Adat menyewa rumah, nama pun rumah orang janganlah buat sesuka hati seolah-olah rumah itu milik kita sendiri.

Bayangkan kita di tempat tuan rumah, apa perasaan mak ayah jika diperlakukan sedemikian rupa. Lakukan renovasi sesuka hati atau lebih teruk abaikan rumah hingga berlaku kerosakan di sana, sini.

Kongsi Nurul Haslinda, ini beberapa adat atau adab menyewa rumah yang perlu penyewa titik beratkan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.

Adat Menyewa Rumah :

1. Jangan membuat renovation suka-suka hati pada rumah yang disewa tanpa kebenaran tuan rumah.

2. Jika nak buat dan mendapat kebenaran tuan rumah maka buat yang tuan rumah tahu dan benarkan. Jangan lebih-lebih.

3. Kos jika kata nak tanggung dan urus sendiri, teruskan jangan bebankan tuan rumah kerana rumah yang tuan rumah sewakan itu sudah dipastikan elok dan selamat. Rasa nak duduk rumah ala-ala kayangan beli rumah sendiri dan buatlah suka hati.

Nama Pun Rumah Orang Janganlah Buat Sesuka Hati

4. Jangan pandai-pandai ubah sendiri. Bila ubah kos tinggi mula meminta-minta pada tuan rumah untuk tanggung. Padahal sendiri pandai-pandai konon nak selesa. Sedangkan rumah tu sudah selesa setakat kena cuci sikit saja. Adatlah masuk rumah sewa.
5. Jangan ingat orang yang ada rumah sewa ini kaya raya ya. Buat rumah sewa pun hendak tampung juga hutang-hutang yang ada.

6. Jangan berkira dengan tuan rumah setakat rosak sikit-sikit itu , cubalah baiki sendiri. Jangan sikit-sikit panggil tuan rumah hendak baiki semua walaupun kerosakan itu penyewa yang puncanya. Berkira hendak keluarkan duit tapi nak sewa murah. Tak bersyukur.

Cuba Selesaikan Masalah Sendiri

7. Lagi satu setakat ada masalah sikit-sikit itu, jika ada suami atau jiran, mintalah tolong mereka dan jangan susahkan tuan rumah ya. Pandai-pandailah selesaikan sendiri.

IKLAN

Mana tahu tuan rumah berada jauh mungkin di luar kawasan atau baru hendak makan dekat restoran yang mahal ke… Tak pasal-pasal kena tinggalkan sebab hendak selesaikan urusan penyewa yang menangis bagai nak rak.Adat Menyewa Rumah, Nama Pun Rumah Orang Janganlah Buat Sesuka Hati

Pengalaman sendiri, bila sampai di rumah sewa.. Tengok masalah tak besar mana pun padahal boleh saja selesaikan sendiri. Saja hendak mengacau.

Baca Juga Di Sini :

Kalau Menyewa Rumah, Jagalah Macam Mana Hak Orang

IKLAN

Tidak Mampu Betulkan, 6 Beranak Tinggal Dalam Rumah Hanya Lantaikan Pasir, Berdinding Kain

Bermula Dari Stesen Minyak Kini Berjaya, Pasangan ID Nak Beri Design Percuma Pada 10 Pemilik Rumah

Fendy Caliph Buskers Rayu Dapatkan Rumah PPR, Duit Simpanan Menyusut Akibat Pandemik Covid-19

Kerana Hilang Kerja, Lelaki Ini Terpaksa Jadikan Kereta Sebagai “Rumah” Sejak Tahun Lepas

IKLAN

Jangan Ambil Kesempatan

8. Apa pun bila tuan rumah sudah baik dan bertolak ansur jangan pijak kepala dan ambil kesempatan. Orang sudah bagi sewa berbaloi patutnya bersyukur. Dan saling bertolak ansur. Jangan berkira dan kedekut.

9. Jaga rumah dan semua alatan rumah yang disediakan dengan baik. Kerana sebelum diberi sewa tuan rumah dah periksa siap-siap supaya tiada masalah lagi. Jadilah seorang yang amanah dan bertanggungjawab.

10. Jangan melampau-lampau ubahsuai atau ‘claim’ pada tuan rumah. Bertimbangrasa sikit. Mana tahu memang tuan rumah tengah dalam kesusahan ke hendak pakai duit untuk perubatan dan sebagainya. Guna otak dan prihatin sikit.

Semoga menjadi penyewa yang bersyukur dan bertimbang rasa.

Mingguan Wanita : Paling penting jika menyewa rumah orang, janganlah jadikan rumah orang macam rumah sendiri. Bertolak ansur dan berbincanglah elok-elok dengan tuan rumah, jangan buat sesuka hati.

Sumber : Nurul Haslinda

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI