Lepas 3 Tahun Ikhtiar Untuk Hamil, Wanita Ini Tunjuk Cara Ke Hospital Kerajaan Apply Untuk Prosedur IVF

Selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga, Saidatul Afiqah Binti Ramlee (CikQa), 30 tahun Allah mengujinya dan suami dengan belum dikurniakan cahaya mata. Akhirnya, selepas tempoh itu, CikQa berusaha melakukan apply rawatan, prosedur IVF di hospital kerajaan.

Ini pengalaman yang dilaluinya. Semoga bermanfaat untuk pasangan yang dah lebih 2 tahun tapi masih belum mendapat zuriat lagi. “CikQa sendiri dah 3 tahun lebih takde rezeki nak timah zuriat sendiri. Kami sendiri pun dah banyak ikhtiar makan ubat sana sini, berurut sana sini.”

Dan CikQa sendiri dah buat operation buang endometriosis dan kini sedang menunggu keputusan sama ada layak atau tak untuk dapat bantuan subsidi rawatan IVF di hospital kerajaan.”

Cara CikQa Mohon Rawatan IVF Di Hospital Kerajaan

[Nasihat buat pasangan baru yang masih tak dikurniakan zuriat lebih 2 tahun]

1. Pergi klinik kerajaan/swasta bagitau doktor yang korang 2 tahun berkahwin dan masih tak hamil (bawah 2 tahun doktor tak layan). Alang-alang korang buat terus ujian pap smear sekali ya.

2. Doktor klinik akan buat surat rujukan untuk pergi jumpa Pakar O&G kat hospital kerajaan yang berdekatan.

3. Pilih tarikh temujanji dengan doktor pakar O&G kat hospital kerajaan. Biasanya nurse yang akan tetapkan tarikh temujanji ikut availability doktor.

4. Masa temujanji nanti, doktor akan scan dan check rahim dan sel telur kita. Lepas dah check semua, doktor akan bagitau apa masalah kita dan apa step-step yang kita kena buat seterusnya.

Biasanya kalau doktor detect ada PCOS, fibroid, atau endometriosis dalam rahim kita, doktor akan suggest buat operation bergantung kepada keseriusan penyakit kita tu lah.

Kalau takde, doktor akan suggest kita buat HSG test untuk check samada tiub fillapio kita tersumbat atau tak.

Kalau semua ok tak ada masalah, doktor akan suggest kita buat IUI. IUI ni tak silap doktor akan bagi ubat hormon dan doktor sendiri akan pantau. Kalau dah buat 2, 3x IUI masih gagal barulah doktor suggest buat IVF.

Maksudnya korang tak leh skip IUI nak terus buat IVF melainkan korang memang ada masalah 2 2 tiub tersumbat atau ada masalah sperma lemah.

IKLAN

Macam CikQa, doktor detect ada endometriosis dan doktor suruh buat operation untuk buang endo tu. Waktu tu tak tau lagi yang tiub fillapio CikQa tersumbat. Lepas operation baru tau 2 2 tiub tersumbat dan doktor suruh CikQa buat IVF terus. Jadi CikQa tak perlu buat IUI dah.

 

Lepas 3 Tahun Ikhtiar Untuk Hamil, Wanita Ini Tunjuk Cara Ke Hospital Kerajaan Apply Rawatan IVF

Cuma Ada 4 Hospital Kerajaan Tawarkan Prosedur IVF

Kemudian, doktor akan buat surat rujukan dan set appointment untuk berjumpa dengan doktor pakar hospital kerajaan yang ada kemudahan IVF. Sekarang ni kat Malaysia hanya ada 4 je hospital kerajaan je yang ada facility ni.

1. Hospital Kuala Lumpur
2. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (pantai timur)
3. Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah (Utara)
4. Hospital Likas, Sabah

Keistimewaan buat IVF di hospital kerajaan ialah kita dapat subsidi kerajaan. Maksudnya total kos rawatan hanya dalam RM5k – RM7k bergantung pada pesakit lah. Kalau buat IVF kat hospital swasta opkoslah dalam belas-belas atau puluh ribu.

Haa kalau yang jenis berduit tu takde masalah la nak pilih swasta kan. Untuk yang tak mampu tu korang boleh try mintak dana kat Yayasan Tungku Azizah Fertility Foundation. Boleh refer kat gugel eh. CikQa pun tak tau sangat.

Cuma nak buat IVF kat hospital kerajaan ni ada kriteria dan syarat-syarat sama ada kita layak ke tak. Tak senang-senang tau boleh apply macam tu. Kalau tak layak, kena proceed buat IVF kat hospital swasta lah jawabnya.

IKLAN

Apa apa pun korang jumpalah doktor dulu check dulu apa masalah korang. Jangan pula senyap camtu je tau. At least kita ikhtiar dan usaha. Allah nampak apa yang kita buat. Yang penting jangan putus asa.

 

Lepas 3 Tahun Ikhtiar Untuk Hamil, Wanita Ini Tunjuk Cara Ke Hospital Kerajaan Apply Rawatan IVF

Perancangan Allah Maha Hebat

Allah Maha Sebaik-baik perancang. Tak pernah silap atur. Semuanya bersebab dan ada hikmahnya. Kita je tak nampak kenapa Allah bagi ujian berat macam tu kat kita.

Sebab Allah saja nak test kita, kita boleh redha hadapi ujian tak? Kita boleh terima qada’ dan qadar tak? Semuanya ada sebabnya.

Bila orang tanya CikQa tak ada anak lagi ke? CikQa pernah rasa terkilan sangat, pernah rasa sedih sangat-sangat sebab tak dapat nak merasa jaga zuriat sendiri. Selalu menangis kenapa Allah bagi ujian macam ni.

Tapi lama-kelamaan CikQa dah yakin dengan konsep redha. Redha pada qada’ dan qadar. Semuanya ada hikmah.

IKLAN

Memang betul, satu-satu hikmah CikQa dah nampak. Allah bagi bisnes CikQa stabil dulu untuk kumpul duit. Allah bagi team yang terbaik, partner yang terbaik, suami yang terbaik dan family mertua yang terima CikQa seadanya.

Pastu Allah bagi hint suruh CikQa buat operation buang Endometriosis walaupun tak kritikal. Lepas operation barulah tau punca sebenar kenapa CikQa tak boleh pregnant. Rupanya 2 2 tiub fillapio tersumbat. Mujur CikQa gigih teruskan buat operation walaupun hampir nak tarik diri last minit.

Doktor bagitau last choice nak dapat anak kena buat IVF. Waktu tu terkedu dan menangis sangat-sangat. Allah bagi ujian maha hebat macam ni. Tapi CikQa terima ujian tu dan CikQa gagahkan diri untuk kumpul duit nak buat IVF.

Isteri tolak rawatan IVF, selepas 9 tahun sepasang anak tuhan beri.

Test Hosmon Untuk Lengkapkan Data IVF

Allah Maha Besar, Alhamdulillah Allah jemput CikQa pergi tempat-Nya untuk menunaikan umrah. Apa lagi nikmat yang kita nak dustakan? Tak pernah terfikir CikQa boleh lagi nak pergi umrah walaupun kami tengah struggle nak kumpul duit untuk IVF operation. Allah cukupkan semua duit kami.

Di Mekah dan Madinah, CikQa tak jemu-jemu berdoa moga Allah permudahkan urusan IVF CikQa. Cukup duit bayar IVF dan berjalan dengan lancar.

Sebab CikQa tahu, chances untuk buat IVF tak tinggi mana, dalam 10 orang, 3 je yang berjaya. Sebab tu CikQa dah letak mindset awal-awal lagi yang CikQa takkan sedih sangat kalau IVF CikQa tak berjaya.

Hari ni cikQa nak amik test darah hormon untuk lengkapkan data untuk IVF screening untuk interview. Sebab tak semua yang layak untuk dapat subsidi IVF dari kerajaan. Kena pastikan lepas kriteria yang diberi dan CikQa boleh proceed untuk procedure seterusnya.

Doakan CikQa terpilih lepas saringan untuk dapat buat IVF ye semua.

MW : Semoga bermanfaat untuk isteri yang berhasrat jalani prosedur IVF di hospital kerajaan. Semoga impian untuk lakukan prosedur IVF dipermudahkanNya.

Sumber/Foto : Saidatul Afiqah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI