Sebenarnya kita sudah boleh nilai dan agak yang ibu dia diluar akal yang waras. Meroyan atau pun nama yang lebih sedap disebut Postpartum Deppression kebiasaannya berlaku selepas lahirkan anak. Tengok umur baby pun kita tahu mak dia baru saja habis pantang. Bila emosi terganggu, ini bergantung pada seseorang wanita itu sama ada kuat atau tidak.
Dalam hal ni, ini, orang yang lebih kasihan adalah mak dia. Baby sudah pun bahagia di syurga dan melepasi sengsara dunia. Tapi mak dia? Dengan nak berdepan hukuman lagi, tohmahan masyarakat lagi, yang lebih teruk, kalau dia dah kembali normal, sampai mati akan hidup dengan rasa bersalah pada diri sendiri.
Jadi kita yang normal, berhentilah caci maki tanpa usul periksa. Kita tidak ‘duduk dalam kotak kasut’ dia, jangan terus lontar hinaan. Bukan semua wanita kuat menghadapi dugaan dan melawan emosi yang terganggu. Yang berjaya melepasinya memang cukup hebat.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang meroyan, baca perkongsian daripada Auni Zaara, anda sendiri boleh faham situasi ibu meroyan dan buat kaum lelaki, tolonglah jaga isteri lepas bersalin betul-betul…
Bila Ibu Meroyan
Kesian bayi tu, dan ibu. Kesian bayi tu nyawanya setakat itu sahaja. Dilahirkan dan dimatikan oleh ibu yang sama. But please, don’t judge her. Please don’t. Lebih-lebih lagi jika kau tu lelaki atau perempuan yang belum pernah melahirkan anak. You have no idea so don’t talk cock. Maaf saya betul-betul kecewa dengan sikap ignorance dan kedangkalan ilmu orang Malaysia.
Lelaki, saya tak nak tegur lah sebab apa yang anda buat dengan isteri, hanyalah zakar-oriented. Asalkan dapat sedap sudah. Tidak lah semua tapi kebanyakannya. Yang menanggung huru-haranya perubahan hormon, sakitnya badan membawa kandungan sehingga hilang nikmat tidur, yang bukan hanya setakat 9 bulan tetapi berpuluh tahun akan datang kerana risaukan anak-anak, adalah perempuan.
Tapi society tak mahu dengar perempuan mengadu letih atau meminta simpati. Katanya tak bersyukur dengan apa yang Allah beri. Bullshit!
Apa yang si ibu ini lalui, adalah sama seperti yang pernah saya lalui selepas melahirkan anak sulung saya. Perubahan hormon, pengecutan rahim, pembengkakan payudara, letih berhari-hari menahan sakit kontraksi dan bukaan yang digunting untuk melancarkan kelahiran, dan kemudiannya tak boleh tidur malam kerana menyusukan anak selang 2 jam.
Ads
Lebih memburukkan keadaan, ketika di dalam pantang, saya tak dibenarkan minum air. Seteguk cukup. Ini arahan bidan. Makan pula tanpa berkuah atau serat. Takut bentan katanya. Bila kurang minum air, badan mula jadi kering dan saya kena sembelit yang teruk. Tak cukup dengan itu, saya dilarang untuk lelap walaupun sekejap di siang hari. Letih lah macam mana pun, JANGAN TIDUR SIANG.
Hasilnya, saya mengalami post-partum depression. Otak mula masuk peringkat halusinasi, kekeliruan, depresi dan delusi. Duduk seorang diri dalam bilik, menangis. Suami pula terpaksa meninggalkan kami dua beranak untuk bekerja jauh. Sebulan sekali baru balik.
Setiap kali orang luar pegang anak saya, hati saya membuak-buak marah tapi tak mampu nak luah. Nak tunjuk pun tak boleh. Pendamkan sahaja. Saya ingat lagi apa yang saya kata di dalam hati ketika itu, “Yang kau orang sibuk-sibuk pegang anak aku, apahal?” Suara itu cukup kuat bergema di dalam kepala saya.
Tetapi, yang paling menakutkan sekali ialah, setiap kali saya pandang anak saya, saya tidak nampak bayi yang comel. Di fikiran saya, ini bukan anak saya tapi ini anak syaitan. Astaghfirullahalazim!
Walhal, anak inilah yang kami berdua sangat nantikan setelah 2 tahun mendirikan rumahtangga. Persiapan untuk menerima kehadiran bayi ini tidak ada kurangnya. Malah, barang-barang yang dibeli semuanya berjenama. Saya juga membeli beberapa buku mengenai kehamilan, parenting dan senaman selepas hamil. Persediaan yang cukup sempurna. Tetapi kenapa saya seperti menolak kehadiran bayi saya sendiri?
Ads
Beberapa kali juga saya terniat untuk mengambil GUNTING. Perasaan ingin menikam bayi saya cukup kuat. Berzikir saya berulang kali untuk sedarkan diri. Kalimah dengan nama Allah itulah yang menahan saya dari melakukan perkara yang tidak diingini. Tetapi perasaan itu tetap datang sesekali. Walaupun benci, saya tetap layan anak saya sehalus mungkin. Susunya, lampinnya, minyak telonnya, saya betul-betul jaga. Malah bayi saya sangat jarang menangis kerana saya tak pernah mengabaikannya. Sampai jiran menegur,
“Kalau tak kerana lampin yang disidai kat luar, tak siapa tahu dalam rumah ni ada baby. Diam je anak kamu ye.”
Ye, saya jaga sehabis baik supaya anak saya sentiasa selesa.
Hampir sebulan dalam pantang saya mula rasa penat bertarung dengan emosi dan hampir mengalah. Entah macam mana, Allah gerakkan hati saya untuk menonton tv pagi itu. Rancangan Oprah Winfrey Show. Topik yang dibincangkan ialah Post Partum Depression dan artis undangan yang dijemput ialah Brooke Shields. Beliau bercerita tentang apa yang dilaluinya sepanjang bertarung dengan penyakit ini. Apa yang beliau rasa, apa yang difikirkan, kenapa jadi begitu, dan siapa yang membantu.
MasyaAllah, inilah dia jawapan yang saya cari. Jawapan kenapa saya berperasaan buruk terhadap anak saya. Bukan kerana saya ini seorang ibu yang jahat, tetapi kerana faktor fisiologi, persekitaran dan psikologi.
Ads
Sejak dari menonton rancangan itu, saya mula okay. Saya dapat kawal diri saya sepenuhnya. Bila saya rasa nak makan nasi lemak, saya akan minta nasi lemak. Saya buat ikut keselesaan dan kemahuan saya. Walaupun ayah mertua saya membebel sebab katanya perempuan dalam pantang tak boleh makan pedas, saya tak peduli. Nanti saya buat yang bukan2, baru menyesal tak sudah.
Untuk kelahiran anak saya yang kedua dan ketiga, saya buat ikut cara saya. Nak makan, saya cari maklumat dulu. Sesuai atau tidak. Kalau okay, saya makan. Bidan hanya boleh bagi saya minum jamu tapi tak boleh larang saya nak minum air ke, nak makan buah ke. Yang penting, apa yang saya buat tidak memudaratkan anak saya.
Melahirkan seorang manusia ke dunia bukan satu proses yang mudah. Bukan sekadar teran dan tinggal.
Kepada para ibu yang sedang hamil, cuba elakkan dari memikirkan terlalu banyak perkara. Lebih-lebih lagi di facebook ni, banyak benar group bukan2 yang mengajar ilmu yang mengarut dan tak mendatangkan faedah.
Jadikan moment ibu dan bayi sesuatu yang ringkas dan selesa. Ibu tenang, bayi pun sihat.
Pesanan untuk ayah? Tak payah kot. Lelaki bukan suka baca post panjang2. Kalau nak cium bau syurga, pandai2 lah depa jadi ayah yang sempurna.
Sekian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya tak perlu tunggu 2 peratus duit gaji suami pun mak-mak dah boleh mencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sendiri secara online. Lagi-lagi mak-mak yang duduk di rumah tapi buat kerja sambilan. Pendapatan sampingan itu, simpanlah sedikit setiap bulan untuk kegunaan masa depan.
Wan Musyahadah berkongsi cara mencarum duit mak-mak dalam KWSP secara online. Sebelum itu, kena penuhi syarat yang dinyatakan di bawah ini.
CARA SURIRUMAH MENCARUM KWSP SENDIRI
1. Pergi ke pejabat KWSP berhampiran. Bagi yang dah pernah bekerja boleh terus minta borang untuk mencarum sendiri.
2. Bagi yang belum mempunyai akaun KWSP, isi borang ‘create’ akaun dulu. Lepas tu isi borang untuk mencarum sendiri. ** Jangan risau, tanya je pegawai-pegawai yang bertugas. Semua baik-baik dan manis orangnya. Nanti depa bagi borang borang tu.
Lepas dah settel semua. Nanti depa akan bagi satu salinan no. akaun KWSP pada kita. Simpan.
Jangan buang.
6# Isikan details ( nama / no.ic / no.kwsp / ‘amount’ yang kita nak simpan ) *paling minimun RM50. Maximum 60k setahun.
7# ‘Request’ TAC no.Dah dapat TAC no tu isikan. Jangan tengok je naa. *sebab dah pernah mencarum, dia terus keluar macam ni. Kalau yang 1st time kena request TAC dulu.
8# Tekan ‘confirm’ kat kotak print receipt. *maaf, gambar laju 1 babak. Lepas tu tadaa.. Tahniah! Dah pandai mencarum Kwsp sendiri. Semoga istiqomah.
Bab jaga anak ni memang kaum mak-mak lah yang paling tinggi ‘skill’ mereka. Biar lah seharian hadap kerenah anak-anak, dia masih lagi ‘steady’. Boleh handle kerenah lintang pukang anak-anak. Itu belum hero-hero bergomoi sesama sendiri.
Mak-mak cuma bertukar jadi ‘hijau’ je. Itu pun anak-anak dah kecut perut. Cuba beri ayah tugasan ‘nampak senang di mata, tapi seksa nak buat ini’. Belum sejam, ayah dah angkat kaki. Tak sanggup.
Walaupun, di bibir kata ‘kacang je jaga anak..’ sudahnya mencari juga isteri untuk selesaikan apa yang terbengkalai tadi. Yang lagi hebat mak-mak ini. Bukan setakat jaga anak, nanti rumah pun kemas bersih, anak-anak kenyang bersuap. Jaranglah dengar anak mengadu lapar kalau duk dengan mak dia.
Dan hebatnya mak-mak inilah juga diakui Ariff Ismail dalam postingnya. Sebab katanya, mak-mak ini ada ilmu dan kesabaran yang special dalam bab menjaga anak-anak.
Tulisnya,
Senang Saja Jaga Anak
Siapa kata susah nak jaga anak? Mana ada susah senang je. Bagi makan, bagi susu, bawa pergi taman permainan dan tidur kan anak. Mudah kan?
Mudah sebab kita cakap je bang! Cuba kita buat, baru tahu langit tinggi ke rendah. Ambil peluang sehari jaga anak tanpa ada bantuan isteri, baru kita tahu macam mana hebat nya seorang wanita yang bergelar ibu.
Kita akan bernasib baik bila masa kita jaga anak dalam emosi yang baik. Cuba jaga masa anak tengah ” cranky ” IRONMAN pon boleh menangis. Sebab itu, kita boleh nampak hebat nya golongan wanita menguruskan anak 365 hari setahun.
Hargai para isteri dan golongan ibu ibu yang memang secara semula jadi mempunyai “skill ” menguruskan anak.
Kita jaga sehari masih ok lagi, cuba bayangkan kita jaga 365 hari. Masa tu controller PS 4 pon tak sempat nak pegang.
Sebab Sabar Ibu Tak Mengeluh Hari-hari Dengan Anak
Anak ni dia ada mood dia sendiri, ada masa dia ok untuk mandi, ada masa dia akan mengamuk bila nak suruh mandi. Anak saya memang juara amukan setiap kali nak mandi kecuali bawak mandi di kolam renang yang ni dia suka.
Bila bawa ke taman permainan yang ini memang favorite dia, bawa pergi ok lagi, nak balik mesti akan ada drama tangisan dan jeritan. Kena pandai cara untuk kawal emosi anak. Kalau ikut kan anak main sampai malam la jawab nya.
Kesimpulannya, bukan mudah untuk menjaga anak. Kena ada ilmu dan kesabaran. Silap hari bulan boleh bertukar jadi HIJAU. Kawalan emosi ibu bapa juga penting dalam penjagaan anak.
Jangan mudah nak jerit kan anak atau pukulan manja tanpa sebab yang memerlukan kita melakukan demikian. Kerana anak akan mengingati dan mula takut dengan kita.
Bagi saya memang saya “salute” golongan ibu! Anda semua memang hebat dalam bab penjagaan anak.
MW : Sebab itu wahai suami, tak mudah sebenarnya nak menjadikan anak-anak itu jadi ‘khalifah’ Nya. Sokongan suami dan orang sekeliling pun membantu sama beri kekuatan emosi buat mak-mak ini. Sokonglah!
Alhamdulillah… Doa di bulan puasa mustajab akhirnya semalam bayi kena culik dah dijumpai tapi sampai lembik bayi 17 bulan ini diikat. Cuba bayangkan anak sekecil ni, kena ikat, lapar susu lepas tu nyamuk, semut dan spesies kerengga banyak di pokok.. Allahuakbar!
Namun semalam pihak keluarga mengesahkan bayi perempuan berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dibawa lari oleh individu tidak dikenali dari rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, Muar berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan.
Hasil penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.
Pihak polis juga masih melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit. Kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
Luahan Dari Pihak Ibu Mangsa
Dalam keadaan sedih, ibu mangsa, Diela Yusofe menghargai orang ramai yang mendoakan anaknya dan atas usaha PDRM cekap mengambil tindakan sampai anaknya dijumpai semula semalam…
Assalamualaikum
Kepada semua warga malaysia terima kasih atas doa kalian. Terima kasih sangat-sangat untuk skuad #PDRM dari semua unit dia atas segala tindakan anda. Alhamdullilah aisya selamat walaupun muka beliau teruk.
Tak pe kita boleh rawat ya sayang. Nanti aisya comel semula, saya tak sempat balas kesemua komen dari anda, PM dari anda kerana terlalu banyak.
Terima kasih pada semua yang membantu. Buat kesemua customer saya hp saya masih tidak ditemui dan segala detail anda saya tiada. Tapi kesemua barang saya memang dah pos..kepada customer biskut saya insyaah saya usahakan sebelum raya untuk hantar. Harap faham keadaan saya sekeluarga di duga sebegini.
Kepada semua mohon terus berdoa untuk aisya kembali sihat, beliau masih dalam trauma.
Kalau ikutkan memang rasa geram bila tengok keadaan anak kecil itu yang dah digigit serangga, kasihan yang amat! Namun apa pun, syukur Alhamdulillah sebab bayi kecil itu dah dijumpai. Moga anak kecil itu cepat-cepat sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...