Selepas melalui fasa isolasi di wad Covid, sejak 27 Mac lalu, akhirnya keluarga Dr Samsu Ambia Ismail terdiri daripada isteri dan 5 orang anak-anaknya, disahkan bebas daripada virus Covid-19.
Berita gembira ini dikongsikan oleh isteri Dr Samsu, Mazriemi Mohd Zaki di laman facebooknya, Gold Amy Edriena.
Kongsinya,
“Bismillah… Alhamdulilah syukur pada Allah. First of all Amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzak Allahu khairan pada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat seluruh dunia yang mendoakan kami sekeluarga.
Berkat doa semua kami sekeluarga BEBAS COVID… ya Allah tiada apa nak diungkap kan selain syukur pada Ilahi yang sudah menyembuhkan kami semua dari virus ini.
Kami disatukan kembali sebagai sebuah keluarga bebas covid.
Beliau turut merakam rasa terharu dan terima kasih kepada kakitangan hospital yang menjaga keluarganya sepanjang mereka diwadkan di hospital.
“Jutaan terima kasih juga pada semua staf Hospital Ipoh dan staf ward 4B Hospital Teluk Intan jasa mu semua amat amy kenang.. hanya Allah dapat balas jasa kalian semua.”
Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) yang kemudiannya disahkan positif Covid-19 bersama isteri dan 5 orang anak-anaknya, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun.
Semasa diwadkan dan mendapat rawatan keluarga ini begitu positif. Sehinggakan anak-anaknya ceria membuat video untuk memberi kegembiraan di hati ibu dan ayah mereka.
Ads
Menunaikan solat berjemaah di dalam wad.
Panik Bila Suami Minta Hubungi 999
Ketika ditemubual dalam sebuah rancangan bual bicara wanita stesyen televisyen swasta, Mazriemi berkongsi serba sedikit bagaimana Covid-19 mengundang panik pada dirinya.
“Mulanya, suami Amy negatif. Selepas test pertama, keadaan suami masih tak sihat; demam, sakit badan.”
Sehinggakan suaminya memaklumkan agar dia menghubungi 999 sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya malam itu. Adu suaminya yang tak tahan dengan kesakitan yang dialami melibatkan sakit pinggang dan sesak nafas.
Tentunya pesanan suami itu mengundang panik yang teramat di hati isteri.
“Esoknya baru dapat jawapan suami confirm positif. Masa itu anak-anak semua demam. Ayah, anak kedua malah Erika, dia dah ambil drip dua kali. Dan kita tak expect.. sebab masa itu Hospital Teluk Intan masih clean, belum ada virus Covid lagi, belum ada yang positif.”
Sementara maklum Dr Samsu Ambia sendiri sebelum disahkan positif, dirinya sudah pun alami demam dekat seminggu. Waktu bertugas itu, ada juga rakan sekerjanya yang alami demam.
Apabila malam itu dirinya alami demam sehingga tak boleh tidur dan alami sakit badan, Dr Samsu Ambia mula makan ubat demam.
Tetapi sampai keesokan hari demam masih juga tak surut. Kebiasaannya, bila makan ubat dua kali dah sembuh. Malah, beliau terpaksa makan ubat setiap 6 jam.
Mula dari situ, selera makan mula hilang. Tekak pun jadi kering dan tiada deria rasa malah tiada deria bau. Kemudian, mulai batuk.
Keadaan anak-anak pun pada waktu itu dah mula sakit-sakit. Tapi masa itu tak ada lagi kes Covid, jadi mereka tak boleh nak buat ujian.
“Saya macam biasa pergi kerja. Pasal masa itu, ada ramai orang sakit.” Tak lama kemudian, kes Covid-19 meledak di hospital tempatnya bertugas.
Daripada ujian yang dilakukan, 8 petugas positif dan dirinya negatif. “Saya terharu.. tapi malam itu saya jadi teruk. Saya minta buat ujian semula.” Ujian kedua itulah Dr Samsu Ambia disahkan positif.
Sukar untuknya melupakan pengalaman dibawa ke hospital dengan ambulan. Fikirannya mula terbayangkan bagaimana jika umurnya tak panjang. Adakah dapat lagi bertemu ahli keluarga. Itulah yang kerap bermain di fikirannya.
Ads
Anak-anak Lawan Covid-19 Tanpa Ubat
Semasa berada di dalam wad, ahli keluarga Dr Samsu Ambia sentiasa positif. Terutama anak-anak beliau yang begitu kuat dan bersemangat melawan virus Covid-19.
Kata ibu mereka, sepanjang perjuangan menentang virus Covid-19 anak-anaknya tidak diberikan ubat. Cuma dirinya dan suami saja yang diberi ubat.
“Anak-anak tak diberi ubat, mereka kena lawan sendiri dengan antibodi yang kuat. Kalau lemau, lemah tak semangat virus boleh merebak.”
Sebab itulah, ibu ayah ini gembira apabila anak-anak dapat menyebarkan semangat positif kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, berusaha memberi kegembiraan kepada ibu dan ayah.
Pada yang masih berjuang melawan penyakit ini, “Please.. kuatkan semangat. Jangan lemah, doa dengan Allah dan berserah pada Qada dan Qadarnya.”
Malah, Dr Ambia Samsu sempat menitipkan pesanan ini,
“Saya memohon maaf kerana sebagai ketua tak dapat bersama petugas-petugas di Hospital teluk Intan disaat genting ini. Saya doakan mereka supaya kekal bersemangat, kekal sihat dengan usaha yang murni ini. Yang penting jaga keselamatan diri dan kesihatan diri. Kesan dengan awal jika ada simptom-simptom.”
MW :Semoga semangat positif yang keluarga Dr Samsu Ambia Ismail ini berikan dapat menyuntik kekuatan kepada mana-mana individu yang ketika ini sedang berjuang melawan virus Covid-19.
Alhamdulillah, damai sungguh dengan perkongsian penerbit, pengarah dan pelakon, Micheal Ang ini. Katanya, inilah posting pertamanya di instagram dan yang terakhir berkaitan solat berjemaah di set pengambaran.
Tidak ada pun sekelumit rasa mahu menunjuk-nunjuk akan kebaikan, cuma dia merasakan apa yang dilaluinya bersama krew pengambaran adalah suatu ketenangan yang indah.
Pesannya, janganlah cepat menghukum iman setiap manusia. Kerana, hal sebegitu adalah antara diri orang itu dengan Allah.
Peluang solat berjemaah itu disempurnakan selepas terkesan dengan posting yang dikongsikan pelakon Uqasha Senrose.
“Salam semua. Alhamdullilah dengan posting @uqashasenrose2 tadi hari ni semua nak bersolat berjemaah sama-sama.
Alhamdullilah. I rasa Ini kali pertama kat set aku yang semua Tiba-tiba nak solat berjemaah! Tq so much @uqashasenrose2 u memang power!
Anyway pada u all yg selalu anggap kita orang dalam industry ni bukan-bukan. Jangan la cepat menghukum iman setiap manusia ada antara dia n Allah.
Luv u all n stay safe!
Bukan nak menunjuk I just find this is so peaceful and this is my last posting on this matter!
Ketika ini, Micheal Ang sedang sibuk mengarah drama Perempuan Tanpa Dosa yang dibintangi Kamal Adli, Uqasha Senrose dan ramai lagi.
Rakan Artis Juga Terkesan Sama..
Perkongsian Micheal ini mendapat maklumbalas yang baik daripada rakan-rakan artis malah followernya yang lain. Rata-rata memberi semangat untuk terus berkongsi hal-hal yang positif sebegini.
Wanita Kelantan beli barang kemas pakai duit syiling. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Wanita Kelantan Beli Barang Kemas Pakai Duit Syiling
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Sesungguhnya pengorbanan dan kasih seorang mak memang tanpa batasan.Demi kebahagiaan anak, seorang wanita sanggup mendermakan rahimnya sendiri kepada anak perempuannya yang memiliki rahim tidak berfungi agar turut berpeluang mengandung dan mampu melahirkan anak.
Kejadian yang berlaku di Beijing, China ini, Pembedahan pasangan anak beranak Liang Juan, 29, dan ibunya, 51, berlangsung selama 15 jam di Hospital Xijing, wilayah Xi’an, pada 23 Disember lalu, membabitkan sepasukan 20 pakar bedah dari 10 jabatan.
Pembedahan itu menggunakan kemajuan teknologi robotik bagi mengeluarkan rahim daripada ibu Liang sebelum dipindahkan kepadanya. Ketika proses permindahan rahim tersebut, jarak perbezaan umur dua beranak ini adalah 22 tahun.
Masalah Rahim Tidak Berfungsi
Menurut laporan Daily Mail, Liang Juan mengalami masalah rahim tidak subur dan sekaligus menjadikan rahimnya tidak berfungsi atau tiada.
Menurut laman web tentera China, 81.cn, antara 30,000 hingga 40,000 bayi perempuan dilahirkan tanpa rahim atau alat sulit setiap tahun.
Liang Juan ialah wanita kedua di China yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim.Wanita pertama, Yang Hua, yang ketika itu berusia 22 tahun, juga menjalani pembedahan di hospital yang sama pada November 2015. Dia menerima rahim daripada ibunya yang berusia 41 tahun.
South China Morning Post melaporkan, Liang Juan berkata, harapannya untuk memiliki anak sebelum ini musnah kerana dilahirkan tanpa rahim.
“Saya amat berterima kasih kepada ibu dan doktor. Ini usaha mereka bersama untuk saya mencapai impian menjadi seorang ibu,” katanya yang sedang pulih daripada pembedahan.
Lakukan IVF Selepas Pembedahan
Liang akan menerima rawatan kesuburan persenyawaan (IVF) selepas pulih daripada pembedahan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi hospital berkenaan, Dr Chen Biliang berkata, kes kedua itu agak rumit berbanding pembedahan pertama sebelum ini.
“Ibunya sudah menopaus menyebabkan saluran darah keras. Ia rumit kerana sebaik rahimnya dipindahkan kepada anaknya, darah perlu mengalir lancar,” katanya.
Pembedahan pemindahan rahim yang berjaya amat jarang kerana prosesnya kompleks serta rumit dan pembedahan kedua di China ini, ialah yang ke-31 di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Brazil, Sweden, India, Jerman, Serbia, Republik Czech, Arab Saudi dan Turki. – Agensi
“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang” itulah antara ayat yang dikongsikan oleh pelakon senior Farisha Irwayu menerusi sebuag video yang dikongsi di laman...