8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19, Ayah Ashraf Muslim Meninggal Dunia. Salam takziah diucapkan buat Ashraf Muslim sekeluarga selepas kehilangan arwah ayah tercinta.
Bapa kepada pelakon itu, Haji Muslim Bulat, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sekitar jam 6.37 pagi Selasa akibat Covid-19.
Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun itu meninggalkan tujuh orang anak.
8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, menerangkan arwah bapanya meninggal dalam keadaan yang baik dan tenang.
“Hari ini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.
“Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab ALLAH lebih sayangkan ayah daripada kami,” katanya.
Mohon Maaf Atas Segala Kesilapan Arwah Ayah
Menerusi perkongsian sama, Ashraf yang juga merupakan anak sulung mewakili keluarganya memohon maaf atas segala kesilapan arwah bapanya ketika hayat masih ada.
“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.
Ads
“Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.
“InsyaAllah sama-sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang ‘Special’ di alam barunya bersama mereka mereka yang beriman,” kongsinya.
Ashraf menerusi perkongsian sebelum ini di Instagramnya juga turut meluahkan perasaan sangat sayu apabila memberitahu keadaan ayahnya ketika itu.
“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu. Puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya untuk sampaikan berita ini.
Ads
“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
“Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulis Ashraf.
Mingguan Wanita : Semoga roh arwah ayah Ashraf, Haji Muslim Bulat tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Ashraf Muslim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Diana & Farid Rujuk Semula? Doakan Yang Baik-Baik. Benarlah ajal jodoh merupakan ketentuan tuhan.
Pada 10 Ogos lalu, Diana Danielle, 32, dan Farid Kamil, 42 sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor setelah 11 tahun melalui usia perkahwinan.
Terbaru khabarnya pasangan tersebut dilihat kembali bersama dek kerana sebuah rakaman video tular di media sosial. Jika benar, Diana dan Farid sudah berbaik baguslah.
Dan ramai yang mendoakan agar pasangan yang juga ibu bapa kepada dua cahaya mata Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun kembali menjalin hubungan dan meneruskan kehidupan berkeluarga dengan baik.
Diana & Farid Rujuk Semula? Doakan Yang Baik-Baik
Diana yang menjadi tetamu menerusi sebuah program podcast di Tik Tok turut memberitahu sebarang keputusan tentang hubungan mereka akan diumumkan oleh Farid tidak lama lagi.
“Tapi kami akan buat keputusan dalam masa terdekat, tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini saya rasa biarkan Farid yang buat.
“Sebab dia lelaki,” kongsi Diana.
Sedang Memperbaiki Hubungan Ke Arah Lebih Baik
Diana juga menerangkan dia dan bekas suaminya, Farid sedang memperbaiki hubungan mereka ke arah lebih baik.
Bekas pasangan selebriti ini juga berfikir panjang tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya ditakdirkan mereka bersama.
“Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan… tapi taklah perlahan sangat.
“Kami pun sedang memikirkan bagaimana ingin memperbetulkan kehidupan kami antara satu sama lain lagi.
“Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi di masa hadapan,” ungkapnya.
Mingguan Wanita: Semoga yang Diana Danielle dan Farid kembali rujuk dan membesarkan anak-anak bersama.
Pesanan buat mak-mak, cuba check dalam pantri ada tak terbeli sardin jenama TL Tan Lung dan jenama TLC ini. Jika ada, lebih baik buang. Manakala jika berura-ura nak beli sardin jangan terbeli jenama ini.
Ini kerana dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, telah menarik balik dua produk sardin dalam tin dari China. Iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC diarah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
Tidak Memenuhi Akta Makanan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat pengimport sardin dari China iaitu syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd kerana produk yang diimport tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
“Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
“Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sentiasa dilakukan dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil,” katanya.
Temui Cacing Mati
Menurut beliau lagi, Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan yang menjadi viral di laman sosial berkaitan cacing mati ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.
“Laporan itu menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran selepas pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Jadi mak-mak mohon prihatin dengan sardin yang dibeli untuk hidangan keluarga iya. Jangan terbeli Sardin dua jenama ini.
Penat ambil jubah konvo, alasan mahasiswi ditangkap khalwat bermaksiat dalam hotel. Manusia akan memberikan seribu alasan asal dapat melepaskan diri. Bahkan lidah akan lancar menipu dan kata berbelit untuk orang lain mempercayai kata-kata mereka. Tak hairanlah, ramai menipu asalkan selamat. Namun agama tidak mengajar kita untuk terus menipu.
Tindakan beberapa pasangan bekas pelajar universiti yang mengambil kesempatan melakukan maksiat akhirnya menemui titik noktah seketika apabila ditangkap khalwat denagn pasangan masing-masing di hotel budget di Melaka semalam.
Terpaksa berehat di hotel kerana ingin mengambil jubah konvokesyen dan mengaku masih bujang sedangkan berstatus isteri orang. Itu antara alasan diberikan enam pasangan yang ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Ujong Pasir, Melaka awal pagi tadi.
Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kesemua mereka yang ditahan dalam operasi yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Katanya, lebih mengecewakan apabila majoriti yang ditahan merupakan mahasiswa dan graduan universiti awam termasuk memberi alasan terpaksa bermalam bersama pasangan kerana ingin mengambil jubah konvokesyen bagi menghadiri istiadat berkenaan Selasa ini.
“Jadi alasan itu tidak munasabah kerana selepas mengambil jubah, mungkin penat, mereka sempat lagi berehat. Mungkin pasangan ini telah pun ada huhungan kerana saling mengenali antara mereka.
“Pengakuan dibuat daripada kesemua mereka, mereka mengaku belum lagi ada pasangan sah. Kesemua pasangan terlibat telah dihantar ke pejabat JAIM untuk dibuat siasatan selanjutnya,” katanya.
Mengulas lanjut, ujar Che Sukri, terdapat juga satu tangkapan melibatkan wanita yang masih berstatus isteri orang berusia 37 tahun bersama pasangannya berusia 40 tahun.
Katanya, wanita itu pada awalnya mengaku konon sudah bercerai sejak empat tahun lalu sebelum semakan pihak berkuasa mendapati dia masih berstatus isteri orang manakala teman lelakinya dikatakan dalam proses penceraian.
Jelasnya, semua pasangan yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Selain itu katanya, JAIM turut mempergiatkan operasi pencegahan khalwat dengan kekerapan dua kali seminggu selain menasihati orang ramai sama ada rakyat negeri ini mahupun pelancong luar negeri untuk tidak menjadikan Melaka sebagai ‘sarang maksiat’.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...