Penyanyi, Adira Suhaimi agak terkilan kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan bekas suami, Datuk Red pada Disember tahun lalu masih berlanjutan dan dia terkejut apabila bekas suaminhya, Datuk Red tergamak membuat tuntutan RM100,00 jika mahu kes berkenaan dibatalkan.
Menurut Adira, 35, beberapa hari sebelum prosiding (hari ini), Red bersetuju menarik semula kes pengesahan lafaz rujuk jika permintaannya ditunaikan.
Selain menuntut bayaran tunai sebanyak RM100,000, Red juga mahu kes saman sivil yang difailkan ke atasnya sebelum ini turut digugurkan.
“Saya terkejut atas beberapa tuntutan iaitu beberapa hari sebelum ini dengan mengatakan dia boleh batalkan dan mengaku depan hakim yang rujuk tidak berlaku sekiranya saya ikut syarat dia.
Syaratnya, dia meminta saya menggugurkan saman sivil saya terhadap dia atas tuntutan hutang dan nak saya beri dia wang tunai RM100,000 untuk dia batalkan rujuk ini,” katanya.
Adira bagaimanapun tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan kerana berasakan perkara tersebut tidak masuk akal untuknya membayar dengan jumlah tersebut.
“Malangnya saya tidak bersetuju sebab saya kerja pagi petang siang malam, ada empat tanggungan (anak-anak) di rumah dan tak pernah menyusahkan dia pun.
Tergamaknya dia ya? Sanggup dia beri tuntutan terhadap bekas isteri yang bertungkus-lumus menjaga anak-anak tanpa menyusahkan dia pun sebenarnya.
“Jadi, itu adalah antara tuntutan yang dia beri tetapi saya tidak bersetuju, maka berlakulah bicara di mahkamah hari ini,” ujarnya yang berharap kes pengesahan rujuk dapat diselesaikan secepat mungkin.
Menjelaskan mengenai saman sivil yang disebut, Adira memaklumkan perkara itu membabitkan wang pinjaman yang diberikan kepada Datuk Red selepas mereka bercerai.
Tambahnya, jumlah tersebut mencecah ratusan ribu dan dia menuntut haknya dipulangkan semula mengikut saluran undang-undang.
“Untuk saman sivil itu berkenaan dengan tuntutan hutang tu, saya dah failkan tahun lepas. Tuntutan hutang ini sebenarnya adalah duit pinjaman dia selepas bercerai.
Saya minta dia bayar balik. Bukan sikitlah, ratusan ribu. Dia masih dalam prosiding lagi sebab saya rasa Datuk Red punya nama pun bankrap kan, jadi ada langkah yang kami perlu lalui untuk buat proses ini berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Sebelum ini Adira semenangnya memilih untuk mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan sehingga menjejaskan prosiding mahkamah.
“Saya tidak minta apa-apa sampailah sekarang dan saya tak pernah pun mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai semua yang berlaku pada hari ini.
Takkanlah saya nak diam saja bila orang dah pijak-pijak begini.
“Bagilah saya bercakap sekali namun hanya benda yang sepatutnya sahaja, perkara perlu saja saya kongsi,” tambahnya.
Dia juga bagaimanapun menyifatkan perkara yang berlaku ketika ini membuat dirinya lebih matang dan sabar.
“Kes memang berlarutan tetapi ini adalah proses untuk menjadikan saya orang yang lebih sabar, tenang dan matang.
Tapi bagi saya benda ini hal kecil saja sebab sudah pernah hadap perkara yang lebih berat dan besar sebelum ini.
“Alhamdulilah saya masih lagi tenang sehingga sekarang ditambah pula ada sistem sokongan yang sangat kuat,” jelasnya.
Hari ini, mahkamah menangguh prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira pada 25 Jun depan.
Perkara tersebut diputuskan Hakim Nurul Hidayah Jani selepas prosiding perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini.
Selain menepis dakwaan gila talak, Red sebelum ini menjelaskan tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk bukan disebabkan masih berharap dapat kembali kepada bekas isterinya sebaliknya bagi memastikan sama ada perkara yang berlaku sah mengikut hukum atau sebaliknya.
Sementara, Adira pula menafikan dakwaan berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 seperti dakwaan Red.
Untuk rekod, Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3.
Berkait dengan isu permainan video atas talian, pelakon, Intan Ladyana tidak mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang dikatakan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain.
Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, berkata dia tidak menyokong perbuatan salah malah sudah berbincang dengan suami berkaitan perkara tersebut.
“Apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan isteri enabler (membiarkan perkara negatif).
“Jika perbuatan itu salah, tetap salah dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri.
“Insya-Allah perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya lagi.
Pada masa sama, Intan juga masih memberi lampu hijau kepada Harris untuk terus aktif dalam permainan tersebut.
Kata Intan, tiada sebarang syarat digariskan tetapi semuanya dilakukan atas dasar kepercayaan.
“Tak adalah letakkan syarat. Macam saya, saya tahu batas dan dia pun tahu batas. Tak bolehlah nak terlalu mengawal, masing-masing kena tahu batas.
“Walaupun dalam permainan video atau pun berlakon, kita letakkan sempadan. Kita sendiri perlu ada kefahaman tentang hal sebegitu,” ujarnya.
Ditanya lagi mengenai kontroversi membabitkan suaminya, isu terbabit hanumya diketahui selepas ia tular di laman sosial.
“Saya pun tak kenal perempuan itu sebab saya tak main permainan video. Game apa pun saya tak tahu.
“Cuma selepas tular baru saya tahu. Saya tak adalah nak salahkan wanita itu atau Harris. Mereka sendiri boleh menilai apa yang dilakukan itu betul atau salah,” katanya.
Terdahulu, nama Harris, 26, ‘naik’ selepas tular beberapa potongan klip video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi penstriman langsung (live streaming) permainan video.
Dalam klip tersebut, penyanyi dan pelakon yang sedang bermain perlawanan atas talian dilihat menggunakan nada suara dan kata-kata romantik terhadap pemain wanita lain.
Tindakan itu mencetuskan perdebatan ramai yang mempersoalkan batas pergaulan sebagai seorang lelaki berstatus suami suami dan bapa.
Namun dia tampil menjelaskan segala dialog dilafazkan adalah hanya untuk watak Tommy dalam dunia roleplay (RP), bukan dirinya yang sebenar.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata, Evie Khadeeja 4, dan Haris Umayr, 2.
Pernah buat urutan muka untuk naikkan kening? Haaa… bila kita berumur, kelopak mata akan nampak jatuh dan menurun berbanding umur muda-muda dulu.
Okay, jom kita buat urutan naikkan kening yang dikongsikan oleh Doktor Bainun. Kita semua ada bentuk mata berbeza jadi soket mata kita pasti tidak akan sama.
Untuk memastikan kita urut muscle, bukan kita urut tulang dan bukan biji mata. Caranya:
1. Kita kena angkat kening dengan menggunakan jari. Tak kisah jari mana asalkan selesa.
2. Kemudian buat urutan secara membulat. Ini buat dalam enam kali. Mungkin akan rasa sakit sedikit tapi kita tahu sedang urut muscle yang stress.
Ini antara urutan muka yang nampak instant result. Selepas urut kita akan nampak perbezaan pada kening yang naik sedikit daripada asal dan kelopak mata lebih terbuka.
Jadi buat anda yang mahu kekal awet muda, boleh amalkan urutan muka ini bagi memastikan mata anda kurang berkedut dan kelopak tidak cepat jatuh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...