subur tanaman

Nak suburkan tanaman sayur dan pokok bunga di rumah pun ada rahsianya. Kali ini mak-mak boleh cuba menggunakan petua menarik daripada Puan Suhaili Baharudin, bukan guna baja yang dibeli siap tetapi kena buat sendiri dengan menggunakan dua bahan mudah.

Nah, godek kejap!

Cara Buat Tanaman Subur Dan Bunga Meriah

Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.

Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.

Mengada sangat.

Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.

Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.

Cara Suburkan Tanaman

Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.

Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.

Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.

Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.

Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah.

Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.

Kemudian kau keluar rumah kau pun spray lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Spray spray spray tanpa was-was.

Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.

Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama.

Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang.

Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?

Hasilnya Bunga Pun Makin Merimbun!

Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.

Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.

Please semua orang buat ya. Jauhkan dari mereka yang suka membawang dan hiduplah kita dengan tenang.

Hidup telur!

Jangan Lupa Komen

komen