Ads

Tragedi 4 Sekeluarga Meninggal Dihempap Treler, Pemandu Lori Disahkan Positif Dadah & Ada 15 Saman Trafik

dihempap treler

Tragedi 4 sekeluarga meninggal dihempap treler, pemandu lori disahkan positif dadah & ada 15 saman trafik.

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat nyawa di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semalam, didapati positif dadah selain mempunyai 15 saman trafik.

Tragedi 4 Sekeluarga Meninggal Dihempap Treler

Tragedi 4 Sekeluarga Meninggal Dihempap Treler, Pemandu Lori Disahkan Positif Dadah & Ada 15 Saman Trafik
Tragedi 4 Sekeluarga Meninggal Dihempap Treler, dotemui meninggal di lokasi kejadian

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk menjalani ujian saringan air kencing sebaik selesai menerima rawatan di hospital.

Menurut beliau, hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif dadah jenis methamphetamine sebelum ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi.

“Tangkapan dibuat ke atas pemandu terbabit kira-kira jam 4 pagi sebelum dia dibawa ke Mahkamah Raub bagi permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ads

Perkembangan terbaharu itu hadir ketika ramai masih bersedih dengan tragedi yang meragut empat nyawa daripada sebuah keluarga dalam sekelip mata.

Tragedi 4 Sekeluarga Meninggal Dihempap Treler, Pemandu Lori Disahkan Positif Dadah & Ada 15 Saman Trafik
Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26, dan Nayla Afya Aizat yang baru berusia setahun diberitakan meninggal di lokasi kejadian akibat nahas ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam, sekeluarga yang menetap di Felda Mempaga 1, dikatakan pergi menziarahi besan mereka selain mahu makan-makan di Gombak sebelum tragedi terjadi.

Dalam nahas menyedihkan ini, treler yang membawa muatan habuk kayu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap sebuah Honda City yang dinaiki mangsa.

Ads

Mangsa yang maut dikenali sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26, dan Nayla Afya Aizat yang baru berusia setahun diberitakan meninggal di lokasi kejadian akibat nahas ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, treler terbabit sedang dalam perjalanan menghantar muatan dari Kuala Lumpur ke Kuantan ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, treler berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan menghempap kereta dinaiki mangsa.

Ads

Nahas itu bukan sekadar meragut empat nyawa, malah memadamkan sebuah keluarga yang sedang melalui perjalanan seperti biasa tanpa menyangka ia menjadi perjalanan terakhir mereka bersama.

Anda mungkin berminat dengan

Tragedi 4 Sekeluarga Meninggal Dihempap Treler, Pemandu Lori Disahkan Positif Dadah & Ada 15 Saman Trafik
Beginilah keadaan kenderaan dinaiki mangsa akibat dihempap lori treler ini

Lebih menyentuh hati, Nayla Afya yang baru berusia setahun turut terkorban dalam tragedi berkenaan. Pada usia yang masih terlalu kecil untuk mengenal dunia, hayatnya berakhir dalam kejadian yang menggemparkan negara.

Pemergian serentak pasangan suami isteri, anak perempuan dan cucu mereka meninggalkan luka mendalam buat ahli keluarga yang ditinggalkan. Di media sosial, ramai meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap nasib keluarga berkenaan serta berharap siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan buat mangsa.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Khiban

Khiban Jadi Trend Hijab Baharu, Gaya Sopan & Edgy Pilihan Hijabi...

Khiban atau khimar bandana menjadi trend hijab baharu dalam kalangan hijabi moden. Gabungan gaya sopan, praktikal dan edgy menjadikannya pilihan popular pencinta modest fashion.