Pernah sebelum ini viral tentang tabung duit yang menggunakan nilai warna yang berbeza-beza sehinggakan menjadi kegilaan orang untuk terus menyimpannya. Sehingga kini pun, masih ada yang teruskan simpanan ini. Hebat.

Ada yang mula dari awal tahun dan akan buat kiraan pada penghujung tahun. Memang meriah betul. Biasanya warna duit yang jadi pilihan tentulah RM5, warna hijau, merah untuk RM10 dan oren untuk RM20.

Semua ini bergantung pada kemampuan masing-masing. Kalau rasa ia tidak membebankan, boleh diteruskan. Maklum sahaja, tabung duit ini tidak langsung digunakan dan boleh dikatakan ia sebagai tabung kecemasan. Kadang-kadang, bila dah kumpul banyak-banyak rasa sayang pula untuk gunakan kembali.

Sebenarnya, banyak manfaat yang boleh kita dapat, bila kita biasakan untuk menyimpan terutamnya bila berlaku kecemasan. Tak perlulah kita rasa sampai ‘terseksa’ semata-mata untuk menyimpan tapi bolehlah buat sekadar yang boleh.

Tak mampu menyimpan warna untuk nilai yang besar, cukuplah yang biru atau hijau. Itu pun dah cukup menarik. Begitulah yang diamalkan oleh Dr. Erna Nadia yang berusaha untuk mendisiplinkan diri dalam menyimpan tabung kecemasan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wanita Ini Kongsi Sebelum Beria Nak Beli Emas, Kena Ada TABUNGAN TUNAI Dulu

Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Cara Simpan Duit Dalam Tabung Bajet, Boleh Dapat RM780 Setahun!

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Disiplin Diri Dengan Tabung Duit Hijau Oren

Alhamdulillah tabung hijau oren tahun ni, RM 3550.00
Semuanya sudah selamat masuk bank hari itu. Inilah saya.

Cara saya ajar diri untuk disiplin adalah dengan tabung hijau oren. Kena buat juga supaya saya sentiasa beringat.

Ini adalah tahun kelima saya dan pada tahun lepas paling tinggi hampir RM4000.

IKLAN

Tahun ini sebab memang kerja saja, jarang langsung keluar ke mana mana, duit jarang guna dan jarang keluarkan jadi saya rasa sebab itu tidak lebih banyak dari tahun lepas

Apa yang saya belajar adalah:

Setiap kali dapat gaji, simpan 10-15% dari gaji kita dan bayar semua hutang serta jangan tangguh bayar apa-apa bil. Selebihnya baru guna.
Biarkan simpanan tabung haji kita at least 15000 supaya boleh pergi haji dan simpanan asb kita capai maksimum 200000.
Perlu ada simpanan kecemasan juga.
Simpanan kecemasan yang terbaik adalah 6-12 bulan gaji kita. Sebab kita tak tahu apa-apa kecemasan yang bakal berlaku.
Insurance diri sendiri dan anak anak.
Simpanan diri sendiri dan anaka anak.
Malah, sudah tentulah duit untuk ibu dan ayah kita. Penting dan jangan kedekut.
Bagi lelaki, nafkah isteri dan anak, jangan culas dan jangan lupa bayar zakat.
Baik pendapatan mahupun simpanan. Barulah berkat Insya Allah.

Bagaimana saya buat tabung hijau oren?

Setiap kali dapat duit hijau dan oren, memang saya tak guna. Terus asing ke tepi. Terus simpan.
Kalau withdraw duit dapat semua warna oren, saya akan simpan juga sebab pada saya dengan cara itulah saya ajar disiplin diri.

IKLAN

Biar nampak selekeh, asalkan ada simpanan.

Dari bergaya sini sana tapi hutang keliling pinggang. Tak mahulah begini.

Nota kaki : Maybe boleh mula tabung purple sebab jarang dapat duit purple.

MW: kalau dah masuk tabung tu, jangan pula ‘gatal-gatal’ nak ambil. Biasanya, kalau dah mula ambil, lain hari nak ambil lagi. Itu namanya tak disiplin dirilah.

Sumber: Dr. Erna Nadia
Sikit sikit asal jadi bukit

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI