Pemberian gaji untuk seorang isteri itu ibarat penghargaan suami untuk kerja keras isterinya menguruskan rumah tangga. Penghargaan sebeginilah buatkan hati isteri bahagia. Bila isteri bahagia, rumah tangga pun sejahtera.
Ini bukan perumpamaan yang klise. Realitinya memang beginilah. Tanyalah mana-mana suami yang kaya sifat tanggungjawab. Sebolehnya, mereka akan berusaha untuk menggembirakan hati isteri. Sebab mereka tahu, emosi isteri yang tenang akan memancarkan ketenangan untuk seisi rumah.
Perkongsian Eshal Perak ini ‘deep’ untuk difahami oleh para suami. Isteri pun kena juga ambil tahu, kerana apabila suami sudah berusaha menjadi yang terbaik. Isteri pun kenalah berbuat perkara yang sama. Layani suami dengan taat dan seikhlasnya.
Suami, Jangan Lupa Tentang Nafkah Kepada Isteri Ya..
Inilah hak isteri terhadap nafkah yang wajib diberi suami:
- Makan minum isteri, duit belanja dapur dan bil
- Duit belanja diri (mengikut kemampuan seorang suami)
- Rumah yang selesa (untuk tinggal dengan aman dan memudahkan isteri membuka auratnya, tanpa individu bukan mahram/muhrim)
- Ubat-ubatan
- Pakaian baru 2 persalinan setahun (termasuklah pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dan lain-lain
Di atas ni wajib .
Tapi abang nak bagi pendapat tentang wang yang harus diberi kepada isteri setiap bulan.
Artikel berkaitan : Amalan beri isteri gaji ‘on time’ punca rezeki suami tak putus.
INGAT ! INI BAGI PENDAPAT ABANG LA..
Tak salah jika seorang isteri meminta wang ringgit daripada suaminya.
Bagi pendapat abang, isteri berhak untuk mendapat gaji jika isteri itu menjalankan kerja kerja rumah , basuh pakaian keluarga, sidai baju, kutipkan baju dan lipatkan, serta menyapu rumah, cuci pinggan mangkuk dan kerja selainnya.
Jika orang gaji buat kerja seperti abang nyatakan di atas.. kita harus beri gaji kan? Tapi dengan isteri sendiri kenapa agak berat? Itu yang abang maksudkan. Memang betul isteri harus mengikhlaskan, tetapi kadang kala cuba ikhlaskan hati memberi wang belanja untuk buat dia tersenyum.
“Sayang, ni abang bagi RM40 untuk belanja sayang bulan ni ya. Minta maaf sikit ja abang bagi.“…. si isteri pun jawab, “Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli minyak wangi * BRAND ESHAL PERFUME * tu. Sayang beli tau.”…
Si suami pun balas, “Beli la sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu botol lagi untuk sayang nanti.”
Jika pemberian yang kita hulurkan tu agak sedikit nilainya berbanding kerja yang mereka relakan itu , tapi bagi si isteri sangat besar nilainya. Kadang kadang pemberian seperti itu dapat buat mereka mengalir air mata tanda syukur atas pemberian dari seorang suami .
Duit Suami Beri Itulah Isteri Simpan, Hulur Bila Suami Susah
Wang ringgit itu kadangnya si isteri simpan dan gunakan untuk kepentingan para suami jugak. Suami tak cukup duit, wang ringgit itulah yang dihulurnya waktu suami sedang susah.
Kadang kadang bila kita lihat persekitaran kita, masuk Pusat Membeli Belah berapa ramai isteri yang mengangkat barang barang yang dibeli?
Walaupun barang barangan yang dibeli agak berat.
Kadang kadang kita tak sedar yang benda sekecil itu dapat kecilkan hati isteri. Kadang juga kita sebagai suami berat mulut untuk menanyakan tentang buruk kita dari isteri dan kadang bila isteri luahkan perasaannya, kita ego dan tidak langsung meminta maaf.
Jadi , daripada membiarkan parut terus berkekalan di hati isteri setelah kita para suami pernah sakitkan cuba untuk mencari jalan membuat si isteri terus senyum dan meminta isteri untuk terus berdoa supaya kita para suami sentiasa dimurahkan rezeki dari segi wang ringgit, dipanjangkan umur dan segalanya.
Para isteri juga harus selalu melayani suami dengan baik.
So bagi abang, pemberian wang yang dianggap gaji, sedekah atau lain lain pendapat tu harus. Itu pendapat abang.
Jika ada pendapat yang ingin dikongsikan, terus komen di ruangan di bawah ya.
MW : Pun setuju dengan abang! Tak rugi pun beri isteri duit gaji bulanan tu.
Sumber/Foto : Eshal Perak
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perlu ke nak mengorat isteri lagi walaupun sudah berkahwin. Jawapannya ya, memang perlu sentiasa mengorat isteri anda. Isteri kalau suami dia bijak mencuri, pasti anda akan menjadi suami yang paling dicintailah.
Sebenarnya cara atau teknik menjadi suami kepada isteri adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita lain. Isteri anda tidak semestinya sama emosi dan naluri dengan isteri rakan baik anda. Oleh sebab itu, seharusnya sebagai suami anda fahami dahulu isteri anda bagaimana, barulah gunakan skil yang sesuai.
Ikuti perkongsian, Taufiq Razif
5 Teknik Rahsia Menjadi Suami Yang Dicintai Isteri
Teknik 1 : Kena ada Mind-Reading abilities
Walaupun nampak susah tapi kemahiran membaca dan meneka perasaan dan fikiran isteri ni boleh membuatkan si isteri makin rasa disayangi & dicintai
Suami yang pandai membaca dan mendalami perasaan, mimik wajah dan rajukan isteri ni dipanggil suami yang ada Emphatic Accuracy.
Teknik 2 : Kena jadi Active Listener isteri
Suami yang ada skill menadah telinga ini sangat-sangat disukai isteri lebih-lebih lagi yang tahu ilmu Active Listening ni.
Apa tanda suami tu Active Listener?
👂 Fokus sepenuhnya
👂 Bukan sekadar mendengar
👂 Tapi bertanya soalan juga
👂 Mendengar untuk memahami
👂 Bukan mendengar untuk membalas balik bebelan isteri
Teknik 3 : Kena jadi Spiritual Mentor isteri
Isteri sangat suka suami yang boleh bimbing rohaninya. Sebab bila rohani si isteri dipenuhi, maka hati isteri akan jadi mudah jinak, lebih tenang dan rasa lebih tenteram sepanjang hari.
Sebab itulah sesibuk apapun suami, suami tetap kena penuhi hati isteri dengan rasa cinta pada Allah, Rasul dan hari akhirat.
Teknik 4 : Suami kena ada Self-Control yang tinggi
Bila suami tengah sangat marah tetapi masih boleh kawal intonasi dan nada suara, suami tu dikira ada self-control yang hebat.
Suami yang self-control yang hebat ni sangat dihormati isteri kerana ia menandakan mereka mempunyai kemampuan mengemudi emosi sendiri. Inilah juga yang akan menaikkan kredibiliti dan autoriti seorang suami sebenarnya.
Teknik 5 : Kena tahu Love Language isteri
Love language isteri kita adalah apa je perbuatan kita pada dia yang buatkan dia rasa dicintai. Lain orang lain Love Language-nya tau.
Ada setengah isteri rasa lebih dicintai bila suaminya cuci pinggan, ni tanda Love Languagenya adalah Service. Ada isteri yang lebih rasa dicintai bila suaminya banyak ucap I Love You, ni Love Languagenya adalah Words of Affirmation.
Yang agak haru sikit bagi si suami kalau Love Language isteri adalah Receiving Gift. Haa, yang ni kalau dapat dua tiga untas rantai emas juga ni baru tersenyum-senyum si isteri sebab rasa dicintai.
Apa pun, tak rugi pun memberi pada isteri dan anak-anak ni sebab sebaik-baik pemberian adalah memberi kepada keluarga sendiri. – Taufiq Razif –
Sumber:Taufiq Razif
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Sebagai suami, apa salahnya anda membeli jiwa isteri kerana dialah wanita yang berada di saat anda susah dan senang. Ingat ya, mengurat isteri perlu kena caranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Serius, mak ayah tolonglah jangan takut sangat nak ajar anak lelaki buat kerja rumah sejak kecil. Kena faham konsep, bila dah kahwin anak lelaki anda itulah yang akan bahagiakan isterinya dan mudahkan kerja rumah tangga.
Tambah pula zaman sekarang kebanyakan kaum isteri mula keluar mencari rezeki. Kalau semuanya isteri buat, tidak ke itu boleh mengundang emosi yang tak stabil dan akhirnya perang dingin!
Bukan cerita rekaan tapi realitinya bila anak lelaki tidak diajar buat kerja rumah, bila anak mula hidup berjauhan dia tak reti nak berdikari. nampak tak masalahnya?
Sama juga dengan kes yang Doktor Taufiq Razif kongsikan kali ini, disebabkan mak ayah dah biasa buat segala-galanya untuk anak akhirnya dia sendiri susah hati takut anak tak boleh survive!
Bila Anak Tak Pandai Buat Kerja
Saya pernah jumpa mak ayah yang tak boleh nampak anaknya susah. Bila nampak anak susah sikit mak ayah tu terus jadi gelisah.
Akhirnya mak ayah tu la yang jadi bibik kat rumah, mak ayah jadi tukang buang sampah dan mak ayah tu la juga yang jadi tukang cuci tandas. Semuanya mak ayah tu buat, atas nama SAYANGKAN ANAK. Anak tu pula bila dah besar jadi tak pandai nak selesaikan masalah hidup walaupun sekecil kecil masalah.
Ini lah jadinya bila yang diasah cuma IQ dan otak anak sahaja tapi terlupa yang Adversity Quotient ( AQ ) anak tu pun wajib diasah. Adversity Quotient ni adalah daya tahan anak bila berdepan dengan cabaran dan masalah hidup.
Bayangkan apa terjadi pada seorang anak yang daripada kecil tak terbiasa susah. Bila tiba-tiba je kena benda susah sikit dan kebetulan mak ayah tak ada disisi, terus porak peranda hidup si anak tu tadi. Yelah, tak selamanya kita mak ayah ni boleh bersama anak kita.
Akan sampai masanya yang anak kita kena berpisah jauh daripada kita suatu hari nanti. Masa tu la mereka akan sangat berharap yang kita dah latih mereka untuk hadapi cabaran dalam hidup, bukannya bantu mereka setiap masa sampai mereka jadi lembik dan manja!
Tak salah pun kita ajar anak kita buang sampah, buat kerja rumah dan angkat pinggan mangkuk. Anak lelaki pun takkan bertukar pondan walau diajar untuk buat kerja-kerja rumah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biasalah, setiap orang ada kehidupan sendiri bila sudah berumah tangga. Kalau pun belum berkahwin, dia tetap ada hak untuk membuat segala keputusan sendiri. Nak-nak lagi yang melibatkan urusan peribadi yang berkait tak kahwin lagi, belum tambah anak, soal kerja dan macam-macam lah.
Nak bagi luas sikit pandangan orang kita, cuba renungkan pandangan saudara Firdaus Shakirin ni. Mungkin anda akan sedar mana yang patut dipersoalkan atau patut berdiam diri.
Hormati Keputusan Orang Dan Fokus Kehidupan Sendiri
Takkan semua nak kena beritahu..
Lawak dengan orang kita ni, suka tanya. Then bila dah jawab, dia tanya lagi…
“Pointer tinggi, kenapa tak sambung belajar…?”
Saya cakap la, kalau saya sambung, nanti teruk abah saya nak cari duit, sebab adik pun akan sambung belajar.
Dia tanya plak, ” Ptptn kan ada…” Ptptn memang ada, cuma ditolak dengan yuran pengajian, buku-buku then tinggal berapa? Nak makan lagi, nak kena fotostat asignment lagi… duit minyak motor lagi. Nak tak nak, kena juga minta abah tolong tambah, setel bab tu, dah start keje, dia tanya pula.
“Keje kilang ke, kenapa tak keje gomen…?”
Dah mintak, SPA tu dah isi lepas habis SPM smpai la Diploma. Tiap-tiap tahun update, tiap-tiap tahun dipanggil interview. Juruteknik komputer, penolong pegawai kastam/imigresen, penolong pegawai penguatkuasa, penolong jurutera dan macam-macam lagi. Tiap-tiap tahun percuma bukan rezeki kat situ.
“Kerja gomen ada pencen, keje kilang tak ada pencen”
Kerja kilang memang tak ada pencen, tapi kerja kilang ni, buat duit cara lain. Nak duit lebih, buat overtime, nak gaji naik, buat projek atau lompat kilang. Lagi banyak experience, dan kita pulak ada “value”, kilang bayar tinggi untuk nak kita bekerja di kilang tu. Kita dapat offer tempat lain, kilang boleh counter lagi, bagi lagi tinggi untuk kita terus stay situ dan duit-duit tu la guna untuk hari-hari akan datang. Lagi banyak bulanan, lagi banyak la simpanan dalam KWSP.
Nak tanya lagi? Boleh…
Tapi izinkan saya membalasnya dengan mencarut…
Itulah orang kita, suka sangat nak mempersoalkan setiap keputusan yang kita buat walhal tak berkaitan dengan diorang pun dan tak juga memberi kesan kepada kehidupan diorang.
Hmmm, fokus kepada kehidupan masing-masing sebab takkan semua benda nak kena beritahu?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI