberi perhatian. Penglibatan OKU dalam masyarakat sekarang lebih banyak kerana diberi peluang dan kemudahan.
Siapa sangka dengan keadaan sebegini, Saerah bukanlah calang-calang orangnya. Suatu ketika dahulu, dia aktif bersukan dan pernah mewakili Malaysia. Pada tahun 2006, Saerah mewakili Malaysia dalam sukan lawan pedang di Thailand. Manakala pada tahun 2011, wanita ini telah mewakili Malaysia dalam sukan ASEAN PARAGAMES, SOLO Indonesia menerusi acara ping pong.
Manusia dan cita-cita sememangnya tidak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan Saerah, untuk kariernya, dia berazam untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi dari sekarang. Manakala apabila melibatkan kehidupannya, dia berharap sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di samping suami, Mohd Ridzwan Che Harun, dan anak tercinta, Nur Zara Batrisya binti Mohd Ridzwan, umur 7 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan semua ibu bapa ada modal nak bina ruang khas serba interaktif untuk pembelajaran anak-anak mereka. Tapi dengan sedikit sentuhan idea ’emas’ daripada Puan Norazira Mustapha ini membolehkan anak-anaknya, Zara hayfa Fatini, 6, Zayyan Hadif Furqan, 4, Zara Hasna Farzana, 3 dan Zayyan Harraz Firas menimba ilmu di ruang belajar interaktif yang sarat alat bantuan mengajar.
“Hari ini rasa nak share full la ruang anak-anak belajar dan main. Biasa sipi-sipi je kan. Kot-kot ada yang nak buat inspirasi. Kebanyakkan memang dari bahan-bahan terpakai. sahaja.
“Tandas dah settle deco-deco ,ruang tamu baru separuh, tinggal nak mengumpul sikit-sikit dan settlekan deco ruang tamu dan dapur pula.
Ini Keterangan Bergambar Tentang Ruang Pembelajaran Interaktif Anak-anak Beliau
Almari ni asalnya almari dapur, bahagian bawahnya reput sebab kena banjir, jadi ambil yang atas drill kat dinding. Kaki tu dari kerusi meja solek. Bahagian papan alas tengah tu dari pintu almari yang rosak.
Puzzle lepas main masuk plastik dan simpan atas tu. In shaa allah, tak ada sepah-sepah mahupun hilang.
“Rak buku tu pakai cable casing beli kedai hardware tak sampai RM10 pun, pastu drill.
Tempat main masak-masak. Ada juga buat versi kotak tapi hancus.
Ubah-ubah kedudukan sebab ada babykan… ABC dan 123 yang foam, biasa mesti hilang kalau belikan. So buat camtu plastik asal bungkus dia tampal kat dinding. Lepas main letak balik dalam tu. Belakang tu memang ada plastik balut buku saya tampal dulu di dinding. So tak ada masalah jika anak conteng. Tak tinggalkan kesan pun.
Biasa beli benda ni mesti hancur, patahkan.. ni saya lekatkan atas board RM2.90 jer. Lepas tu lukis la. Kereta kecil-kecil beli kt ECO RM2.12.
Ni daripada polisterin.
1 keping besar. Tak potong-potong dah. Plan atas tu 3 bahagian nak buat label. Tak gi print-print lagi, al maklumlah kena ke cc dulu baru boleh print. Lama dah buat.
1. Nota dan info dari sekolah
2. Nota rumah (temu janji doc, kenduri)
3. Utiliti (segala macam bil)
Ni dinding lagi sebelah. Tempat belajar membaca BM, Eng, Jawi dan Math.
Saya tampal kertas mahjung dulu, baru tampal benda lain nak bagi elak rosak cat.
Wajah kesayangan hamba..
#ZaraHayfaFatini, 6 tahun
#ZayyanHadifFurqan, 4 tahun
#ZaraHasnaFarzana, 3 tahun
#ZayyanHarrazFiras, 1 tahun
Yang warna hitam kat lantai tu saya buat teng-teng guna cloth tape. Siapa cakap budak dok bandar tak boleh main permainan tradisional.
Alangkah beruntungnya miliki ikatan adik-beradik yang tetap utuh malah kuat walaupun selepas ketiadaan orang tua. Ini juga satu bentuk rezeki yang perlu disyukuri oleh adik-beradik.
Wanita ini, Niena Samsir bersyukur kerana abangnya rela hati menanggung kehidupannya dari kecil sampailah dewasa. Tetap menyediakan segala keperluan kehidupannya termasuklah kos pembelajaran dan sebagainya.
Abangnya itu tetap tunaikan amanahnya menjaga adik-beradik. Walaupun abang tidak belajar tinggi, budi yang abangnya beri tetap dikenang sampai ke akhir hayatnya.
Abang Tanggung Semua Kehidupan..
Lelaki inilah yang menanggung hidup ummi sejak umur ummi kecik sampai ummi umur 21 tahun. Tanggung macam mana?
Kos sekolah, belanja, kos masuk kolej, perbelanjaan harian, beli baju raya, kos bila tak sihat pergi klinik, banyak lagi lah. Adik bongsu pulak kuat belanja. Kalau fikir balik, berapa peruntukan sebulan kita sanggup nak tanggung kos untuk adik kita?
Sekolah tak tinggi, tapi jasanya tak ternilai. Allah saja yang dapat membalasnya.
Ummi tak de impian nak kaya, tapi impian ummi semoga Allah izinkan ummi untuk bahagiakan dan berbakti pula pada abang ummi.
Pernah kawan ummi cakap pada ummi,
“Abang awak tanggung semua kehidupan awak? Abang kita suruh beli kfc pun dia suruh bayar balik. Baiknya abang awak!”
Abang Garang, Nak Minta Duit Pun Seram
Yea, kalau ummi cerita pada kawan-kawan macam mana abang ummi tanggung hidup ummi, majority macam terkejut. Abang ummi ni garang tau. Dulu, kalau nak minta duit, seram jugak lah, tapi dalam garang tu dia hulur jugak.
Kadang-kadang malu kalau abang minta tolong ummi tak dapat bantu. Malu sebab abang dah banyak bantu sejak ummi kecik, tapi bila abang memerlukan bantuan, ummi tak dapat bantu.
Ummi rasa bersyukur sangat bila ayah Haziq kata nak bekerjasama dengan abang ummi. Dulu kami tak selalu jumpa. Tapi sekarang, boleh kata setiap hari lah boleh jumpa abang.
Arwah mak pernah pesan,
“Nanti kalau mak dah tak de, adik jaga hubungan dengan abang dan kakak ya. Jangan berjauhan, jangan bergaduh, kalau boleh, adik bekerjasamalah dengan abang dan kakak berniaga sama-sama. Ni impian mak, tapi mak belum mampu nak buat. Adik tolong mak capai impian mak ni, boleh? Mak yakin, adik boleh buat.”
Masa arwah mak cakap tu, ummi menung. Bisnes apa nak buat nak satukan adik-beradik? Boleh ke aku nak realisasikan impian mak ni.
Sekarang, kami mulakan dulu bekerjasama dengan abang. Kami bantu abang dapatkan client dan Alhamdulillah sekarang abang ummi terpaksa turun Semenyih setiap hari sebab ramai penduduk Semenyih perlukan bantuan khidmat plumber.
Sebelum ni abang ummi gerak sendiri je. Walaupun dia tak sekolah tinggi, tapi dah banyak projek perumahan dan kilang dapat sentuhan tangan dia.
Dia belajar dari pengalaman dia. Dia selalu cakap, “abang bodoh, abang tak pandai macam adik-adik abang.”
Tapi, adik-adik abang pun tak mampu nak berkorban macam apa yang abang buat.
Doakan kami dapat realisasikan impian arwah mak ya. Hanya Allah saja dapat membalas segala jasa abang pada kami. Semoga mak bahagia di sana ada anak macam abang.
Terima kasih abang.
Mingguan Wanita : Ibarat biarlah air dicincang, ianya tidak akan terputus. Begitulah kuatnya hubungan adik-beradik ini.
Untunglah suami, nak makan isteri hidangkan dan lepas makan pun isteri juga yang gigih kemaskan meja makan. Agak-agak suami buat apa?
Ya, kalau isteri ikhlas buat kerja rumah dan hidangkan makanan orang berpuasa dapat pahal berganda tetapi apa salahnya kalau suami tolong. Toleransi lah sikit. Nak-nak bulan puasa. Isteri pun penat juga, dari pagi sampai ke malam dia urusakan hal rumahtangga.
Itu belum bercampur dengan urusan anak-anak. Ini lagi tak best kalau jadi macam situasi yang saudara Mohd Fhais kongsikan ini, semua isteri yang buat! Hmmmm…
Makan Isteri Hidangkan, Suami Tolonglah Kemas
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Jadilah Contoh Yang Baik Untuk Anak
Anak lelaki akan jadi imam #keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Wallahu A’lam,
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...