Nak kulit cantik tak perlu pakai banyak skincare tetapi pastikan cuci muka setiap hari, inilah yang dikongsikan oleh Zahirah MacWilson.
Jadi kalau anda antara orang yang malas sangat nak cuci muka sebelum tidur, selepas ini kena ubah dan jadikan ini rutin.
Tip Kulit Cantik Zahirah MacWilson
Bukan sekadar cuci muka sahaja, selebihnya jom ikut tips yang dikongsi:
1. Gunakan ‘makeup remover’ terlebih dahulu
Cuci muka untuk menanggalkan kesan solekan dengan lebih bersih.
2. Cleansing oil
Walaupun kulit sensitif, pemilihan ‘cleansing oil’ yang sesuai mampu memberi hasil positif.
Ads
3. Cleansing balm
Digunakan sebagai tambahan bagi memastikan kotoran dan lebihan minyak benar-benar hilang. Zahirah dikatakan mengulang cuci menggunakan ‘cleansing balm’ sebanyak empat kali.
4. Cleanser
Langkah terakhir pencucian, penting untuk memastikan kulit bersih sepenuhnya dan kekal terhidrasi, terutamanya jika mengandungi asid hyaluronic.
Ads
5. Mask wajah
Penggunaan masker secara konsisten membantu memberi kelembapan tambahan tanpa menyebabkan iritasi, malah turut menjadi pilihan ahli keluarga.
Rutin empat kali cucian ini mungkin anda akan rasa agak banyak, namun hasilnya ternyata memuaskan apabila kulit kelihatan lebih berseri dan sihat. Bangun pagi, kulit rasa lembut dan lebih sihat dari biasa.
YB Syed Saddiq tak akan sekat impian Bella Astillah selepas berkahwin, “saya ada impian, tunang saya juga begitu. Terus mempamerkan sikap sebagai lelaki budiman, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dalam satu siaran podcast Lebih Masa yang dikendalikan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan memaklumkan dirinya tak akan menyekat sama sekali impian Bella Astillah sebagai wanita berkerjaya di masa depan.
Tidak adil sekat impian Bella kerana pendapatannya jauh lebih besar dari saya – Syed Saddiq
“Memang ada banyak perbincangan tentang masa depan. Tapi saya tak nak hanya saya seorang yang mengejar impian tetapi demi impian tersebut saya mengorbankan impian pasangan saya pula.
“That’s not right, that’s not fair. Saya tak naklah kerana mahu mengejar impian maka terkuburlah impian Bella kerana sebagai seorang wanita bekerjaya yang boleh dikatakan jauh lebih baik dari saya, jadi tidak adil. Sebab ada mengatakan selepas kami berkahwin, Bella tak boleh berlakon, tak boleh menyanyi, tak boleh ada di depan umum kecuali event-event rasmi. Saya tidak bersetuju.
“It’s not fair kerana impian saya, impian kamu perlu dikorbankan. Jadi dalam bab ini kejarlah impian kita. Saya lebih risau dengan kelantangan saya dalam politik akan menyekat kemaraan tunang (Bella) dalam mengejar impiannya.
Dalam pada itu, dirinya turut memaklumkan tidak sama sekali akan “mengajar” Bella cara berpolitik dan biarlah dirinya sahaja dalam dunia politik.
“Dia boleh ajar saya menari tapi saya tak akan ajar Bella cara berpolitik. Saya cuma ajar Bella bersukan kot. Tarik dia naik Gunung Kinabalu, siapa tahu gunung-gunung yang lain,”katanya.
Ditanya adakah Bella juga akan kekal lasak sepertinya menyertai pertandingan Ironman, jelas Syed Saddiq biarlah masa menentukan tetapi buat masa ini, dirinya bersama-sama dengan “anak i” (dirinya menyebut Ayden sebagai anaknya) yang mana kata YB Syed Saddiq, Ayden sudah boleh berenang sendiri dan agak kerap mengikuti sukan-sukan lasak yang lain.
Apa pun caranya berbicara, penuh kematangan, sentiasa memberi sokongan penuh termasuk mengatakan gaji Bella jauh lebih banyak darinya.
Gaji Bella buat show adalah lebih besar daripada gaji sebulan Ahli Parlimen. Kalau event seharian, bayaran lebih besar dari gaji MP 2-3 bulan makah dirinya turut menyebut kerjaya Bella jauh lebih baik darinya.
Sudah pasti, Allah menghadirkan insan yang lebih baik buat Bella selepas dirinya melalui episod duka dalam perkahwinan terdahulu dan didoakan agar pasangan ini melangkah ke alam perkahwinan dan kekal hingga ke syurga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Peminat francais Avatar The Last Airbender dikejutkan dengan berita kebocoran beberapa klip daripada filem animasi terbaharu The Legend of Aang: The Last Airbender, meskipun filem itu belum ditayangkan secara rasmi.
Lebih mengejutkan, kebocoran tersebut membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 26 tahun yang didakwa mengakses server kandungan media secara tidak sah sebelum memuat turun filem berkenaan dan memuat naik sebahagian klip ke media sosial.
Insiden melibatkan Avatar The Last Airbender ini mencetuskan perdebatan mengenai keselamatan digital dan ancaman kebocoran kandungan sebelum tayangan rasmi.
Menurut laporan, pihak berkuasa menerima aduan pada 16 April selepas beberapa sedutan filem Avatar The Last Airbender dikesan tersebar di platform media sosial.
Klip itu dilaporkan sudah beredar lebih awal di platform X dan menarik perhatian peminat seluruh dunia.
Bagi peminat setia Avatar The Last Airbender, kebocoran ini bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan kebimbangan terhadap spoiler besar sebelum filem ditayangkan Oktober nanti.
Apa yang lebih mengejutkan, suspek berjaya ditahan hanya sehari selepas laporan dibuat.
Pihak polis turut merampas beberapa peranti elektronik dan menemui salinan filem Avatar The Last Airbender dalam peranti miliknya.
Siasatan awal mendapati suspek memperoleh akses jarak jauh secara tidak sah ke server kandungan media sebelum memuat turun filem itu.
Kemudian, sebahagian rakaman dimuat naik ke internet.
Suspek kini disiasat kerana akses tanpa kebenaran terhadap bahan komputer.
Jika sabit kesalahan, dia boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga $50,000 (RM197,000) atau kedua-duanya sekali.
Kes ini sekali lagi menunjukkan isu cetak rompak digital kini semakin serius, terutama melibatkan produksi besar seperti Avatar The Last Airbender.
Menurut laporan Variety, studio Paramount yang menerbitkan Avatar The Last Airbender mengesahkan kebocoran itu tidak berpunca daripada sistem dalaman mereka.
Perkara ini sedikit melegakan peminat, namun pada masa sama menimbulkan persoalan bagaimana akses luar boleh berlaku.
Dalam era digital, satu kebocoran boleh beri kesan besar kepada promosi dan kutipan sesebuah filem.
Buat peminat lama, Avatar The Last Airbender bukan sekadar animasi biasa. Ia antara siri ikonik yang membesar bersama generasi 2000-an.
Kini The Legend of Aang menjadi antara filem animasi paling dinanti tahun ini. Lebih menarik, filem ini membawa semula dunia Aang dalam versi lebih matang dan sinematik.
Sebab itu kebocoran melibatkan Avatar The Last Airbender cepat menjadi berita besar.
Di media sosial, ramai peminat meluahkan kecewa apabila terpaksa mengelak spoiler yang mula berlegar. Ada yang meminta orang ramai tidak menyebarkan klip bocor demi menjaga pengalaman menonton.
Bagi sesetengah peminat, menunggu Avatar The Last Airbender di pawagam adalah sebahagian pengalaman yang mahu dinikmati tanpa spoiler.
Dan ramai setuju kebocoran sebegini merosakkan keterujaan.
Kes Avatar The Last Airbender ini juga membuka semula isu keselamatan digital dalam industri hiburan. Bagaimana filem yang belum siap edar boleh diakses? Bagaimana sistem boleh ditembusi?
Persoalan ini kini jadi perhatian. Terutama apabila industri hiburan semakin bergantung kepada server digital dan storan awan.
Apa yang berlaku kepada Avatar The Last Airbender bukan sekadar isu kebocoran filem. Ia kisah tentang keselamatan digital, hak cipta dan cabaran industri hiburan moden.
Apa pun, peminat tetap menantikan tayangan rasmi Oktober nanti. Mungkin kontroversi ini menjadikan keterujaan terhadap filem tersebut semakin tinggi.
Kalau ikuti perkembangan kisah rumahtangga artis wanita ini, konflik antara Betty Banafe dan bekas suaminya sudah 8 tahun berlarutan.
Menerusi perkongsian terkini, Betty mendedahkan tindakan bekas suaminya membawa pihak luar termasuk pakar psikiatri serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumahnya kerana mendakwa Betty mendera anak-anak dan orang gajinya.
Menurut Betty, keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan kepada dirinya, malah turut memberi kesan emosi kepada anak-anak yang terlibat.
Ini apa yang dikongsikan oleh Betty Banafe sendiri di media sosial miliknya kerana rasa terbeban dengan apa yang berlaku.
“Ada tak sesiapa yang pernah dengar atau menghadapi permasalah hampir sama, bila bekas suami kamu meroyan?
“Saya dah cukup sabar, tahun ke 8, naik turun mahkamah setiap bulan, dengan melayan karenah 17 kes fail saman yang dibuka termasuk 5 komital entah apa apa benda yang dikomitalkan tak ada kena mengena dengan perintah penjagaan sementara, hanya nak buat aku sibuk menjawab affidavit dan menjadi sangat alert dengan semangat jihad demi masa depan anak yang lebih selamat dan baik.
“Tak kasihan ke tengok anak-anak nak hadap conversation negative penuh toksik setiap kali berjumpa keluarga bekas suami setiap alternate minggu?
“Kenapa ya tak fokuskan sahaja kewangan, rancangan masa depan yang baik untuk anak-anak? Daripada buang duit berperang di mahkamah hanya nak rebut kuasa penuh hak jagaan tetapi kau tak boleh jaga anak, sebab bekas suami di America,” tulisnya.
Tulisnya lagi, satu van penuh wakil dengan pakar sikologi untuk anak-anak dan orang tua, buat soal selidik atas perkara penderaan? Akhirnya akui perwatakan mereka semua sangat positif dan tiada unsur unsur penderaan.
“Apa lagi usaha nak memburukkan reputation saya wahai bekas suami dan keluarganya? Cukup-cukup lah. Letih lah. Waktu cerai dulu, langsung saya tak minta nafkah mutaah, tak minta nafkah eddah mahupun nafkah harta sepencarian.
“Cukup-cukup lah, saya hanya nak berdamai cerai mencari ketenangan jiwa dan memperbaiki diri. Salah ke lagi?
“Wahai puan peguam, jadilah peguam yang boleh menasihati anak guam kerana Allah. Kalau saya salah awak tegur dgn baik. Bukan awak ambil peluang menekan kewangan saya dengan hantaran saman yang langsung tidak mengikuti sop yang sepatutnya.
“Procedures yang asal boleh, tak pasal-pasal saya kena buat semakan lah, lanjutan tempoh submission lah, stike off lah.
“Buang masa mahkamah lah. Satu kes makan 2 tahun ke 10 tahun pun tak mustahil. Anak saya dari umur 5 tahun dia melihat kami bercerai, sekarang sudah anak dara 13 tahun. Tak habis lagi perang.
Astagfirullah.
Agak berat bagi seorang ibu kepada dua anak ini untuk menghadap situasi begini, apa pun kita doakan yang baik-baik agar anak-anak Betty Banafe dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan emosi dan mentalnya.
Hari ini tular keputusan dari Mahkamah Tinggi tentang Datin Seri Rosmah Mansor dapat penangguhan pelaksanaan bersyarat bagi pembayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan.