Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai kisah yang menjadi tular di media sosial terutamanya tentang virus Covid-19 yang menjadi ketakutan seluruh dunia.
Pendamik Covid-19 ini kadangkala boleh membuatkan warganet panik apatah lagi dengan pelbagai berita yang disebarkan menerusi media sosial.
Beberapa hari sebelum ini telah tular tentang kenyataan berita mengenai risiko penyebaran virus ini menerusi gas kentut. Kononnya penelitian oleh sekumpulan doktor, wabak nombor Covid-19 dikatakan boleh tersebar melalui proses kentut.
Dakwaan itu kerana penelitian mendapati banyak virus di dalam najis lebih daripada separuh daripada pesakit wabak berkenaan yang mereka rawat. Lebih menakutkan laporan yang ditulis Dailystart.co.uk itu turut memberitahu kentut mempunyai zarah kotoran yang mampu menyebarkan bakteria tertentu.
Ads
Poster Berikan Fahaman Sebenar
Bagi menerangkan penularan perihal tersebut yang boleh menimbulkan salah fahaman orang ramai, menerusi laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) Public Health Malaysia turut berkongsi jawapan tentang dakwaan berkenaan.
Agak mencuit hati, ‘poster’ berkaitan juga dihasilkan bagi memberikan fahaman sebenar tentang dakwaan tidak tepat berkenaan.
“Terkini tular mengenai kenyataan berita mengenai risiko penyebaran virus menerusi gas kentut.
“CDC Beijing telah menafikan kenyataan tersebut dan mengatakan jangkitan hanya mungkin berlaku sekiranya anda menghidu kentut dalam jarak dekat dan individu tersebut membebaskan gas dalam kuantiti yang banyak serta tidak memakai seluar!“Sekiranya semua individu masih berseluar dan berada dalam jarak social melebihi 1 meter, anda tidak perlu bimbang akan perebakan menerusi kentut.”Utamakan jarak sosial 1 meter, anda terselamat dari bau kentut busuk serta kemungkinan mendapat jangkitan.”
Dek kerana Pendamik Covid-19 macam-macam perkara yang berlaku di serata dunia termasuklah di Malaysia sendiri.
Malah baru-baru ini seorang rakan Facebook yang dikenali sebagai Puan Zaiton Abd Rahman menerusi akaunnya Zaiton Abd Rahmantelah berkongsi kisah sedih tentang anaknya lelakinya Syazrin Zulfakar yang sanggup berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.
Malah dia juga menyatakan air matanya mengalir apabila melihat video rakaman yang dikongsi anaknya ketika merentasi Tambak Johor dari Woodlands menuju ke Johor Bahru.
Seperti yang dikongsi di status Facebooknya Zaiton Abd Rahman meluahkan;
“Menitik air mata hakak bila tengok video anak hakak gigih berjalan kaki sorang-sorang menyeberang Tambak Johor yang lengang dari Woodlands menuju ke Johor Bahru sejauh hampir 1.5 Km.
“Belas sungguh rasa hati hakak mengenang nasib dia. Kena deferred, kena tahan kat office kastam Singapore sebab berani mati sangat buat perangai macam tu. Nasib baik mereka lepaskan setelah dia buat rayuan.
“Masuk sempadan Malaysia kena tahan lagi untuk dihantar ke pusat kuarantin selama 14 hari. Masih tak boleh balik jumpa anak dan isteri. Lebih dua bulan mereka terpisah.
“Ya, Allah, tolong jagakan anakku ini. Selamatkanlah dia dari segala mara bahaya, pertemukanlah dia dengan anak dan isterinya serta mama dan ayah serta ahli keluarganya yang lain.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri Johor yang menyediakan tempat kuarantin yang selesa. Terima kasih PM dan seluruh Frontliner warga kerja KKM, PDRM dan ATM atas segala perancangan dan bantuan yang diberi demi kebaikan rakyat Malaysia.
“Semoga wabak CV19 dapat dibenteras dan berlalu pergi sempena Ramadan yang bakal menjelma. Mama doakan yang baik-baik saja untuk anakku Syazrin Zulfakar.
Kami di MW juga mendoakan anak kepada Puan Zaiton berada dalam keadaan yang baik dan bakal bertemu dengan anak, isterinya dan ahli keluarga tercinta selepas tempoh kuarantin dan PKP.
Haa.. macam-macam tau gelagat isteri bila ikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia ini. Berminggu-minggu berkurung dah tak dapat jalan-jalan, isteri pun cari idea macam mana nak hiburkan hati sendiri.
Kira macam me time juga lah ini. Lucu baca perkongsian Bro Ohsem, Akhtar Syamirtentang isterinya, Nora Azni. Terkejut ‘kawan’ tu.. naik hairan kenapa isteri bersolek, cantik-cantik berkebaya dalam rumah.. nak pergi mana? Rupanya ini ceritanya.
Kalau bosan berkurung, berkebaya lah pula. #KebayaPKPChallenge. Itulah yang dilakukan isteri saya Nora Azni hari ini.
Terkejut juga mula-mula bila tengok dia bersolek bagai. “I dah tak tahan dah berkurung dalam rumah ni, I nak keluar, tak kira la kena tangkap ke kena tahan ke.”
Rupanya, siap je berkebaya dan bersolek, terus ke bahagian luar rumah, ambil penyapu dan penyodok sampah dan mula menyapu. Hahaha.. Terkena saya hari ini.
Dia boleh sambung masak, basuh pinggan, lap meja, bersihkan kipas, sidai baju, lipat baju dan basuh tandas sambil melawa macam tu. Kelakar sungguh. Padahal memang itulah yang para isteri buat setiap hari. Bezanya hari ini, dia berkebaya.
Siap pegang beg tangan, simbolik kepada Dato Rizalman sound retis yang selalu ambil gambar tunjuk beg tangan tu. Hehe.. Jangan risau, takde duit pun dalam tu, kad Watson je.
Sekali-sekala bergurau begini, seronok jugak. Tergelak-gelak kami berdua masa ambil gambar tadi. Video pun ada, nanti saya upload.
Siapa nak join challenge ni? Jom share gambar korang pulak kat komen. Korang cuba share jugak, mesti ramai lagi nak sahut cabaran ni.
MW : Tak salah kan bercantik-cantik dalam rumah. Selain hiburkan hati sendiri, suami pandang hari-hari pun jadi seronok sama.
Sumber/Foto : Akhtar Syamiryang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa di Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi, http://t.me/broohsemfans
Selepas melalui fasa isolasi di wad Covid, sejak 27 Mac lalu, akhirnya keluarga Dr Samsu Ambia Ismail terdiri daripada isteri dan 5 orang anak-anaknya, disahkan bebas daripada virus Covid-19.
Berita gembira ini dikongsikan oleh isteri Dr Samsu, Mazriemi Mohd Zaki di laman facebooknya, Gold Amy Edriena.
Kongsinya,
“Bismillah… Alhamdulilah syukur pada Allah. First of all Amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzak Allahu khairan pada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat seluruh dunia yang mendoakan kami sekeluarga.
Berkat doa semua kami sekeluarga BEBAS COVID… ya Allah tiada apa nak diungkap kan selain syukur pada Ilahi yang sudah menyembuhkan kami semua dari virus ini.
Kami disatukan kembali sebagai sebuah keluarga bebas covid.
Beliau turut merakam rasa terharu dan terima kasih kepada kakitangan hospital yang menjaga keluarganya sepanjang mereka diwadkan di hospital.
“Jutaan terima kasih juga pada semua staf Hospital Ipoh dan staf ward 4B Hospital Teluk Intan jasa mu semua amat amy kenang.. hanya Allah dapat balas jasa kalian semua.”
Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) yang kemudiannya disahkan positif Covid-19 bersama isteri dan 5 orang anak-anaknya, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun.
Semasa diwadkan dan mendapat rawatan keluarga ini begitu positif. Sehinggakan anak-anaknya ceria membuat video untuk memberi kegembiraan di hati ibu dan ayah mereka.
Ketika ditemubual dalam sebuah rancangan bual bicara wanita stesyen televisyen swasta, Mazriemi berkongsi serba sedikit bagaimana Covid-19 mengundang panik pada dirinya.
“Mulanya, suami Amy negatif. Selepas test pertama, keadaan suami masih tak sihat; demam, sakit badan.”
Sehinggakan suaminya memaklumkan agar dia menghubungi 999 sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya malam itu. Adu suaminya yang tak tahan dengan kesakitan yang dialami melibatkan sakit pinggang dan sesak nafas.
Tentunya pesanan suami itu mengundang panik yang teramat di hati isteri.
“Esoknya baru dapat jawapan suami confirm positif. Masa itu anak-anak semua demam. Ayah, anak kedua malah Erika, dia dah ambil drip dua kali. Dan kita tak expect.. sebab masa itu Hospital Teluk Intan masih clean, belum ada virus Covid lagi, belum ada yang positif.”
Sementara maklum Dr Samsu Ambia sendiri sebelum disahkan positif, dirinya sudah pun alami demam dekat seminggu. Waktu bertugas itu, ada juga rakan sekerjanya yang alami demam.
Apabila malam itu dirinya alami demam sehingga tak boleh tidur dan alami sakit badan, Dr Samsu Ambia mula makan ubat demam.
Tetapi sampai keesokan hari demam masih juga tak surut. Kebiasaannya, bila makan ubat dua kali dah sembuh. Malah, beliau terpaksa makan ubat setiap 6 jam.
Mula dari situ, selera makan mula hilang. Tekak pun jadi kering dan tiada deria rasa malah tiada deria bau. Kemudian, mulai batuk.
Keadaan anak-anak pun pada waktu itu dah mula sakit-sakit. Tapi masa itu tak ada lagi kes Covid, jadi mereka tak boleh nak buat ujian.
“Saya macam biasa pergi kerja. Pasal masa itu, ada ramai orang sakit.” Tak lama kemudian, kes Covid-19 meledak di hospital tempatnya bertugas.
Daripada ujian yang dilakukan, 8 petugas positif dan dirinya negatif. “Saya terharu.. tapi malam itu saya jadi teruk. Saya minta buat ujian semula.” Ujian kedua itulah Dr Samsu Ambia disahkan positif.
Sukar untuknya melupakan pengalaman dibawa ke hospital dengan ambulan. Fikirannya mula terbayangkan bagaimana jika umurnya tak panjang. Adakah dapat lagi bertemu ahli keluarga. Itulah yang kerap bermain di fikirannya.
Semasa berada di dalam wad, ahli keluarga Dr Samsu Ambia sentiasa positif. Terutama anak-anak beliau yang begitu kuat dan bersemangat melawan virus Covid-19.
Kata ibu mereka, sepanjang perjuangan menentang virus Covid-19 anak-anaknya tidak diberikan ubat. Cuma dirinya dan suami saja yang diberi ubat.
“Anak-anak tak diberi ubat, mereka kena lawan sendiri dengan antibodi yang kuat. Kalau lemau, lemah tak semangat virus boleh merebak.”
Sebab itulah, ibu ayah ini gembira apabila anak-anak dapat menyebarkan semangat positif kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, berusaha memberi kegembiraan kepada ibu dan ayah.
Pada yang masih berjuang melawan penyakit ini, “Please.. kuatkan semangat. Jangan lemah, doa dengan Allah dan berserah pada Qada dan Qadarnya.”
Malah, Dr Ambia Samsu sempat menitipkan pesanan ini,
“Saya memohon maaf kerana sebagai ketua tak dapat bersama petugas-petugas di Hospital teluk Intan disaat genting ini. Saya doakan mereka supaya kekal bersemangat, kekal sihat dengan usaha yang murni ini. Yang penting jaga keselamatan diri dan kesihatan diri. Kesan dengan awal jika ada simptom-simptom.”
MW :Semoga semangat positif yang keluarga Dr Samsu Ambia Ismail ini berikan dapat menyuntik kekuatan kepada mana-mana individu yang ketika ini sedang berjuang melawan virus Covid-19.