Beberapa hari lalu apabila kerajaan melonggarkan syarat bahawa premis kedai gunting rambut boleh dibuka pada waktu-waktu tertentu mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Rata-ratanya ramai tidak bersetuju jika kedai di buka kerana bakal mengundang kluster baru iaitu kluster kedai gunting rambut dalam penyebaran Covid-19. Cukup-cukuplah kluster yang sedia ada.

Alhamdulillah akhirnya keluhan masyarakat didengari apabila kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Begitu juga dengan bazar ramadan.

Ambil Kira Pandangan Pakar, NGO & Keluhan Rakyat

Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira pandangan pakar, badan bukan kerajaan dan keluhan rakyat.

IKLAN

Sejak beberapa hari lalu, isu berlegar di negara kita mengenai kedai gunting rambut. Kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat dan mendapat nasihat pakar tertentu serta mendengar pandangan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai perkara ini.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri membuat keputusan operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan operasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Saya kira ini menjawab segala persoalan ditimbulkan rakyat dan berharap tiada lagi isu berkenaan kedai gunting rambut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

‘Duit Tak Boleh Beli Nyawa’ Kenapa Barbershop Pilih Tak Buka Kedai

IKLAN

Patuhi PKP, Jadi Tak Payah Keluar Beli Di Kedai, Buat Sendiri Roti Jimat Belanja

Bazar Ramadan Juga Tidak Akan Beroperasi

Selain itu, Ismail Sabri berkata, bazar Ramadan juga tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, operasi kedai gunting rambut dan salon semasa PKP fasa ketiga bermula 15 April ini tertakluk kepada kelulusan permohonan dan dicadangkan di kawasan zon hijau sahaja.

Keputusan itu mendapat perhatian rakyat yang rata-ratanya tidak bersetuju dan meminta kerajaan menarik balik kebenaran premis berkenaan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP kerana dibimbangi meningkatkan lagi penularan jangkitan Covid-19.

Sumber: Harian Metro

MW: Buat masa sekarang inilah langkah yang terbaik demi kepentingan bersama. Mak, ayah ambillah masa untuk belajar gunting rambut pasangan, tak kisahlah atau cantik atau tidak. Sebab kita semua masing-masing berada di rumah sahaja kan…

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI