Rezeki anak memang tak dapat dijangka. Ada yang cukup mudah untuk mendapat cahaya mata, anak yang menanti bertahun-tahun untuk mendapat rezeki zuriat ini. Namun demikian, pelbagai faktor boleh menjadi punca masalah untuk sukar hamil dan dapat anak ini.
Pakar-pakar meramalkan bahawa kebanyakan pasangan akan memerlukan bantuan perubatan untuk hamil menjelang 2045 akibat pencemaran bahan kimia yang merosakkan kesihatan termasuk kesuburan manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Jumlah Sperma Berkurangan
Profesor Alam Sekitar dan Kesihatan awam Sekolah Perubatan Mount Sinai di Bandar Raya New York, Shanna Swan berkata, pada tahun 2017, beliau mendapati purata jumlah sperma dalam kalangan lelaki Barat berkurangan lebih separuh berbanding tempoh 40 tahun sebelumnya.
“Berdasarkan analisis penurunan sperma pada 2017, saya meramalkan menjelang 2045, kita akan menyaksikan median jumlah sperma sifar.
“Justeru, kebanyakan pasangan dijangka terpaksa menggunakan kaedah persenyawaan dalam makmal (IVF) atau bantuan perubatan lain untuk hamil,” ujarnya.
Peningkatan Jumlah Kemandulan
Tambah Swan, beliau turut melihat terdapat peningkatan jumlah kemandulan dalam kalangan generasi muda.
Ads
“Saya mahu berterus-terang mengenai perkara ini meskipun ramai orang tidak suka bercakap mengenainya. Ini adalah masalah pembiakan dan ia mempunyai kaitan dengan alam sekitar.
“Orang ramai sedar bahawa kita menghadapi krisis kadar kelahiran, namun mereka menyatakan ia disebabkan oleh kelewatan melahirkan anak atau pilihan gaya hidup dan enggan mengaitkannya dengan bahan kimia.
“Saya mahu masyarakat sedar bahawa bahan kimia boleh memberi kesan negatif terhadap tahap kesuburan dan menjadi penyebab utama permasalahan tersebut tanpa menafikan faktor lain,” jelasnya kepada akhbar The Guardian.
Bahan Kimia Ganggu Pengeluaran Hormon
Swan bersama para penyelidik lain turut mengkaji kaitan antara bahan kimia yang memasuki badan dan masalah kesuburan serta mengesahkan kaitan tersebut.
Bahan kimia phthalates dan Bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam pembuatan plastik boleh mengganggu pengeluaran hormon seks seperti testosteron dan estrogen sekali gus menjejaskan kesuburan. – Agensi
MW:Jika benar ramalan saintis ini, ia agak membimbangkan. Bukan semua pasangan berkemampuan untuk mendapatkan bantuan perubatan untuk hamil seperti kaedah IVF.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com di bawah ini.
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Majlis akad nikah serba sederhana, dengan mengikut tatacara pencegahan virus Covid-19 ini dikongsikan jurugambar, @aanuaar. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas dan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam.
Pernikahan pasangan pengantin Amirul Azim dan Nabila Saiful ini berlangsung beberapa hari lalu diadakan di Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang.
Ini kerana, sepanjang berlangsung akad nikah, pengantin lelaki dan jurunikah tidak pun berjabat tangan. Biarpun serba sederhana dan mengundang rasa sedih di hati pasangan pengantin, demi keselamatan dan kesihatan, mereka akur melaksanakannya.
Majlis Di Rumah Kadi, Nikah Tak Sampai 10 Minit
Kongsinya lanjut,
“Tugasan hari ini selesai shoot akad nikah #covid19 . Majlis akad nikah tak sampai 10 minit. Majlis buat dekat rumah Kadi sendiri. Hand sanitizers pun kadi sedia. . Tengoklah jauh mana majlis nikah ni.
“Pengantin laki dengan perempuan pun kena jarak jauh. Tiada salam tangan dengan kadi sewaktu sesi Ijab & Kabul. Sangat sedih tapi kena teruskan ikut cara ditetapkan.
“Lepas tu sesi akad nikah kena rekod video oleh kadi atas perintah Majlis Agama Islam. Setelah lebih kurang 10 minit alhamdulillah majlis selesai.”
Kredit foto : instagram seicisproduction
Sungguhlah, sebagai pasangan pengantin baru siapa pun mengharapkan majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan gilang gemilang.
Namun, virus Covid-19 ini perlu dihentikan dari tersebar ke individu lain melalui sentuhan. Maka, itu disarankan di mana pun anda berada keraplah membasuh tangan dengan sabun selama 20 saat.
MW :Tentunya majlis pernikahan ini akan menjadi kenangan yang terlalu istimewa untuk pasangan pengantin ini. Semoga keduanya kekal bahagia sehingga ke jannah.
Alhamdulillah, perjuangan sekian lama menceburkan diri dalam bidang seni akhirnya diiktiraf dan dihargai. Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi,70 bersyukur dengan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterimanya, semalam.
Bersyukur Diiktiraf Ketika Masih Hidup
Fauziah berlapang dada orang seni sepertinya menerima pengiktirafan dan menerima tanggungjawab yang diberikan untuk memberikan karya yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberikan erti dan makna yang cukup indah buat saya.
“Pada awalnya bukan gelaran PJN, namun kemudian saya menerima surat memaklumkan mengenai pengiktirafan diberikan pada hari ini. Alhamdulillah, mujur uniform ketika majlis istiadat berjaya siap pada 1 Julai lalu.
“Sejujurnya, saya sememangnya terkejut dan tidak mengharapkan apa-apa, namun saya bersyukur menerima pengiktirafan ini ketika masih hidup.
“Apa yang pasti, ini adalah tanggungjawab besar untuk saya terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang.
“Awalnya, bapa saya tidak memberikan keizinan kepada saya untuk berkecimpung dalam bidang seni, namun jika sudah memulakan sesuatu jangan pernah menyerah.
“Jadi, inilah perjuangan saya dan kata-kata itu sentiasa jadi pegangan,” katanya.
Majlis Istiadat Berjalan Lancar
Fauziah turut risau akan keadaan kaki kanannya yang tidak mengizinkan, namun bersyukur majlis istiadat berjalan dengan lancar.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin, hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail dan Fauziah Nawi.
Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara, semalam.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat pelakon Fauziah Nawi yang kini bergelar datuk. Semoga terus menyumbang bakti dalam industri seni.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...