Ketentuan jodoh memang istimewa dan rahsia daripadaNya. Siapa sangka, jodoh yang dicari dan dinanti-nantikan selama ini rupanya hanya berada di depan rumah. Itulah jodoh jiran depan rumah.
Itu yang berlaku kepada Rani Safitra, 22, dengan bakal suami, Afan, dari Bekasi, Jawa Barat, selepas video pertunangan mereka tular di TikTok.
Jarak 5 Langkah
Rakaman yang dibuat rakan Rani menunjukkan rombongan meminang pihak lelaki hanya perlu berjalan sekitar lima langkah untuk tiba di rumah bakal pengantin perempuan kerana jarak yang sangat dekat.
Tak Sangka Jodoh Jiran Depan Rumah
Menurut Rani, beliau juga tidak sangka jodohnya adalah jiran depan rumah yang dikenali sejak dari kecil.
IKLAN
“Saya berkenalan secara serius dengan Afan pada 2018 selepas dia datang ke rumah terbuka salah seorang ibu saudara saya,” katanya kepada portal berita Tribunnews.
Pada permulaannya, hubungan mereka ditentang ibu dan bapa Rani kerana bimbang jarak rumah terlalu dekat boleh menimbulkan masalah di masa hadapan.
IKLAN
Namun, disebabkan jiran tetangga sering bercakap soal hubungan mereka, membuatkan orang tua Afan risau lalu merestui perkahwinan mereka bersama.
Pasangan yang viral di TikTok ini akan mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
MW: Siapa sangka kan, jodoh depan mata rupanya. Jadi yang masih ‘single’ tu, cuba perhati-perhati jiran depan rumah tu, manalah tau itulah jodoh yang telah ditentukanNya.
Cuti panjang sempena Hari Kemerdekaan negara, ramai pasangan yang merebut peluang mendirikan rumahtangga serta mengambil gambar istimewa sebagai kenangan manis seumur hidup.
Bagi pasangan suami isteri Nurasyidah Mokhtar, 29 dan Mohamad Farid Alias, gambar-gambar perkahwinan mereka pada 30 Ogos, yang dikongsikan baru-baru ini mungkin antara cukup unik dan istimewa. Ia menjadi viral di media sosial apabila gambar comel isteri yang ‘yakin’ memikul suami dengan penuh ceria.
“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.” 💚❤️Di sebalik…
Berkongsi gambar dan momen istimewa ini, Puan Nurasyidah Mokhtar atau lebih mesra dipanggil Syidah Tat menjelaskan idea terhasilnya gambar tersebut daripada cadangan kawan-kawan dan sokongan daripada Jurugambar.
“Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh. Alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha. Bahagi 3 dengan syitat.”
“Gambar lain menyusul nanti.. panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya. Ni bukan appreciation post lagi tau.” ujar Syidah yang suka aktiviti mendaki gunung.
Jodoh Rahsia Allah
Menjalinkan hubungan dalam tempoh yang panjang dan pernah berpisah, namun andai tertulis jodoh kembali bertaut semula.Sememangnya jodoh adalah rahsia Allah.
“Alhamdulillah.. sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias. Macam tak percaya pun ada.Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampai la syitat habis degree. Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas”
“Lepas sebulan, dia ajak syitat nikah. Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Benar lah jodoh itu rahsia Allah..”
“Sikap saya mungkin periang, suka buat lawak dan positif sebab tu mungkin suami jatuh cinta,” ujar Syidah.
Beri Inspirasi Buat Wanita Bertubuh Besar
Walaupun bertubuh besar, wanita ini cukup berkeyakinan tinggi, cantik dengan cara tersendiri. Manis berbaju Kurung Pahang dihari bahagianya, Syidah berharap dapat memberi inspirasi buat wanita lain.
“Saya bersyukur sebab dapat keluarga dan sahabat yang banyak bagi sokongan untuk kami agar tak rasa rendah diri,
“Saya harap dapat memberi inspirasi buat wanita yang bertubuh besar diluar sana agar tetap tampil yakin dalam apa jua keadaan.
“Kita semua memang diciptakan cantik dengan cara tersendiri. Bagi saya semua orang cantik tak kira macam mana pun rupanya” ujar Syidah yang memang suka berfesyen dan bercantik-cantik walaupun berbadan besar.
MW: Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Syidah Tat dan suami. Kami mendoakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat wanita bertubuh besar, tampil yakinlah dengan diri sendiri lebih-lebih lagi pada hari bahagia.
Seorang bapa di Sepanyol memberikan alasan paling mengarut apabila tergamak merogol anak perempuannya berusia 15 tahun dan dua rakan anaknya kononnya untuk ‘menyingkirkan roh jahat’ dalam tubuh mereka.Ini merupakan alasan paling tidak masuk akal hanya bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Lelaki dikenali sebagai Javier GD itu dilaporkan memperkosa kesemua mangsa beberapa kali di kediamannya di Baix Llobregat berhampiran Barcelona.
Difahamkan, isterinya tahu tentang perbuatan suaminya, namun hanya mendiamkan diri.
Berdepan Nasib Buruk
Javier menyakinkan anaknya dan dua rakan anaknya bahawa mereka memiliki roh jahat didalam tubuh mereka dan cara untuk membuang roh jahat tersebut adalah hanya dengan melakukan ritual hubungan intim.
Javier mendakwa ‘Order of Odin’ mengharuskannya merogol ketiga-tiga remaja terbabit atau keluarga mereka akan berdepan nasib buruk.
Susulan itu, pendakwa raya mencadangkan hukuman penjara 45 tahun dikenakan ke atasnya manakala isterinya dihukum penjara sembilan tahun kerana bersubahat.
Dynas Mokhtar cabar diri, akui tidak suka terikut-ikut dengan apa orang lain buat. Begitulah luahan yang diungkap oleh pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 38, tatkala ditemubual.
Isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata ini, selain berlakon bergelar model terkenal dia juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang perniagaan.
Dynas Mokhtar Cabar Diri
Sewaktu menghadiri sidang media Kerjasama Black G dan Dynas Mokhtar selebriti ini berkongsi tentang penglibatannya dalam kerjasama melibatkan produk kesihatan ini bersama platform e-dagang, Shopee.
“Sejak dari dulu saya memang tidak suka terikut-ikut dengan apa orang lain buat kerana lebih cenderung menampilkan kelainan jika mahu tampil dengan sesuatu produk atau perniagaan.
“Sebagai pelakon dan model sebelum ini, ramai yang fikir saya akan tertarik untuk terlibat dengan bisnes fesyen atau produk kecantikan, tetapi saya buat sebaliknya dengan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu.
“Begitu juga kali ini apabila saya memilih untuk terlibat dalam produk kesihatan Black G bersama rakan perniagaan saya kerana saya mahukan cabaran dan beri sesuatu yang berbeza buat orang di luar sana,” kata Dynas.
Pernah Bekerjasama Menerusi Perniagaan Restoran
Menurut Dynas lagi, pembabitannya bagi membolehkan dia dan rakan perniagannya, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan.
“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.
“Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.
“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan,” sambung Dynas.
Seronok Bawa Watak Komedi
Menyentuh tentang karier lakonan pula, Dynas yang menarik perhatian ramai menerusi kemunculannya dalam drama komedi, Keluarga Untuk Disewa yang kini sedang disiarkan di TV9 setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam akui tidak mahu terus terikat dengan watak-watak antagonis yang begitu sinonim dengan dirinya.
“Saya suka segalanya tentang drama ini. Bukan sahaja menampilkan skrip bagus dan jalan cerita menghiburkan, bahkan kualiti gambar drama ini juga sangat cantik macam drama Korea.
“Karakter saya pula sangat berbeza menerusi watak komedi yang memang jarang sekali penonton dapat lihat. Saya seronok kerana dapat eksperimen banyak benda dalam watak sebegini.
“Sebenarnya tidak mudah membawakan watak komedi kerana pelakon itu kena pandai mencari keseimbangan. Tidak boleh berlebihan kerana silap percaturan akan nampak macam badut, kalau kurang sangat takut tak jadi kelakar pula”.
Cukuplah Pengalaman Watak Jahat
“Kalau dulu bila orang dengar sahaja nama saya ada dalam satu-satu drama, mereka dapat jangka, mesti saya bawa watak jahat, jadi orang kaya, rampas suami orang dan pelbagai karakter yang ke arah itu.
“Saya tidak nafikan memang dulu saya suka membawakan watak-watak sebegitu kerana ia memberi kepuasan tersendiri buat saya.
“Bagaimanapun saya rasa cukuplah dengan pengalaman itu. Tiba masa saya memberikan sesuatu yang berbeza dan ambil karakter yang saya tidak pernah atau jarang buat sebelum ini untuk memberi lebih variasi dalam lakonan,” akhiri Dynas.
Mingguan Wanita : Suka tengok lakonan Dynas, memang sentiasa berjaya bawa watak yang dipertanggungjawabkan.
Sumber Foto : Instagram Dynas Mokhtar
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...