Ads

Cara Bahagikan Daging Korban, Wajib Ke Bagi Pada Fakir Mikskin? Ini Jawapannya

Cara Bahagikan Daging Korban
Cara Bahagikan Daging Korban

Sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, ada baiknya anda ambil tahu cara bahagikan daging korban dahulu. Ini lebih afdhal dan tidak lah buatkan anda rasa ralat jika betul agihkan daging pada orang yang tepat.

Cara Bahagikan Daging Korban

Cara Bahagikan Daging Korban, Wajib Ke Bagi Pada Fakir Mikskin? Ini Jawapannya

Untuk tahu lebih jauh tentang isu ini, jemput baca perkongsian daripada saudara Nik Nizam Nasir ini, moga ibadat kita diterima olehNya dan lebih berkat.

Ada seseorang bertanyakan kepada saya tentang hukum pembahagian daging korban. Adakah wajib membahagikan daging korban mengikut kadar satu pertiga untuk diri sendiri, satu pertiga untuk fakir miskin dan satu pertiga untuk hadiah kepada orang lain?

Wajib Ke Bagi Pada Fakir Mikskin?

Cara Bahagikan Daging Korban, Wajib Ke Bagi Pada Fakir Mikskin? Ini Jawapannya

Jika seseorang menyimpan semua daging korban untuk keluarganya tanpa memberikan kepada fakir miskin, adakah ibadah korbannya masih sah?

Jawapannya, pembahagian satu pertiga, satu pertiga dan satu pertiga bukanlah suatu kewajipan. Ia hanyalah satu kaedah yg disebut oleh para ulama sebagai cara yg baik dan teratur dlm mengagihkan daging korban. Yg wajib dlm korban sunat menurut qaul yg sahih dlm Mazhab Syafie ialah menyedekahkan sebahagian daripada daging korban kepada fakir miskin walaupun dlm kadar yang sedikit.
Allah SWT berfirman:

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: “Makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir.”Surah al-Hajj: 28
Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berkorban disunatkan memakan sebahagian daripada daging korbannya, di samping memastikan sebahagian daripadanya disampaikan kepada golongan fakir miskin.

Ads

Hal ini juga ditegaskan melalui hadis sahih bahawa Nabi SAW sendiri memakan sebahagian daripada daging korban Baginda:

فَأَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنَةٍ بِبَضْعَةٍ فَجُعِلَتْ فِي قِدْرٍ فَطُبِخَتْ، فَأَكَلَا مِنْ لَحْمِهَا وَشَرِبَا مِنْ مَرَقِهَا

Maksudnya: “Baginda memerintahkan agar diambil sebahagian daripada setiap unta, lalu dimasak. Kemudian Baginda dan Ali memakan dagingnya dan meminum kuahnya.” Riwayat Muslim

BACA ARTIKEL: Bahaya Guna Plastik Sampah Hitam Bungkus Daging Korban, Doktor Terang Sebabnya

Para ulama Mazhab Syafie menjelaskan bahawa kadar satu pertiga bukanlah syarat sah korban. Yg penting ialah terdapat sebahagian daripada daging korban yg disedekahkan kepada fakir miskin.

Dalam hal ini Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu‘ Syarah al-Muhazzab:

Ads

وقال النووي في كتابه المجموع شرح المهذب: وهل يشترط التصدق منها بشيء أم يجوز أكلها جميعا، فيه وجهان مشهوران
والقول الثاني وهو قول جمهور أصحابنا المتقدمين وهو الأصح عند جماهير المصنفين، ومنهم المصنف في التنبيه يجب التصدق بشيء يطلق عليه الاسم، لأن المقصود إرفاق المساكين، فعلى هذا إن أكل الجميع لزمه الضمان

Maksudnya: Adakah disyaratkan supaya disedekahkan sebahagian daripadanya atau boleh dimakan kesemuanya? Dalam masalah ini terdapat dua pendapat yg masyhur.

Pendapat kedua, iaitu pendapat jumhur ulama dalam kalangan Ashab kami terdahulu dan inilah pendapat yg paling sahih di sisi majoriti para pengarang kitab, bahawa wajib disedekahkan sebahagian yg boleh dinamakan sebagai sedekah kerana tujuan korban juga ialah memberi manfaat kepada golongan miskin. Maka jika seseorang memakan keseluruhannya, wajib ke atasnya mengganti.”
Daripada petikan ini terdapat satu faedah penting yg sering terlepas pandang. Imam Nawawi tidak menyatakan bahawa korban tersebut batal. Sebaliknya beliau menyebut:

فَعَلَى هَذَا إِنْ أَكَلَ الْجَمِيعَ لَزِمَهُ الضَّمَانُ

Maksudnya: Jika dia memakan semuanya, wajib ke atasnya mengganti.

Ads

Justeru menurut qaul yg sahih dalam Mazhab Syafie, jika seseorang memakan atau menyimpan seluruh daging korban sunat tanpa menyedekahkan sedikit pun kepada fakir miskin, maka isu utamanya bukanlah korban tersebut tidak sah. Sebaliknya dia telah meninggalkan tuntutan yg berkaitan dengan pengagihan daging korban dan perlu menanggung gantian menurut perincian fuqaha.

Anda mungkin berminat dengan

Ini Jawapannya

Cara Bahagikan Daging Korban, Wajib Ke Bagi Pada Fakir Mikskin? Ini Jawapannya

Adapun cara yang lebih afdhal ialah seseorang memakan sedikit daripada daging korbannya dan menyedekahkan sebahagian besar daripadanya. Ini kerana amalan bersedekah lebih besar manfaatnya kepada orang lain serta lebih dekat kepada semangat ibadah korban itu sendiri.

Kesimpulannya, pembahagian satu pertiga untuk diri sendiri, satu pertiga untuk fakir miskin dan satu pertiga untuk hadiah hanyalah suatu cadangan yg baik, bukannya kewajipan.

Namun bagi korban sunat, dituntut untuk disedekahkan sebahagian daripadanya kepada fakir miskin walaupun sedikit.

Manakala bagi korban nazar, keseluruhan daging hendaklah disedekahkan kepada pihak yg berhak menerimanya dan orang yang bernazar tidak boleh mengambil manfaat daripadanya.

Semoga Allah SWT menerima ibadah korban kita, menjadikannya sebagai bukti ketakwaan dan keikhlasan, serta mengurniakan kepada kita semangat untuk berkongsi nikmat dengan saudara2 yg memerlukan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain