
Nur Izzati ditemui sudah meninggal dunia, pencarian di Bukti Changkat Asa berakhir duka. Pencarian memasuki hari ke empat remaja hilang, Nur Izzati berakhir duka apabila ditemukan sudah meninggal dunia.
Mayatnya ditemui sebentar tadi oleh pihak berkuasa dan jenazah Nur Izzati dijangka akan dikebumikan malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 11.59 pagi.
“Mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
“Pasukan SAR mengambil masa 20 minit membawa mayat ke PKTK menggunakan pengusung,” katanya kepada Bernama di PKTK di sini hari ini.
Dilaporkan mayatnya sudah dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Baru (KKB) untuk proses autopsi bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya.
Sebelum ini, sekitar pagi tadi di threads, kakak kepada Nur Izzati berkata, adiknya masih belum ditemui sejak hilang Sabtu lalu dan pencarian masih diteruskan hari ini. Masa yang sama, dirinya turut memaklumkan bahawa keluarga belum bersedia berkongsi kisah sepanjang pencarian adiknya dilakukan.
Nur Izzati Masih Hilang Hari Ke-4

“Misi pencarian hari ke 4 masih berlangsung mohon doa semuanya agar dipermudahkan urusan. Kami sekeluarga tidak bersedia untuk menceritakan apa apa kejadian yang berlaku sepanjang tempoh pencarian,” katanya di threads.
“Keluarga Belum Sedia Kongsi Apa Ditemui Sepanjang Pencarian – Kakak Mangsa

Semalam bapa kepada Nur Izzati berharap berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya akan menemui petunjuk baharu.

“Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan segera,” katanya ketika ditemui Bernama di Pos Kawalan Bomba (PKB) di sini pada Isnin.
Azizul yang menetap di Felda Trolak Utara, di Batang Padang, Perak, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum hilang, sebaliknya kelihatan sangat gembira sejak kebelakangan ini selepas berjaya mendapat lesen memandu kereta.
Beliau berkata, Nur Izzati Humaira juga baru bekerja di sebuah kedai makan berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungkai dan merupakan seorang remaja yang sangat aktif dalam sukan bola jaring.
“Walaupun sudah menamatkan persekolahan, dia sering kembali ke bekas sekolah menengahnya untuk membantu guru sukan melatih pasukan sekolah secara sukarela,” katanya.
Azizul berkata, anaknya itu mula berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian sejak beberapa tahun lepas.
“Saya pernah mendaki bersama Nur Izzati Humaira di Gunung Belumut di Kluang, namun tidak dapat ikut untuk aktiviti Sabtu lepas,” katanya.

Beliau berkata ketika hari kejadian, remaja perempuan itu melakukan aktiviti mendaki bersama ibu, adik, ibu saudara dan dua orang sepupunya.
Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.
Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru.

Anda mungkin berminat dengan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

