Isteri Tolak Rawatan IVF, Selepas 9 Tahun Sepasang Anak Tuhan Beri

Suami ini, Eddie Dieana berkongsi kisah. Bagaimana dia sampai berjauh hati dengan isteri kerana enggan melakukan rawatan IVF iaitu persenyawaan in vitro. Sehingga tercetus konflik antara mereka.

Boleh bayang macam mana perasaan suami isteri yang begitu inginkan zuriat, cahaya mata lahir dari rahim seorang isteri. Bertahun-tahun berharap, tuhan masih menguji dengan rezeki anak.

Namun, isteri ini bijak memujuk, sehingga suami memutuskan untuk bertahan terus bersabar, mengharap kasih sayang dariNya. Dan akhirnya tuhan berikan nikmat sepasang cahaya mata untuk mereka.

Indah kisahnya.

Isteri Enggan Jalani Rawatan IVF, Suami Patah Hati

Hari ini genaplah anak saya berumur 1 tahun. Pejam celik cepat je masa berlalu.
Rasa macam baru je semalam saya dan isteri berbual pasal nak dapatkan anak.

Masih segar dalam ingatan saya.
Malam tu saya menyatakan hasrat yang saya teringin nak ajak wife untuk cuba jalani rawatan IVF.

Dengan selamba isteri saya cakap,
membazirlah B, kan duit tu kita boleh gunakan untuk perkara lain.”

Tipulah kalau saya tak tersentak dengan kata-kata tu. Almaklum dah hampir 9 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat. Mestilah saya berhasrat untuk ikhtiar.
Malah saya cuba meyakinkan isteri masa tu.

Duit kita boleh cari, tapi untuk dapatkan anak. Belum tentu kita boleh dapatkan?”

Isteri saya membantah lagi sekali.
Ye tahu kita mesti cuba, tapi belum tentu kita buat terus jadikan, kalau tak jadi rugi je bayar dah la mahal. Baik duit tu kita buat pergi umrah. Doa depan Kaabah.”

Isteri Tolak Rawatan IVF, Selepas 9 Tahun Sepasang Anak Tuhan Beri

Hampa Dengan Jawapan Isteri ‘Tolak Rawatan IVF’

Saya agak hampa dengan jawapan tu.
Sebagai seorang suami yang bekerja berhempas pulas.
Saya yakin saya mampu untuk cari duit sebanyak tu untuk mencuba asalkan kami boleh dapat zuriat sendiri.

Setelah mendapat respon yang agak mengecewakan. Malam tu saya cuba mengasingkan diri dari isteri.
Biasalah merajuk orang laki.
Dalam hati saya beranggapan isteri saya tak serius untuk dapatkan anak walau telah hampir 9 tahun menunggu.

Saya pun ambil bantal dan baring depan TV.
Saya bagi alasan nak tunggu tengok bola start. Padahal dalam hati sebenarnya saya amat kecewa. Tapi saya jarang tunjuk depan isteri saya apa yang saya rasa.

Naluri seorang isteri memang takkan dapat dipisahkan. Beliau dapat merasakan yang saya sedang merajuk.
Malam tu lebih kurang jam 2 pagi isteri saya kejut ajak saya masuk bilik.
Saya pun pura-pura mengatakan tunggu game bola pukul 2.45 pagi.

Tak lama lepas tu isteri saya peluk saya erat-erat.
Kemudian melutut di hadapan saya.
Dia mintak maaf, buat saya terasa hati katanya. Saya hanya diam dan pura-pura tak tahu.

Tak lama lepas tu isteri saya dengan bersungguh bercerita. Dia mengatakan sebagai seorang isteri. Siapalah yang tak nak anak. Semua orang nak anak. Cuma dia tak nak saya membazir.

Saya pura-pura keraskan hati. Biasalah, nama pun lelaki. Dalam rumah tangga, mesti ada pasang surut. Mana ada orang bahagia 24 jam. Mesti akan ada waktu yang mereka akan tergelincir sekejap.

Tak lama berselang, saya lihat isteri saya menangis sebab saya tak layan dia. Dia masuk bilik dan ambil Al-Quran. Dia halang pandangan saya dari lihat TV. Tak lama lepas tu dia letak Al-Quran di hadapan saya.

Isteri Tolak Rawatan IVF, Selepas 9 Tahun Sepasang Anak Tuhan Beri

Ini Janji Isteri Depan Al-Quran

Sambil memegang Al-Quran Isteri saya berkata.
Demi nama Allah.
Sesungguhnya saya memang nak sangat anak. Tetapi belum rezeki kita.
Tolonglah faham, bukan saya tak nak anak. Cuma tak nak kita bazir duit.”

Setelah melihat kesungguhan isteri memujuk hati saya. Barulah saya yakin dengan kata-kata beliau walau ada sedikit merajuk lagi.

Saya tanya dia.

Betul ni?
Tak main-main.”

Isteri saya bangun dan peluk saya.

“Mana mungkin nak main-main hal macam ni.
I sendiri memang nak sangat anak.
Tapi I kan dah operate. Doktor cakap dalam tempoh 2 tahun ni kita akan dapat anak.
Kita sabarlah sikit. InshaAllah dalam masa terdekat kita akan dapat anak.”

Allahuakbar.
Malam tu sedikit sebanyak membuat hubungan kami semakin erat.

Saya pun bangun dan ambil semula bantal dan masuk ke bilik.

Tak lama lepas tu isteri perli saya.
Bukan ke tadi u nak tengok bola, pergilah baring dekat depan tu.”

Tak apalah, bola tu bila-bila boleh tengok.”

 

Allah Maha Mendengar..

Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar.
Apa yang diperkatakan oleh isteri di hadapan Al-Quran. Benar-benar terjadi.

5 minggu berselang.
Isteri saya pulang dari kerja.
Beliau bersalaman dengan saya yang berada depan TV dan terus masuk ke bilik mandi.

Saya macam biasa. Malam minggu wajib tonton EPL dulu. Tak lama berselang isteri keluar dengan towel dalam keadaan menggigil.

Cuba U tengok ni.

Dia tunjuk pregnancy test ada 2 line.
saya agak terkejut dan happy sekejap.
Saya pun pura-pura cakap.

Nanti call lah adik u tanya. Betul ke mengandung kalau macam tu.
Kadang benda ni bukan boleh percaya sangat.”

Saya pura-pura menenangkan keadaan.
Sebab tak nak terlalu berharap.
Kalau tak ada nanti kesian pulak wife.

Wife saya pun menghubungi ahli keluarganya memaklumkan keadaan tersebut.

Saya pun dengan pantas pura-pura nak mandi jugak. Masuk je bilik air. Bukak pancur air tu laju-laju. Selaju mana air tu jatuh. Selaju itulah airmata saya mengalir kegembiraan.

Hanya Allah yang tahu masa tu.
perasaan setelah kian lama menunggu.

Isteri Tolak Rawatan IVF, Selepas 9 Tahun Sepasang Anak Tuhan Beri

Suami Menangis, Isteri Disahkan Hamil 5 Minggu

Keesokannya saya pergi kerja macam biasa.
Dalam pukul 12 tengahari macam tu isteri saya call mengatakan yang beliau disahkan hamil 5 minggu.

Sekali lagi airmata jantan ni mengalir baq hang. Tapi terpaksa cover cover.
Takut kawan tempat kerja nampak saya menangis kegembiraan.

Setelah pulang ke rumah.
Perkara pertama sekali saya cakap dengan isteri. Berhenti kerja dan saya cakap saya akan tanggung semua perbelanjaan rumah selepas ni.

Sebelum ni bukanlah tak mampu tanggung semua. Tapi isteri bekerja sebab nak hilangkan bosan tinggal di rumah sepanjang hari.

Doa seorang isteri yang bersungguh-sungguh untuk memujuk hati suaminya.
Allah makbulkan.

Bukan 1 anak tuhan bagi.
Sepasang sekali gus.

Alhamdulillah, berkat bersabar.
Akhirnya Allah beri tepat pada waktunya.
Tanpa perlu jalani rawatan IVF. Kami dapat anak secara normal. Berkat doa seorang Isteri yang sentiasa bersabar.

 

Tak Mahu Anak-anak Kurang Kasih Sayang..

Sekarang kedua-dua anak ni lah yang meneman isteri saya di rumah saat saya terpaksa berjauhan. Dan isteri tak lagi rasa sunyi sebab dia sibuk uruskan kedua-dua doktor yang sedang membesar ni.

Saya redha saya kurang diberi perhatian.
Asalkan perhatian untuk kedua-dua anak saya diberi secukupnya. Saya tak nak anak-anak saya kurang kasih sayang.

Dan terima kasih saya ucapkan kepada yang menyumbang hadiah basikal untuk kedua-dua anak saya dan yang telah menyumbang duit untuk saya beli kek kepada mereka.
Semoga murah rezeki anda semua.

Dan saya berharap buat insan di luar sana yang masih belum dikurniakan anak.
Jangan putus harap.
Teruskan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin. Jangan pernah berputus asa dalam berdoa, in shaAllah, Allah kabulkan…
Cepat atau lambat pasti hadir.

MW : Rezeki setiap orang berbeza, walau tanpa rawatan IVF. Sabar dan terus berusaha, tuhan anugerahkan suami isteri sepasang cahayamata. Buat isteri-isteri di luar sana yang diuji jangan mengalah. Jika sedang lalui rawatan IVF, MW doakan urusan untuk mendapatkan zuriat dipermudahkanNya. Ada bermacam lagi ikhtiar untuk mendapatkan zuriat yang isteri boleh lakukan.

Lepas 3 tahun ikhtiar untuk hamil, wanita ini tunjuk cara ke hospital kerajaan apply rawatan IVF.

Ini cara belah buah zuriat buat air rebusan dan minum suami isteri, bacalah surah Ali Imran ayat 20-200 untuk ikhtiar hamil.

Ikhtiar hamil dengan kelapa bakar, jika lepas minum perut memulas, sendawa atau muntah itu tanda ada gangguan.

Ustaz Hanafiah kongsi petua mujarab nak dapat anak, salah satunya amalkan surah Maryam ayat 1-12.

Sumber/Foto : Eddie Dieana

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI