Belajar Dulu Ilmu Kira-kira, Barulah Tukar i-Sinar Kepada Emas

Dengar orang nak beli emas, anda pun kalut nak beli juga. Dikhabarkan ada kedai emas viral, anda pun tak sabar nak terjah. Sabar dulu, jangan gadaikan duit i-Sinar yang anda peroleh membeli emas tanpa ilmu kira-kira yang betul.

Lagi-lagi sekarang ini, anda perlu lebih berhati-hati semasa membeli. Baik belian emas di kedai fizikal mahupun secara online. Wanita ini, Firda Ashaary berkongsi pesanan. Agar anda menjadi pembeli emas yang bijak.

Tukar i-Sinar Kepada Emas, Ilmu Kira-kira Tu Penting

Tadi aku nampak lah sorang kawan aku buat status tentang tukarkan isinar kepada emas. Besaq lebaq(besar lebar) elok lah penjelasan dia. Macam dia jugak!
Ye, aku setujulah dengan apa yang dia karangkan tu.

Korang nak beli jenis apa, berapa kilo, nak beli dekat sapa, nak patern mana, ehh suka hati korang lah. Boleh je. Takdak sapa nak kalut, duit korang kan?

Tapi,
Sukalah aku nak ingatkan. Jangan la asal dengar kedai tu viral terus korang terjah tanpa kira-kira. Percaya bulat-bulat. Main serbu sampai takdan nak Bismillah.

Beli Emas Online Lagi Murah.. Sifir Dia Belajar Dulu Ilmu Kira-kira

Sama jugak kalau korang dengar, ada yang cakap beli lah emas online. Lagi murah dari emas kedai. Atau ada juga yang cakap beli kat kedai lagi murah dari online. Sebenarnya sifir dia sama ja, beli kat mana pun takpa. Sama ja dua-dua, asalkan korang tahu kira.

Belajar lah sikit ilmu kira-kira tu.
Janganlah beli asal cukup duit. Kang orang belanja 2000 dapat berat lebih lagi, tapi korang belanja 2000 dapat berat lalat je.
Sebab apa sebab kalut! Main serbu ja, tak kira apa dah. Janji beli. Malap!

IKLAN

Kira Dulu Harga Segram Emas Berapa

Kira dulu gais.
Walau berapa rega se_gram dia tawar, kau ambil jumlah semua tu bahagi dengan berat. Baru kau akan dapat rega sebenar untuk se_gram.

Kalau dia kata,
Yang ni rega biasa 2900 sis tapi lepas segala tok nenek punya tawaran. Saya bagi sis 2500 ja tanpa upah.”

Menarik kan dengar? Jangan pula kau terus angguk dan hulur segedebuk wang besar kat situ.
Kau senyum je dulu. Pastu kau pinjam mesin kira dia. Kau tekan jumlah tu, bahagi dengan berat.
Berapa kau dapat? 255 atau 299?
Haa, masa tu baru kau tahu mur mur sangat ke atau sebenarnya kau dah kena kencing beradap.

Kiraan ni boleh diguna pakai untuk belian kedai atau online tau! Diam-diam ehh, ni rahsia ni. Saja aku kongsi hari ni dengan korang.

IKLAN

Pantau Sekeliling Harga Market

Sebelum nak beli tu korang ambillah masa sikit untuk pantau sekeliling berapa harga market time tu, satgi kalau dah terbeli. Tepuk dahi pun dah tak guna.

Contoh sekarang ni, market anggaran 245-255 ja. Ada yang boleh grab se_gram 240 ja, tapi korang dah ter grab 298 se_gram. Tak ke naya?

Bijak ke begitu, sah la tidak.
Sayang oiii, duit bukan senang nak dapat. Melainkan lah korang memang dilahirkan atas dulang emas atau kain kuning. Kah!

IKLAN

Sekian, support post kawan.

#SuffianSuffiya #KisahDunia
1001 kisah penuh warna warni peminat emas.

Emas dipakai atau tidak, tetap kena bayar zakat. Begini cara kira.

MW : Kisah emas ini sememangnya penuh warna warni. Agar tidak mudah tertipu maka, belajarlah dahulu ilmu kira-kira emas yang betul. Tidaklah nanti teraniaya diri sendiri.

Gambar sekadar hiasan : Sumber Telegram.

Sumber/Foto : Firda Ashaary

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI