Bolehkah seorang isteri yang kematian suami mengiringi jenazah suaminya yang meninggal dunia di rumah ke masjid?
Bagi yang tidak pasti akan hal ini namun kita biasa melihat kaum isteri yang kematian suami akan turut sama ke masjid kerana mahu melihat suami buat kali terakhir. Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam e-booknya, Maktabah Al Bakri mengupas persoalan ini.
Suami Meninggal Di Rumah
Jika suami seorang wanita meninggal dunia di rumah dan jenazahnya hendak diuruskan di masjid, bolehkah wanita itu turut pergi ke masjid sebagai penghormatan terakhir kepada arwah suaminya?
JAWAPAN
Dari sudut istilah, iddah memberi maksud tegahan kepada wanita untuk berhias dan yang membawa kepada maknanya pada tempoh tertentu dalam keadaan tertentu. Ia membawa maksud tegahan daripada bermalam selain daripada rumahnya.[1]
Maksudnya: “Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat berkabung di atas kematian seseorang melebihi tiga hari melainkan apabila kematian suaminya. Dia hendaklah berkabung selama empat bulan dan sepuluh hari.”[2]
Bolehkah Isteri Iringi Jenazah Ke Masjid Sebagai Tanda Penghormatan Terakhir?
Jika perempuan itu mengandung semasa kematian suaminya, maka `iddahnya berakhir dengan kelahiran anaknya sama ada `iddah itu mengambil masa yang panjang atau pendek.
Jika isteri tidak mengandung atau mengandung akan tetapi bukan daripada benih suami yang meninggal dunia. Contohnya isteri mengandung, tetapi suaminya belum baligh atau suaminya telah lama hilang melebihi empat tahun sama ada dia telah menyetubuhi isterinya ataupun belum, maka `iddahnya adalah dengan berakhirnya empat bulan sepuluh hari.[3]
Perempuan yang berada di dalam ‘iddah kerana kematian wajib ke atasnya melakukan perkara seperti berikut:
Berkabung atas kematian suaminya dengan tidak berhias dan mengenakan bau-bauan seperti bersolek, berhias, memakai baju berwarna terang, memakai barang kemas dan selainnya.
Wajib menetap di rumah yang didudukinya selama tempoh ‘iddah. Isteri juga tidak dibenarkan keluar melainkan sekiranya ada keperluan dan hajat. Contohnya membeli keperluan makanan, bekerja sekiranya tidak dibenarkan Bekerja Daripada Rumah (BDR) secara berterusan sepanjang tempoh ‘iddahnya. Begitu juga dibolehkan sekadar keluar untuk berbual-bual dengan jiran bagi menghilangkan kesunyian dan kesedihan.[5]
Imam Ramli di dalam kitabnya menyatakan, keharusan ini terikat dengan satu syarat iaitu hendaklah wanita ber’iddah hanya keluar pada waktu siang dan mesti balik bermalam di rumah tempat ‘iddahnya.[6]
Justeru, tidak dibolehkan untuk seorang isteri yang dalam ‘iddah mengiringi jenazah suami ke masjid sebagai penghormatan terakhir. Sebagai salah satu tanda isteri yang solehah, hendaklah sentiasa mematuhi agama Islam dan syariat walaupun pada saat suaminya telah meninggal dunia.
Ads
Dengan sikap yang ditunjukkan itu, ia akan membawa banyak kebaikan dalam kehidupannya selepas itu. Ziarahlah kubur suami selepas tempoh ‘iddah dengan mematuhi syarat dan adabnya. Wallahu a’lam.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hadapilah nikmat Allah dengan hati yang rasa takut-takut kalau itu ialah istidraj. Kerana hidup ini terlalu singkat.
Baik suami, isteri, anak-anak, pangkat mahupun harta benda, itu hanyalah alat atau asbab untuk seseorang menuai hasil di akhirat.
Hadamkan pesanan Bonda Nor selanjutnya. Agar dapat menjalani ujianNya di muka bumi ini dengan rasa taqwa.
Dapat Nikmat Allah, Kawal Hati Kita
Melihat gambar kereta mewah yang meragut nyawa sahabat saya petang semalam, hati jadi sebak.
Teringat kemalangan yang menimpa anak saya dengan motor baharunya sampai patah tangan, patah kaki segala.
Memanglah bukan salah motor, bukan salah kereta, tapi yang kita risaukan hati kita.
“Dapat nikmat Allah, kawal hati kita. Jangan layan sangat teruja. Kita tak tahu, entah-entah itu yang mungkin jadi asbab musibah seterusnya.”
Itulah yang selalu saya pesan pada anak-anak, juga yang saya titipkan dalam buku saya.
Ya, ada kawan saya seronok dapat isteri cantik dan berpendidikan tinggi. Akhirnya, isteri itulah yang sering buat ibu kandungnya menangis dan merajuk hati sampai tak mahu tinggal serumah dengannya lagi.
Latih Hati Agar Berpada-pada
Ada yang seronok dapat beli rumah mewah, rupa-rupanya rumah itulah yang jadi asbab keluarganya berpecah belah.
Dulu masa rumah kecil, elok rapat dan pandai berpakat. Bila rumah dah besar sangat, masing-masing bawa hal sendiri, dah pandai besar kepala dan meninggi diri.
Ada yang bahagia anak-anak pandai, masuk U belaka, hafaz Quran belaka, rupa-rupanya itu yang jadi asbab dia mula sombong dan berbangga-bangga. Akhirnya, Allah murka. Allah benci.
Allahu Rabbi. Tak mudah nak kawal hati. Tapi tetap juga kena selalu latih hati kita supaya sentiasa berpada-pada.
Kena Ada Rasa Takut-takut Kalau Itu Ialah istidraj
Berdepan musibah, tenang-tenang saja kerana yakin ada hikmahnya.
Menadah nikmat, kena ada rasa takut-takut kalau itu ialah istidraj.
Sandarkan selalu hati kita pada Allah, mudah-mudahan kita tak mudah rebah.
Hidup ini terlalu singkat, teman-teman.
Jangan dikejarkan sangat!
Hakikatnya, hidup ini hanyalah seputar kisah kita dengan Allah.
Suami, isteri, anak-anak, pangkat atau harta benda, hanya alat atau asbab untuk kita menuai hasil di akhirat.
Kita yang mana?
Yang miskin masuk syurga, atau yang miskin masuk neraka?
Yang cantik masuk syurga, atau yang cantik masuk neraka?
Yang guna pangkat untuk masuk syurga, atau yang guna pangkat masuk neraka?
Ya, di akhirat nanti hanya ada dua tempat saja.
Syurga atau neraka.
Bergantung pada kemampuan kita mengendalikan apa yang Allah beri pada kita.
Beringat selalu ya.
Waspada selalu terhadap segala peringatan Allah dan Rasulullah.
Itulah taqwa.
Patutlah Surah Al Kahfi sangat digalakkan dibaca pada Hari Jumaat.Sebab ganjaran dan kelebihan membaca surah ini sangatlah besar bagi sesiapa yang dapat menghabiskannya sebelum berakhirnya hari Jumaat. Surah Al-Kahfi juga disebut Ashabul Kahf.Surah ini memiliki 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Ia merupakan surah golongan Makkiyah atau surah yang diturunkan di Kota Makkah. Surah ini sangat digalakkan dibaca mulai selepas Asar hari Khamis sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.
Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahfi:
1. Terhindar dari Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)
2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat
Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.
“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)
3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273)
4.Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan
Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.
Tip Mudah Habiskan Bacaan Surah Al-Kahfi:
Namun sedia maklum, Surah Al Kahfi ini agak panjang dan agak memerlukan masa untuk dihabiskan secara berterusan.Pasti rasa agak ‘berat’ untuk membaca surah sebanyak 110 ayat ini. Rasa seperti tak mampu nak habiskan baca sekali gus. Betul tak?
Antara tip & cara mudah untuk lengkapkan bacaan Surah Al Kahfi ini adalah dengan membahagikan 110 ayat surah Al Kahfi ini kepada beberapa sesi. Satu sesi hanya perlu membaca 20-30 ayat sahaja. Kalau mulakan selepas Asar hari Khamis, bacaan dapat dilengkapkan sebelum Asar hari Jumaat. Jadi setiap sesi hanya memerlukan masa yang singkat. Mudah bukan?
Selamat Mengamalkannya dan turut menyampaikannya kepada orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa adalah sekitar 7 ke 8 jam setiap malam. Sayangnya, bukan semua orang dapat menikmati jumlah tidur yang mencukupi. Dek masalah susah tidur yang membelenggu diri.
Kadangkala dekat jam 2 ke 3 pagi mata masih tak mahu lelap. Masih berjaga, dek kerana masalah sukar tidur. Walaupun segala perkara yang menyebabkan sukar tidur telah diketepikan, misalnya gajet tetap mata masih berdegil berjaga tak tentu masa.
Aktivis Dakwah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre berkongsi doa yang pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda, Zaid bin Tsabit yang berdepan masalah tidur yang sukar.
Doa Sembuhkan Penyakit Susah Tidur
Ada tak yang susah nak tidur? Puas dah paksa mata tapi susah nak lelap juga? Bagi mereka yang susah sangat nak tidur, apa kata kalau cuba baca doa ini. Doa ini diambil dari kitab Al-Adzkar karya Imam An-Nawawi.
Suatu ketika Zaid bin Tsabit susah nak tidur, kemudian dia mengadu kepada Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Baginda mengatakan kepada Zaid agar membaca doa ini.
Setelah membaca doa ini, tetiba penyakit susah tidurnya pun hilang, dan Zaid kembali tidur seperti biasa.
Alhamdulillah. Selamat malam daripada kami di @nurelhikmah.
Note : Maaf, baris perkataan hujung doa di dalam gambar ini adalah لَيْلِي (Laili bukan liali)
Note : Maaf, baris perkataan hujung doa di dalam gambar ini adalah لَيْلِي (Laili bukan liali)
Penting untuk mak ayah mendapatkan tidur yang mencukupi agar pada keesokan hari tubuh lebih cergas untuk melakukan aktiviti fizikal. Lebih-lebih lagi jika perlu memandu ke tempat kerja.
Jika tidur pun bermasalah, bimbang pemanduan mengundang bahaya kepada diri mahupun keluarga. Cubalah amalkan doa tersebut. Agar masalah tidur kembali terawat. Tidur yang cukup membantu emosi mak ayah jadi lebih stabil dan mudah mengingat satu-satu perkara dengan baik.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...