Ads

Belum Sempat Bergelar Isteri, Dinie Hanis Terkorban Dalam Kemalangan Tragis

Dinie Hanis
Dinie Hanis

Kisah Allahyarhamah Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, menjadi tumpuan dan tular apabila dia yang sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Mohamad Alif Iskandar Azhar, 24, pada 26 Jun ini namun tidak kesampaian.

Belum Sempat Bergelar Isteri

Belum Sempat Bergelar Isteri, Dinie Hanis Terkorban Dalam Kemalangan Tragis

Dalam kejadian itu, adik Dinie Hanis, Dinie Nasuha, 19 juga maut di lokasi. Mereka berasal dari Gau, Temerloh.

Menurut tunang arwah, Mohamad Alif yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), segala persiapan perkahwinan sudah siap dan kedua-dua keluarga hanya menanti hari bersejarah itu.

“Kami sangat rapat dan sama-sama membuat persiapan majlis bersama keluarga. Arwah memang teruja menantikan hari perkahwinan kami.

“Saya menerima panggilan daripada adik yang memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan. Beberapa minit kemudian, saya dimaklumkan bahawa tunang saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Belum Sempat Bergelar Isteri, Dinie Hanis Terkorban Dalam Kemalangan Tragis

Menurutnya, ketika menerima berita itu, dia dalam perjalanan dan terperangkap dalam kesesakan di Plaza Tol Gombak selepas mula bercuti untuk majlis perkahwinan mereka.

Ads

Beliau berkata, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang peramah, rajin bekerja dan sentiasa membantu keluarga mencari rezeki sejak bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

“Arwah dan adik-beradiknya kuat bekerja serta berniaga untuk membantu ibu mereka. Itulah antara sifat yang paling saya kagumi pada dirinya,” katanya.

Mohamad Alif berkata, antara kenangan terakhir yang tidak dapat dilupakan ialah apabila Allahyarham pulang dari Kelantan dua hari sebelum kejadian dan sempat membelikan selendang untuk dipakai ibunya pada majlis perkahwinan mereka.

Belum Sempat Bergelar Isteri, Dinie Hanis Terkorban Dalam Kemalangan Tragis

Katanya, dalam perbualan terakhir beberapa hari lalu, mereka masih berbincang mengenai persiapan majlis dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum hari pernikahan.

Ads

“Arwah sangat gembira kerana kami bercinta sejak di bangku sekolah dan akhirnya bakal disatukan sebagai suami isteri.

“Dia juga sangat teruja menjemput saudara-mara dan kenalan hadir ke majlis kami,” katanya.

Menurut anggota tentera itu, mereka bertemu bagi sesi mencuba pakaian pengantin yang bakal dipakai pada majlis pernikahan dan persandingan minggu depan.

“Arwah sangat gembira hari itu. Walaupun warna kegemarannya merah jambu, dia memilih pakaian pengantin berwarna putih dan kelihatan begitu teruja apabila mencubanya,” katanya.

Suasana bertambah hiba apabila Mohamad Alif sendiri mengimamkan solat jenazah Dinie Hanis sebelum pengebumian.

Ads

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, dua beradik dan seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta.

Anda mungkin berminat dengan

Katanya, MPV itu dalam perjalanan dari arah Bandar Jengka ke Temerloh memasuki lorong kanan ketika memotong sebuah motosikal dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Dua beradik terbabit maut di tempat kejadian dan pemandu satu lagi kereta dilaporkan parah.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dua-Beradik

Dua-Beradik Keluar Mencari Rezeki, Pulang Sebagai Jenazah

Cukup menyayat hati, hasrat dua-beradik untuk mencari rezeki dengan berniaga di Bandar Jengka tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan tragis di Jalan Besar Jengka 19.