Setiap kali keluar rumah, dia punya resah memang lain macam. Lagi-lagi bila nak jejak kedai, cari barang dapur. Sampai rumah, terus mandi.. basuh segala pakaian yang dipakai tadi.
Lagi susah hati, barang dapur yang baru dibeli itu pun dibasuh dengan sabun satu persatu ada yang rendam terus sebab tak nak merisikokan keluarga, melekat virus Covid-19.
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abdin, Dr Safiya Amaran, risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan melalui orang.
Manakala Pakar Mikrobiologi di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, Don Schaffner, tidak menggalakkan semua barangan dapur dinyahkuman selepas dibeli. Tindakan itu disifatkan sebagai keterlaluan.
IKLAN
Dan ini yang Dr Safiya Amaran kongsikan, apa yang mak ayah perlu dilakukan pada barangan dapur yang baru dibeli dari kedai atau pasaraya:
Lagi senang kalau beli barang secara online, takla terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.
Fahamkan Dulu Cara Kuman Covid-19 Berjangkit
1. Cara utama jangkitan Sars-CoV-2 ini adalah dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (semasa bercakap, bersin dan batuk).
2. Juga melalui tangan yang tercemar dengan virus, kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.
IKLAN
Kredit : Himpunan Cerita Lawak
Buat Macam Ini Bila Keluar, Balik Shopping Barang Dapur
1. Ketika keluar shopping, risiko jangkitan lebih tinggi kerana waktu itulah anda berjumpa dengan orang lain. Jadi, jarakkan diri antara satu sama lain sejauh 1 meter, tidak berbual, tidak menyentuh muka, mesti basuh tangan sebaik selesai membeli belah atau memegang troli. Ini kerana, troli di pasaraya biasanya dipegang oleh orang ramai. 2. Balik saja dari kedai, terus basuh tangan. Selepas siap susun barang dapur, sebelum dan selepas memasak pun kena basuh tangan. 3. Tangan kita sendiri sebenarnya yang lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang dapur. 4. Tak perlu pun sampai nak basuh dengan sabun barang dapur semata nak nyahkuman. Tapi mestilah dibasuh dengan air sebelum dimasak atau dimakan. (Ada juga saranan, rendam dulu dalam air garam) 5. Risiko basuh bahan mentah dengan sabun, silap gaya tertelan sabun boleh akibatkan loya, muntah dan cirit birit. 6. Sanitise barang dapur pun tidak sesuai dibuat. Sebabnya cecair bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan. Malah, boleh merosakkan makanan. 7. Yang perlu dinyahkuman adalah bakul atau beg kitar semula yang anda gunakan untuk membeli barang, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sebab itu termasuk kategori barang yang selalu dipegang. 8. Lepas basuh alatan ini, basuh sekali lagi tangan anda dengan sabun.
Lagi senang kalau beli barang secara online, takla terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.
IKLAN
MW :Sila amalkan doa ini sebagai ikhtiar perlindungan diri. Dan bacalah bila nak keluar rumah. Semoga perjalanan mak ayah dilindungiNya pergi dan balik.
Rambut beruban, mungkin kita beranggapan akan ada pada orang berusia, sesuai dengan umurnya. Tapi tidak pada yang masih muda pun.
Jangan salah anggap, masalah rambut beruban bukan hanya pada mereka yang berusia tapi boleh jadi pada kita yang masih muda. Sampaikan orang cakap, kalau anak muda sudah mempunyai uban, itu tandanya uban penyakit. Sedangkan ia juga boleh terjadi kerana kita terlalu stres.
Ada orang sanggup menghabis duit semata-mata untuk merawat rambut beruban. Malah, ada juga yang biarkan saja, sampaikan ada yang berbunyi, rambut beruban sebelum usianya. Begitulah.
Walau bagaimanapun, bagi anda yang ada masalah rambut beruban, ada cara untuk merawatnya. Hanya guna daun rambutan saja. Ikuti perkongsian ini.
Pada dasarnya, masalah rambut beruban kini bukan hanya dialami oleh mereka yang sudah berusia, ia juga boleh dialami oleh remaja malah kanak-kanak. Terlebih dahulu, ada baiknya anda mengetahui sebab-sebab masalah rambut beruban.
Di antaranya adalah kerana kekurangan gizi, sering bertukar-tukar minyak rambut, faktor genetik, serta stress dan tekanan yang melampau. Oleh kerana faktor yang disebutkan itu, susunan rambut menjadi tidak sihat, tidak sempurna dan mempengaruhi pembentukan melanin atau pigmen rambut dan muncul lah uban pada rambut dan bertukarlah warna rambut dari hitam ke warna putih.
Khasiat Daun Rambutan
Daun rambutan sangat mudah didapati terutama di kawasan yang mengalami iklim tropika khususnya Malaysia. ia memiliki bahan kimia seperti tannin, saponin, polifenol dan beberapa jenis hor mon yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut.
Bahan kimia yang terdapat dalam rambutan dipercayai dapat menghidupkan atau mendorong pembentukan melanin dan pigmen rambut. Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengembalikan warna rambut, membuat rambut tumbuh dengan subur serta mengurangkan masalah keguguran rambut.
Cara Penyediaan:
1. Cara menyediakan daun rambutan untuk dijadikan ramuan mengatasi masalah uban ialah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan (mengikut sukatan yang anda kehendaki) dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih.
2. Anda juga boleh menumbuk halus daun rambutan atau menggunakan pengisar dengan menambahkan sedikit air.
3. Setelah itu, tapis daun rambutan yang telah halus, dan dicampurkan dengan air tadi sehingga anda mendapatkan air perahan darinya.
4. Setelah mendapat air perahan tadi, usaplah pada rambut dari hujung ke akar dan biarkan selama 30 minit atau lebih.
5. Selepas itu, cucilah rambut sehingga bersih.
Dalam menangani rambut beruban, jadikan kaedah daun rambutan ini sebagai rutin harian dan berterusan mengikut masalah uban yang anda hadapi.
Dengan itu, rambut beruban akan kelihatan menghitam tanpa penggunaan pewarna rambut sehingga anda dapat mengatasinya secara kekal dan mengembalikan keyakinan diri.
Adakah kaedah daun rambutan untuk mengatasi masalah rambut beruban adalah mitos semata-mata? Anda cuba sendiri dan lihat hasilnya.
Mingguan Wanita : Ada pendapat mengatakan, rambut beruban itu jangan dicabut sebab nanti makin banyak. Betul ke?
Sumber: Akak Pesan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Masalah kulit sensitif atau ekzema ini jangan dibuat main-main. Baik anak kecil, atau orang dewasa bila dah terkena, sakit, gatal, merengsanya sangat.. sangat merimaskan.
Memahami permasalahan yang dialami para pesakit, Dr Nurussyahida Abdul Aziz, Klinik Lathika, Kota Sarang Semut berkongsi informasi lengkap berkaitan ekzema; punca, risiko, pencegahan dan jenisnya.
Sebelum itu kena faham dulu apa itu ekzema. Ia merupakan penyakit kulit gatal disebabkan keradangan dan kulit sensitif.
“Ekzema juga digolongkan dalam penyakit atopi yang merupakan penyakit diwarisi keluarga.”
Justeru, penyakit ini mungkin dilihat ahli keluarga atopi :
Asma
Resdung
Ekzema (atopic dermatitis)
Siapa Berisiko Alami Ekzema Dalam Keluarga
Alergi makanan yang berkait rapat dengan ekzema adalah berkitar di dalam keluarga yang berpenyakit alergi.
Kebarangkalian seorang anak mendapat alergi makanan ialah:
√ 5–15% risiko walaupun tiada sejarah alergi di dalam keluarga.
√ 20 – 40% sekiranya salah seorang darinya mempunyai alergi.
√ 25 – 35% sekiranya adik beradiknya mempunyai alergi.
√ 40 – 60% sekiranya kedua ibubapanya mengalami alergi.
√ 50 – 80% sekiranya alergi ibubapa adalah jenis yang sama.
“Perlu difahamkan sejelasnya, pencegahan ekzema ini cuma dapat mengurangkan, tapi tidak menghilangkan genetik. Disarankan menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan.”
Ini Rupanya Punca Ekzema
Punca sebenar ekzema adalah tidak diketahui oleh namun begitu, ia dikaitkan dengan variasi genetik sesuatu keluarga.
Apa yang sering disalah erti ialah pencetus ekzema bukan penyebab penyakit ekzema.
Ciri-ciri Ekzema Ini Buatkan Mak Ayah Lebih Hati-hati Dengan Penggunaan Sabun
Keradangan kulit disebabkan ekzema menjadikan kulit kering, merah, panas dan bengkak. Dinding perlindungan kulit menjadi rosak dah terdedah.
Maka air daripada dalam kulit keluar melalui bahagian lapisan kulit yang rosak menyebabkan kulit menjadi kering. Ini dipanggil trans epidermal water loss (TEWL)
Kulit pesakit ekzema juga mudah terdedah kepada jangkitan kuman kerana kerosakan dinding pelindungan kulit.
PH kulit yang asalnya berasid (pH4.5) dan jika gunakan sabun biasa yang alkali PHnya akan meneutralkan PH.
Jadi semua sebum/air yang ada di kulit akan hilang dan bertambah kering. Sebab itu, gunakan pencuci yang ekzema friendly.
Ini Yang Pesakit Ekzema Akan Alami Ketika Sakit Menyerang
1) Sangat gatal walaupun mungkin tiada ruam.
2) Ruam berbentuk pelbagai dan merah menyala ketika meradang.
3) Boleh menjadi berair atau bernanah terutamanya jika terkena jangkitan kuman.
4) Jika terlampau kering dan ekzema menebal, kulit boleh menjadi berkerak.
Kadang-kadang susah untuk bezakan dengan jangkitan kulat.
Jenis Ekzema Sebenarnya Tak Sama
Jenis-jenis ekzema berbeza dengan lokasi dan bentuk ekzema itu sendiri. Ekzema yang paling biasa ialah atopi iaitu pada bahagian pipi dan pelipat siku dan lutut.
Ekzema boleh menjadi sangat teruk dan membentuk kerak keras seperti Eczema craquelé disebabkan kulit terlampau kering. Menggosok dan menggaru ruam ekzema boleh menyebabkan ruam menjadi tebal dan berkerak.
Macamana Ekzema Itu Dikenalpasti
Diagnosa ekzema disahkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit. Tiada ujian makmal biasanya digunakan.
Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal jenis ruam dan bertanyakan soalan terperinci sebelum membuat diagnosa masalah ekzema.
Pesakit ekzema juga kebiasaannya mempunyai masalah alahan dan alergi.
Keduanya merupakan masalah berbeza yang biasanya dicetuskan oleh alergen persekitaran. Ujian alahan dan alergi, walaupun membantu mengenal pasti alergen pencetus, tidak tepat dan mungkin memberi gambaran salah mengenai pencetus alahan pesakit ekzema.
Bila Dah Confirm Ekzema, Basmi Dan Cegahlah Pencetus Ekzema
1. Rawatan Ekzema Moden
Mengikut perubatan konvensional, ekzema merupakan penyakit keturunan yang tidak dapat disembuhkan.
Ekzema cuma dapat dikawal dan rawatan adalah menjurus ke arah mencegah kekerapan keradangan demi meningkatkan jangka waktu kulit bebas ekzema.
Maka kaedah perawatan ekzema menurut perubatan konvensional ialah :
1. Elak pencetus ekzema
2. Emolien dan pelembap mencegah pengeringan kulit
3. Antihistamin untuk mengawal kegatalan Antibiotik untuk membunuh kuman kulit – 90% kes ekzema ada jangkitan bakteria staphylococcal aureus.
5. Penggunaan steroid (lemah hingga sangat kuat)
6. Penggunaan pengubah imuniti badan (Immunomodulator/Chemo)
2. Kenalpasti Basmi, Dan Cegah Pencetus Ekzema.
Jika mampu, elakkan segala faktor pencetus dan menerukkan ekzema.
Elakkan cuaca melampau (sejuk/panas).
Hindari pemakaian bulu kasar atau fabrik sintetik.
Elakkan penggunaan sabun dan detergen.
Pastikan kuku dipotong pendek.
Kenal pasti makanan yang menyebabkan alergik seperti seafood
3. Pastikan Kulit Sentiasa Lembap
Memandangkan dinding perlindungan kulit rosak, kelembapan akan hilang dengan pantas melalui kulit pesakit ekzema.
Gunakan pelembap atau emolien.
Penggunaan emolien adalah sangat penting dalam terapi ekzema. Kekerapan dan kuantiti penggunaannya sewajarnya melebihi mana-mana terapi ekzema yang lain.
4. Gunakan Pencuci Yang Friendly Kulit
Khas untuk kulit ekzema seperti cetaphil, ezerra dan lain-lain supaya kulit tidak kering.
5. Jangan Guna Sabun Biasa
Kulit pesakit ekzema juga mudah terdedah kepada jangkitan kuman kerana kerosakan dinding pelindungan kulit. PH kulit yang asalnya berasid (pH4.5) dan jika gunakan sabun biasa yang alkali PHnya akan neutralizekan PH kulit.
Jadi semua sebum/air yang ada di kulit akan hilang dan bertambah kering. Sebab itu, gunakan pencuci yang ekzema friendly.
6. Rawat Kegatalan Dan Cegah Keradangan
Steroid kekuatan rendah boleh digunakan jika penggunaan emolien sahaja tidak dapat mengawal keradangan
Antihistamin boleh melegakan sesetengah pesakit, terutamanya yang mengalami gegata atau resdung, apabila diambil pada waktu malam ketika kegatalan biasanya memuncak.
Agen Immunomodulatory (seperti sapuan tacrolimus atau pimecrolimus) boleh digunakan pada muka, kelopak mata dan celahan kulit, untuk ekzema yang tidak respons kepada steroid kekuatan rendah.
7. Rawat Kurangkan Keradangan
Steroid kekuatan sederhana dan kuat digunakan untuk jangkamasa yang pendek untuk merawat penerukan keradangan ekzema.
Steroid kekuatan ultra hanya boleh digunakan buat jangka waktu 1 hingga 2 minggu ke kawasan selain muka dan pelipat.
8. Rawat Jangkitan Kulit Seawal Mungkin
Jangkitan kulit Staphylococcus aureus merupakan jangkitan berulang yang perlu dirawat menggunakan antibiotik.
Ekzema juga boleh dirumitkan dengan jangkitan virus pada kulit seperti herpes simplex. Diagnosis awal dan penggunaan antiviral mungkin diperlukan. Ketuat (warts) and molluscum contagiosum (ketuat air) boleh jadi lebih teruk daripada pesakit tanpa ekzema.
Jangkitan kulat (yeast and dermatophytes) mungkin merumitkan dan menerukkan ekzema. Diagnosis dan penggunaan antikulat sesuai diperlukan.
Ubat gigi arang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini semenjak lagu ‘serbuk arang gigi’ jenama produk popular menjadi siulan ramai.Penggunaan arang sebagai bahan yang dianggap boleh membantu ‘memutihkan’ gigi rupanya tidak tepat malah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Baru-baru ini Dr Nur Amalina Che Bakri,31 ada memuat naik status dilaman sosial twitter mengenai penggunaan arang untuk memutihkan gigi.Sekaligus ia menjawab persoalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya.
Ini jawapan yang diberikan;
“Arang tidak memutihkan gigi.Berdasarkan kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan arang boleh memutihkan gigi. Ia boleh membersihkan gigi tetapi TIDAK memutihkan gigi.Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis.”
Doktor Amalina juga ada menyarankan sesiapa yang ingin memutih gigi supaya pergi ke klinik gigi yang betul.
@akifakim bertanya “Jadi, macam mana nak putihkan gigi dengan cara yang betul dan sihat, doc?”
“Jumpa doktor gigi. ‘Dentist’ yang betul, bukan yang fake (palsu) pula,” jawabnya.
Doktor cantik ini juga ada berkongsi screen shot daripada Klinik Pakar Pergigian Anmas sebagai panduan;
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ramai yang mengambil pengajaran diatas penjelasan ini.
Info Ekstra!
Dr Nur Amalina Che Bakri,31 merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015.
Merupakan pelajar cemerlang keputusan peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1 serta melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom, England. Mengejar cita-cita menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik suatu hari nanti.
MW: Jadi jangan mudah terpengaruh dengan sebarang produk yang boleh memutihkan gigi. Kesan jangka panjangnya kita tidak tahu. Sebaiknya berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah dan dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik gigi.
Percaya atau tidak dengan membiasakan diri menyebut panggilan sayang ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar rasa lebih disayangi dan dihargai.