
Isi Kandungan
ToggleRupanya jika ingin makanan berkuah seperti sup, bubur, mee celup dan sebagainya bertambah sedap, kena masukkan 2,3 sudu minyak bawang putih. Cara membuatnya cukup mudah hanya guna 2 bahan, namun boleh tahan lama sehingga 4 bulan dan tak perlu masukkan dalam peti sejuk pun.
Nak tahu cara buat Minyak Bawang Putih ni, baca perk
ongsian Puan Jaja Mohd Zaid ini.
Minyak Bawang Putih, resepi akanan bertambah sedap! dah lama nak buat, cuma takot salah resepi. Syokkk makan dengan sup, bubur nasik, mee goreng, mee kicap, mee celup.Apa-apa berkuah la..just amik 2,3 sudu masukkan dalam makanan.
Bahan-Bahan:
2 labu Bawang putih
Minyak untuk goreng (sis letak byk sket..)
(P/s : Nak lagi wangi dan sedap, boh sikit minyak bijan.. mabelesss uih!)
Cara Membuat:
1. Blend kering bawang putih guna CHOPPER. Jangan blend hancur sangat. blend kering, tak perlu letak air.
2. Panaskan minyak, api slow- sederhana je. Masukkan bawang putih, sentiasa kacau supaya goreng dan warna sekata. Gituuuu.
3. Dah garing dan coklat warna dia, terus tutup api. Sebab minyak masih panas, bawang putih akan tetap tergoreng sendiri (ntah cmne nak terang tak tau).
4. Sejukkan, then baru masuk bekas. Masuk dengan minyak-minyak tu sekali. Nama pun minyak bawang putih kan.
Tips :
– Just simpan kat luar je. Tak perlu letak dalam peti sejuk. Tahan 3,4 bulan.
Setiap gambar, saya tulis penerangan sekali. Hopefully paham la ehh.
Cantik dakkk kejadian #MinyakBawangPutih sis.
Salam sayang dari UK ke Malaysia.
Baca Lagi Di Sini:

Rendam Air Garam Sekejap, Bawang Putih Goreng Rangup, Cantik & Tak Pahit
Ikhtiar Minyak Bawang Putih-Lada Hitam, Buang ‘Gangguan’ Angin Dalam Badan
Kajian Buktikan 3 Bulan Makan Seulas BAWANG PUTIH, Dapat Turunkan Darah Tinggi
MW:Menariknya boleh cuba buat sendiri minyak bawang putih ni di rumah nanti. Tambahkan pada makanan berkuah seperti sup dan bubur memang bertambah sedap.
Sumber:Jaja Mohd Zaid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perap Sekejap Dengan Soda Bikarbonat, DAGING Cepat Lembut, Empuk & ‘Juicy’!

Isi Kandungan
ToggleAda beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Baca perkongsian tip lembutkan daging dan relevannya secara sains daripada ChM Dr Fatimah Salim ini sebagai rujukan;
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
Artikel Menarik:PETUA Paling Mudah Lembutkan Daging Guna MINYAK, Tak Perlu Rebus!
TIP 1 (SODA BIKARBONAT)
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
TIP 2 (AIR PERAHAN BETIK/NANAS)
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
TIP 3 (AIS BATU)
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Dapatan Ujikaji dan Perbincangan:
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Konsep Entropy
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.

Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Baca Lagi Di Sini:CARA MASAK Daging Goreng Kunyit Sedap, Tetap Lembut Walaupun Bukan Batang Pinang!
Mesti Baca:Cara Mudah Buang Lemak Daging Dalam Sup, Guna ‘Senduk Sejuk’
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Sumber: Fatimah Salim, Faizzuddin Abd Razak
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Berhutang dengan isteri jangan tak bayar iya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bagi Mak Ayah Tenang Ajar Anak Belajar, Bacalah Ayat Pertama Surah Al-Fath

Isi Kandungan
ToggleBilakah masa mak ayah tenang? Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini, mungkin emosi mak ayah agak tidak menentu. Apa tidaknya, mak ayah sibuk dengan kerja dari rumah, ditambah dengan anak belajar dari rumah. Bila keadaan serentak macam nie, boleh huru hara jadinya.
Mak-mak pula, bukan saja tertumpu pada anak belajar, dia pun sibuk dengan kerja perjabat dan masa sama kena sediakan makan minum keluarga di rumah lagi. Tak dapat bayangkan apa yang dilalui oleh mak ayah setiap hari.
Keadaan ini juga boleh buat emosi mak ayah tak tenang dan kalau tidak diurus emosi dengan baik, macam-macam boleh jadi. Jadi, perkongsian daripada Puan Aminah Mat Yusoff boleh mak ayah jadikan panduan.
Katanya, mak ayah boleh amalkan ayat pertama surah Al Fath untuk membantu urus emosi yang tidak menentu, seterusnya dipermudahkan segala kesulitan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Bandingkan Anak, Mungkin Yang Nakal, Lemah Itulah Jaga Mak Ayah Bila Tua
Mak Ayah Bukanlah Sempurna Tapi Cara Didikannya Jadikan Kita ‘Manusia’ Berguna
Info Lebih Menarik DI SINI
Mak Ayah Tenang – Baca Ayat Ini
Cara uruskan emosi ibu ayah ketika bantu anak belajar.
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? Ini kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat, berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah., Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari netizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.

#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
MW: Bila kita rasakan terlalu banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, macam-macam emosilah yang datang. Amalkan bacaan ayat ini. Moga dipermudahkan.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semai Benih LADA SOLOK Beli Di Pasaraya, Tanam Kaedah Nutripot Tak Perlu Siram!

Isi Kandungan
ToggleSemai Benih LADA SOLOK Beli Di Pasaraya, Tanam Kaedah Nutripot Tak Perlu Siram! Tak rugi berbudi pada tanah memang banyak hasilnya. Mudah rupanya nak tanam solok lada sendiri di rumah. Semai hanya guna biji benih dari solok lada yang kita beli di pasaraya je. Tanam pula guna kaedah nutripot, lebih memudahkan tak perlu siram setiap hari hanya perlu pantau sukatan air dalam bekas selang 2, 3 hari.
Ini cara yang tanam solok lada yang dikongsikan daripada Kebun Dapur Alin sebagai panduan;
Saya ingin kongsikan sedikit tanaman yang paling mengembirakan hati. Lada solok je pon tapi sangat membanggakan hasil dia. Mari saya cerita serba sedikit ye. Saya pon budak baru belajar mana tau perkongsian saya ini bermanfaat untuk orang lain untuk mencuba juga tanamkan.
1. Biji Benih
Untuk biji benih saya dapat hasil dari beli di pasaraya sahaja saya ambil dan semai.. lada solok yang asal memang jenis besar dan panjang. bila tanam dia tak la sebesar lada yang asal tapi takpe la..hasil masih memuaskan hati.
2. Bekas Media
Untuk bekas media tanaman saya menggunakan bekas terpakai dari bekas biskut dan sabun basuh pinggan je dan ada juga bekas botol sahaja. senang kan apa yang ada je tak perlu kuar modal beli pasu pun.
3. Kawalan Bena
Untuk kawalan bena saya hanya pantau bawah daun setiap kali siram. Bila ada bena saya akan buang daun yang dah terkena bena putih. Manakala bila pucuk daun memgerekot sy akan cantas terus tanpa fikir panjang. Sebab tak nak pokok berpenyakit terus bila di biarkan.
4. Baja
Untuk pembajaan pula saya menggunakan baja biji untuk bunga dan buah. Manakala untuk baja cecair saya akan letak di dalam air kerana lada yang saya tanam ni secara nutripot yang mana air akan di serap secara automatik menggunakan sumbu.Jika menggunakan media tanah saya hanya akan siram terus sahaja ke tanah.
5. Kaedah Nutripot
Untuk kaedah nutripot pastikan ada lubang sedikit di tepi bekas untuk mengelakkan akar terendam dan membusuk yang boleh menyebabkan pokok mati awal. Lubang pada tepi bekas untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
Cara ini lebih mudah kerana cuma pantau sahaja air setiap 2 or 3 hari sekali untuk tambah air. Bila tambah air kadang-kadang guna baja ab dan ada kalanya hanya guna air paip sahaja. Sebab bila tabur guna baja biji saya akan letak air paip sahaja.
6. Media Tanaman
Media tanaman yang saya gunakan adalah campuran dari tanah hitam 6 in 1 dan cocopeat. Anggaran nisbah campuran 1:1 or 1:2 pon boleh juga.
Akhir sekali untuk belajar menanam lada kena la banyak bersabar kerana cabaran tanam cili ni tak semudah tanam sayur lain sebab paling senang kena serangan bena putih dan penyakit daun berkerekut.
Di sini saya kongsikan tutorial cara tanam sehingga petik lada solok ni.

Info Ekstra!
Nak jimat tanam cili tanpa keluarkan modal boleh guna cili yang dalam peti ais je atau yang dibeli di pasaraya tu dan boleh guna bekas terpakai sahaja. Kena kreatif sedikit sebab nak jimatkan. Bolehla share pada kawan-kawan yang baru nk belajar tanam cili. usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba.
Mesti Baca:Sedapnya Solok Lada, Nak Buat Guna Ikan Rebus Atau Ikan Mentah Pun Boleh!
Baca Lagi Di sini:Semai Lada Merah SESUAI Dijadikan Benih Pokok, PILIH Yang Terbelah Hujungnya!
Artikel Menarik:Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mudah nak tanam solok lada kampung, semai dari biji benih je, tanam guna kaedah nutripot tak payah nak siram setiap hari. Memang puas hati, jimat belanja dapur.
Sumber: Kebun Dapur Alin
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI