Ads

Rasa Macam Sedang Bahagiakan Anak, Tapi Sebenarnya Tengah Rosakkan Karakternya

Bahagiakan Anak
Bahagiakan Anak

Tak sedar berlaku dalam diam, niat nak bahagiakan anak tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ini satu ‘penyakit’ senyap dalam kalangan mak ayah berkerjaya zaman sekarang yang kita jarang nak mengaku.

Rasa Macam Sedang Bahagiakan Anak

Rasa Macam Sedang Bahagiakan Anak, Tapi Sebenarnya Tengah Rosakkan Karakternya

Menerusi perkongsian Qasrus Syuhada, kita sangka kita tengah bahagiakan anak-anak teapi sebenarnya kita tengah rosakkan karakter dorang dan bocorkan kewangan sendiri.

​Penyakit ni dipanggil: “Guilt Spending” (Belanja sebab rasa bersalah)

Macam mana guilt spending ni berlaku?

​Isnin sampai Jumaat, kita sibuk kejar sale, meeting tak habis-habis, balik rumah dah malam. Anak pula seharian duduk taska atau dengan babysitter. Dalam hati kita meronta rasa bersalah sebab tak cukup masa dengan dorang.

Ads

​Bila tiba weekend, apa kita buat? Kita tebus rasa bersalah tu dengan duit

Anak tunjuk mainan RM200 kat mall, kita terus belikan. Anak nak makan restoran mahal, kita bawa. Kita panggil tu “reward”, tapi hakikatnya kita nak sedapkan hati sendiri.

Tapi Sebenarnya Tengah Rosakkan Karakternya

Rasa Macam Sedang Bahagiakan Anak, Tapi Sebenarnya Tengah Rosakkan Karakternya

​Akibat buruknya pada anak?

Ads

Si anak mula hilang keupayaan untuk delay gratification (tangguh kemahuan). Dorang akan set dalam otak: “Kasih sayang mak ayah = Dapat apa saja yang aku nak secara instant.”

Ini resepi utama melahirkan anak yang entitled bila besar nanti.

Cuba kita ubah perspektif. Sebenarnya, anak-anak kecil ni tak pandai pun nilai harga mainan tu.

​Apa yang dorang betul-betul dahagakan ialah masa dan fokus penuh kita. Berikan dorang 20 ke 30 minit undivided attention, letakan phone jauh-jauh, fokus main dan bersembang dengan dorang betul-betul tanpa sebarang gangguan.

Ads

Jangan Asyik Labur Material

Rasa Macam Sedang Bahagiakan Anak, Tapi Sebenarnya Tengah Rosakkan Karakternya

Kualiti masa yang deep macam ini jauh lebih bernilai dari barang mainan mahal yang dorang main dua hari je tu.

Jadi pesanan untuk diri sendiri dan mak ayah semua, tolong hentikan tebus rasa bersalah dengan material.

​Duit lebihan yang kita asyik swipe untuk penuhi kehendak emosi hujung minggu tu, jauh lebih baik dialihkan masuk ke dalam tabung pendidikan atau dana perlindungan mereka untuk jangka masa 10 tahun akan datang.

Bina karakter anak hari ini, dan sediakan payung kewangan yang sebenar untuk masa depan diorang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

merosakkan perkahwinan

12 Punca Merosakkan Perkahwinan, Ini Kesilapan Suami Isteri Yang Perlu Dielakkan

Ketahui perkara yang merosakkan rumah tangga. Fahami punca konflik dan cara memperbaiki hubungan suami isteri sebelum terlambat.