Waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa adalah sekitar 7 ke 8 jam setiap malam. Sayangnya, bukan semua orang dapat menikmati jumlah tidur yang mencukupi. Dek masalah susah tidur yang membelenggu diri.
Kadangkala dekat jam 2 ke 3 pagi mata masih tak mahu lelap. Masih berjaga, dek kerana masalah sukar tidur. Walaupun segala perkara yang menyebabkan sukar tidur telah diketepikan, misalnya gajet tetap mata masih berdegil berjaga tak tentu masa.
Aktivis Dakwah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre berkongsi doa yang pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda, Zaid bin Tsabit yang berdepan masalah tidur yang sukar.
Doa Sembuhkan Penyakit Susah Tidur
Ada tak yang susah nak tidur? Puas dah paksa mata tapi susah nak lelap juga? Bagi mereka yang susah sangat nak tidur, apa kata kalau cuba baca doa ini. Doa ini diambil dari kitab Al-Adzkar karya Imam An-Nawawi.
Ads
Suatu ketika Zaid bin Tsabit susah nak tidur, kemudian dia mengadu kepada Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Baginda mengatakan kepada Zaid agar membaca doa ini.
Setelah membaca doa ini, tetiba penyakit susah tidurnya pun hilang, dan Zaid kembali tidur seperti biasa.
Ads
Alhamdulillah. Selamat malam daripada kami di @nurelhikmah.
Note : Maaf, baris perkataan hujung doa di dalam gambar ini adalah لَيْلِي (Laili bukan liali)
Note : Maaf, baris perkataan hujung doa di dalam gambar ini adalah لَيْلِي (Laili bukan liali)
Ads
Penting untuk mak ayah mendapatkan tidur yang mencukupi agar pada keesokan hari tubuh lebih cergas untuk melakukan aktiviti fizikal. Lebih-lebih lagi jika perlu memandu ke tempat kerja.
Jika tidur pun bermasalah, bimbang pemanduan mengundang bahaya kepada diri mahupun keluarga. Cubalah amalkan doa tersebut. Agar masalah tidur kembali terawat. Tidur yang cukup membantu emosi mak ayah jadi lebih stabil dan mudah mengingat satu-satu perkara dengan baik.
Setelah melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini akhirnya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akhirnya membenarkan masjid dan surau terpilih untuk menunaikan solat jemaah. Namun ianya perlu mengikut garis panduan dan sop yang telah ditetapkan.
Solat Jemaah Di Surau Terpilih
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibuka bagi menunaikan solat Jumaat dan berjemaah termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini.
Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata, ia berdasarkan pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 14 Mei lalu melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Tertakhluk Kepada Bilangan Jemaah
Katanya, ketetapan ini juga dibuat susulan pengumuman kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 9 Jun depan.
"Kebenaran ini juga tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
"Jawi juga ingin mengingatkan agar segala garis panduan dan SOP berkaitan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan kebenaran bersyarat ini ditarik semula," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, umat Islam diharap dapat meningkatkan amalan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 dalam negara segera berakhir.
Sumber: Harian Metro
MW: Biarpun solat jemaah telah dibenarkan di masjid dan surau tertentu, namun diharap kita semua menjaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing. Ambil langkah pencegahan sebaik mungkin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak murah rezeki? Jangan miss amal doa ini. Yatt Hamzah berkongsi doa yang diajar Rasulullah di laman Instagramnya. Doa ini dibaca setiap hari selepas Subuh.
Kata Yatt lagi, ada sebuah doa yang biasa diamalkan Rasulullah setelah Subuh agar mendapat ilmu yang bermanfaat. Amal dengan bersungguh-sungguh dan konsisten, insya-Allah kita akan dapat keberkatannya.
Berikut adalah doanya:
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang thoyyib dan amalan yang diterima.” (HR. Ibnu Majah no. 925, shahih).
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, “Khoirunnasi anfa’uhum linnasi.” Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia. (HR. Ahmad, Ath-Thabran, dan Ad-Daruqutni).
Maka untuk menjadi manusia bermanfaat bagi manusia lainnya, kita perlu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Ilmu bermanfaat akan didapatkan oleh orang-orang yang tekun, tidak sombong dan mahu mengamalkan ilmunya.
“Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Ya Allah, makbulkan doa-doa kami. Amin,”ujar Yatt yang aktif berdakwah dan melakukan pelbagai perkongsian ilmu agama menerusi instagramnya.
Selebriti popular ini juga membuat live setiap hari di Instagramnya. Dia mengajak follower untuk sama-sama bertadarus tahsin online satu hari satu juzuk bersama @sheikhmohamedelmongy di bulan Ramadan.
Aksi Yatt bertadarus online bersama anaknya mendapat perhatian netizen. Ramai yang memuji usaha murni Yatt yang tidak jemu berdakwah mengajak follower menghayati cara hidup Islam.
Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata ini juga sering berkongsi pelbagai resipinya dengan follower. Aksi lincah Yatt di dapur mencuit hati dan ramai yang mencuba resipi air tangannya itu.
Puasa sunat Syawal atau puasa enam dilakukan sepanjang bulan Syawal sebaik tamatkan Ramadan. Ketika ini, ramai wanita yang ambil peluang untuk puasa sunat disekalikan dengan puasa qada. Boleh ke?
Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulan Ramadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuh berkat ini, Allah ‘Azza wa Jalla membuka pintu langit dengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulan yang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 1899.
Namun demikian apabila Syawal menjelma, terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal dilihat seperti bulan untuk berehat daripada melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakaian yang tidak mengikut spesifikasi syariat, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertakwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketakwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.
Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah pada bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertakwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyariatkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah sa.w:
“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, No: 1164.
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
“Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan puasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagai mana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i.
Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.
Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal.
Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.