Siapa sangka daripada gambar-gambar dan kebahagian yang dikongsikan di media sosial, mungkin boleh mengundang menjadi penyakit atau gangguan pada diri disebabkan pandangan mata orang lain. Tak kiralah sama ada pandangan benci/ dengki mahupun pandangan kagum/ memuji.Hati-hati iya.
Fahamkan perkongsian daripada Dr Khairul Faizie ini sebagai rujukan;
Ada kawan kawan / followers FB tanya aku :
“Tak pernah nampak pun aku up gambar anak / isteri / keluarga “.
Malahan masa aku pergi bercuti pun, sampai ada yang tanya ingatkan aku pergi bercuti seorang diri.Satu masa dahulu, masa peringkat awal aku guna FB, memang aku ada up gambar keluarga, up gambar pergi bercuti. Itu dahulu.
Tapi aku dah hentikan semua tu, agak lama..hampir 3 tahun rasanya kalau ada gambar pun sekarang, hanya gambar aku je, itu pun jarang-jarang.
Selain faktor privasi & keselamatan, aku buat begini kerana berusaha nak mengelakkan Sihir Ain.
Apa itu Sihir Ain?
Sihir ain ialah penyakit atau gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata orang lain. Kita mendapat penyakit ini kerana orang lain memandang kita, samada:
a) Dengan pandangan rasa hasad / dengki
b) Dengan pandangan rasa kagum / takjub / memuji
Penyakit ain memang tak boleh di explain dari sudut medical. Aku sendiri doktor, so aku tahu kalau nak pegang hukum sains modern medicine, Sihir Ain ialah satu perkara yang tidak logik.
Namun bukan semua benda kita boleh pegang dengan logik akal, terutamanya perkara yang sah jelas ada dalil yang sahih dalam agama. Sihir ain ada dalilnya:
1) Dari Al Quran – boleh rujuk ayat ke 51 Surah Al Qalam
2) Dari Hadis sahih riwayat Muslim ( 5831) – sabda Nabi SAW ” “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
Kenapa Allah Izinkan Berlakunya Sihir Ain ini?
Menurut pandangan ulama, ianya kerana ‘kecemburuan Allah ‘. Kita setiap hari masa solat meyakini & lafazkan ‘ Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam ‘ ( Ayat 1 Surah Al Fatihah).
Namun, ada manusia yang terlalu sibuk memuji manusia lain TANPA melibatkan Allah, walhal segala pujian mutlak ialah hanya milik Allah.
Sihir ain boleh terkena pada siapa atau apa ?
1) Boleh kena pada benda hidup, iaitu pada kita manusia.
Tak kira siapa yang memandang kita, boleh terjadinya ain…termasuklah pandangan dari mata orang2 yang soleh / baik ( rujuk kisah sahabat nabi yang kena ain kerana dipuji oleh sahabat nabi yang lain )
– Orang lain memuji kita / anak kita, kagum dengan pencapaian kita, kekayaan kita, kecantikan kita, etc. Ataupun orang lain pandang kita dengan rasa irihati / dengki atas kelebihan yang kita ada.
2) Boleh kena pada benda bukan hidup, seperti harta benda kita eg rumah, kereta.
– Orang lain kagum / puji tengok kereta / rumah kita, ataupun orang lain pandang harta kita dengan pandangan penuh kedengkian. Ataupun kita sendiri tengok harta benda kita, kita rasa kagum.
3) Boleh kena pada diri sendiri, iaitu kita meng-ain-kan diri kita sendiri.
– Kita kagum tengok diri kita sendiri, contohnya masa kita bersiap siap kita puji diri sendiri ” hensem aku ni “, atau pun kita kagum dengan tahap fitness kita ” OK aku ni, fit lagi lari jauh tak pancit ”
Bagaimana Konsep Pandangan Mata itu?
Ulama menyatakan, bukan hanya dengan memandang secara direct / berdepan, malahan pandangan mata orang lain terhadap kita melalui medium lain pun, berisiko boleh terkena ain. Contohnya melalui gambar ( di TV / FB / Suratkhabar / ).
Simptom-simptom Sihir Ain:
1) Boleh terjadi pada bentuk sakit fizikal.
Contohnya kita sakit badan tanpa sebab, kita sakit sendi tanpa penjelasan. Atau penyakit penyakit ‘ misteri ‘ yang tak dapat dirungkai setelah extensive medical test kita jalani.
Utk kes anak kecil / baby, mereka selalu demam tanpa sebab, atau merengek menangis bukan kerana sakit / lapar / etc. Mungkin anak kecil terkena ain kerana kita puji kecomelan mereka.
2) Boleh terjadi pada bentuk gangguan jiwa / mental.
Ada orang yang menemplak, katanya dah bertahun keluar TV, atau bertahun tayang gambar di FB / IG, takde pun kena sakit ain. Mungkin dia hanya pandang penyakit simptom fizikal. Walhal, sihir ain boleh juga datang dalam bentuk rasa gelisah atau murung tanpa sebab. Anxiety selalu. Ataupun sukar lena tidur. Ataupun kita menjadi culas asyik terlupa / salah bila buat satu satu kerja. Ini menurut ulama, pun tanda penyakit ain.
3) Kerosakan pada harta benda.
Ini sekiranya sihir ain terkena pada harta benda kita. Contohnya kita memuji cantiknya kereta kita, boleh saja kereta kita rosak enjin nya walaupun baru di servis.
Bagaimana Nak Rawat / Elak Sihir Ain?
Macam yang aku tulis pada awal post ini, antara punca Allah izinkan terjadinya sihir ain ialah kerana kita lupa / culas nak libatkan Allah semasa memuji orang lain.
1) Maka ulama menggariskan bahawa bagi mengelak sihir ain, kita hendaklah mendoakan keberkatan orang lain / barangan bila kita memuji.
Memuji itu tidak salah. Cuma libatkan Allah dengan doakan keberkatan dengan menyebut kalimah ” Barakallahu fik atau tabarakallah” yang bermaksud ‘ moga Allah memberkati kamu ”
Contohnya:
” Cantik nya isteri abang ni, tabarakallah”
” Cute nya anak awak, barakallahu fik “
” Tahniah ya, pandai pandai anak awak, semua berjaya ke universiti..barakallah “
” Wow…kereta baru…tabarakallah “
” Indahnya rumah aku ini, syukur dapat buat rumah macam ni…barakallah..moga Allah berkati rumah aku ni”
Kalau payah sangat nak cakap arab ” barakallahu fik ” atau “tabarakallah”, cakap aja melayu ” Cantik nya awak, moga Allah memberkati awak / kecantikan awak ”
2) Untuk mengelakkan kita meng-ain-kan diri sendiri, ucapkan Masya Allah.
Contoh:
” Kacak jugak rupanya aku ni…masya Allah “
” Hmmm…cantik rupanya aku pakai tudung bawal ni…masya Allah “
” Tak sangka aku dah umur 40 masih kuat lagi lari marathon….masya Allah “
3) Hindarilah diri dari sikap suka sangat nak mempamer diri / keluarga / harta benda di media sosial.
Untuk mengelak kan risiko orang memuji kita berlebihan tanpa ucapan mohon keberkatan Allah, ATAU untuk mengelakkan risiko orang irihati / dengki pada kita, maka hindarilah diri dari sikap suka sangat nak mempamer diri / keluarga / harta benda di media sosial. Sesekali nak up gambar kita / pasangan / anak tu takpe…tapi jangan kerap sangat.
Kerap pamerkan kebahagiaan rumahtangga kita / kejayaan kita / kejayaaan anak anak kita dalam akademik, dikhuatiri akan mengundang rasa dengki orang lain…maka sebab kita, anak / isteri kita yang terkena penyakit ain.
Mempamerkan di khalayak ramai / public contohnya kita bersifat caring / romantis pun, berpada pada lah…kerana pasti ada pandangan manusia lain yang cemuh / dengki.
Asyik tayang kereta / rumah / gelang emas / percutian di media sosial, dikhuatiri mengundang sihir ain.
Kita boleh kata ” kau tak suka jangan lah tengok FB / IG aku “, atau ” wall aku, aku punya suka lah “. Terpulang lah. Tapi jangan mengeluh kalau kita / anak-anak kita / kenderaan kita kerap sakit/ rosak. Kita / ahli keluarga kita ada rasa risau / gelisah / murung.
4) Amalkan zikir zikir / bacaan ruqyah setiap hari.
Dalam amalan zikir al matsurat pagi & petang, ada bacaan mohon perlindungan & bacaan Surah Al Falaq yang memohon perlindungan dari sifat hasad manusia.
Pendek kata, kita ruqyah diri sendiri / buat protection sebelum sakit..konsisten baca Al Quran ( kerana AL Quran itu penyembuh/ as syifa’), dan baca zikir zikir yang sahih.
Nabi SAW ada ajar satu zikir yang specific untuk elak ain:
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
Sumber rujukan:
- AL-AFKAR #43: PENYAKIT ‘AIN DAN RAWATANNYA
- SIHIR ‘AIN @ MATA: PENYAKIT AKIBAT PUJIAN ATAU KEJIAN DARI PANDANGAN MATA | Ust. Badli Shah Alauddin
Baca Di Sini:
Hubungan Dingin Benci TANPA Sebab, Amalkan Doa ‘Pembatal’ Sihir Pemisah Rumahtangga
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita berusaha mengelak penyakit atau gangguan daripada pandangan mata ini.
Sumber: Dr Khairul Faizie