Masalah rumah tangga ‘akan datang’ bila ada ‘orang lain’ dalam hidup suami isteri. Kadangkala, hubungan antara suami dan isteri berada dalam keadaan baik, tanpa sebarang masalah. Namun, konflik boleh timbul apabila terdapat “orang lain” yang mencampuri urusan rumah tangga mereka.
Masalah Rumah Tangga ‘Akan Datang’ Bila Ada ‘Orang Lain’ Dalam Hidup Suami Isteri
Kita tak pernah jemput orang lain dalam rumah tangga, tetapi kalau Allah nak bagi ujian tetap kena hadap dan bersabar. Nak-nak pula kalau ‘orang lain’ yang muncul itu memang golongan tersayang dalam keluarga.
Bukan senang nak jaga hubungan suami isteri. Dan lagi berbisa andai orang asing itu adalah PENGACAU RUMAH TANGGA. Jangan cepat melatah, perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Siapakah yang boleh dikategorikan sebagai “orang lain” dalam kehidupan suami isteri?
1. Mentua
Mentua berada di tangga pertama sebagai “orang lain” yang mempunyai kuasa besar dalam mencorakkan rumah tangga anak mereka. Ada mentua yang terlalu masuk campur sehingga setiap keputusan anak perlu mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Lebih merumitkan keadaan, ada mentua yang ingin mengetahui setiap perkara yang berlaku dalam rumah tangga anak mereka dan turut campur tangan dalam menyelesaikannya. Sikap ini sering kali menyebabkan menantu berasa kurang selesa, malah boleh mencetuskan perselisihan faham antara pasangan suami isteri.
2. Adik-Beradik
Selain mentua, adik-beradik juga boleh menjadi “orang lain” yang mengganggu keharmonian rumah tangga seseorang. Mereka yang terlalu mengambil tahu perihal rumah tangga adik, kakak, atau abang mereka berpotensi untuk campur tangan dengan niat tertentu.
Ada yang bersikap iri hati atau tidak menyukai pasangan adik-beradik mereka, lalu mencari peluang untuk memperbesarkan isu dan menimbulkan ketegangan. Sikap sebegini boleh menyebabkan pasangan kepada adik-beradik mereka berasa tertekan dan tidak selesa.
Ads
Seseorang yang sering mencampuri urusan rumah tangga orang lain kerana cemburu atau iri hati boleh dianggap sebagai individu yang menyedihkan kerana tidak mampu menerima kebahagiaan orang lain.
3. Orang Ketiga
Golongan ketiga ini adalah “orang lain” yang paling berbahaya dalam rumah tanggaâiaitu individu luar yang cuba mengganggu hubungan suami isteri dengan menagih kasih dan memadu asmara dengan salah seorang pasangan.
Kehadiran orang ketiga boleh menjauhkan suami atau isteri daripada pasangan mereka dan menyebabkan mereka lupa akan tanggungjawab dalam rumah tangga. Ada pasangan yang berjaya mengatasi cabaran ini, namun ada juga yang tewas dan akhirnya rumah tangga runtuh kerana kehadiran orang ketiga.
Cara Mengatasi Gangguan “Orang Lain”
Tiga jenis “orang lain” ini perlu dielakkan dan ditangani dengan penuh kebijaksanaan. Hal rumah tangga sebaiknya diselesaikan antara suami dan isteri tanpa melibatkan pihak luar. Jika terlalu banyak bercerita kepada orang lain, kita sebenarnya sedang membuka ruang untuk mereka masuk dan meretakkan hubungan rumah tangga kita.
Apabila diuji dalam rumah tangga, baik suami mahupun isteri perlu banyak bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian bersama. Jangan sesekali mendedahkan masalah rumah tangga kepada pihak luar kerana kita tidak tahu niat sebenar mereka.
Ads
Jika perlu, ambil masa untuk berjauhan seketika bagi meredakan keadaan. Namun, yang paling penting, sentiasa berbincang dengan pasangan untuk mencari titik persefahaman dan memastikan rumah tangga kekal harmoni.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kisah benar anak pukul ibu sebab nak duit, kini bapa remaja terbabit tampil membuat laporan polis. Malah, individu yang menyebarkan video itu juga telah meminta maaf dan memadamkan video itu dari akaun Facebooknya.
Semalam panas dengan satu video remaja dengan ibunya yang benar-benar meruntun jiwa, menimbulkan perasaan marah dan geram sejak petang semalam. Bermula dengan memukul, kemudian melempar kata kesat. Lagi teruk dia bertindak seperti itu disebabkan nak DUIT!
Ini antara dialog yang dimuatnaikkan dalam video tersebut…
âSakit lah bang long,sakit lah…â rayu ibunya tatkala dipukul.
Remaja itu kemudian mengangkat kerusi mengancam untuk menghempas kerusi itu ke tubuh ibunya sambil selepas itu menyebut perkataan lebam terhadap ibunya.
Nenek remaja itu hanya mampu mengungkapkan beberapa ayat termasuk âtumbuk muka nenekâ bagi membela si ibu.
Sementara itu, individu yang mendakwa menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas perbuatannya itu.
Pemilik akaun Facebook Jejaka Sereng dalam kenyataannya di laman sosial itu berkata, dia memohon maaf kepada pihak keluarga remaja berkenaan kerana memuat naik video itu kira-kira jam 6 petang, semalam.
“Assalamualaikum kehadapan keluarga Syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan (menularkan) video yang tidak sepatutnya saya postkan (muat naik) dilaman sosial facebook ini.
“Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.
“Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga Syukri,” katanya dalam kenyataan itu, empat jam selepas video berkenaan menjadi tular.
Pada kenyataan yang dimuat naik, Jejaka Sereng turut memberi komen bahawa dia memperoleh video berkenaan daripada rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja berkenaan.
“Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan. Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan). Rasa bersalah terhadap keluarganya kerana menviralkan. Maafkan atas apa yang berlaku,” katanya dalam komen itu.
Terdahulu, Jejaka Sereng memuat naik video berkenaan dengan menyatakan kes itu berkaitan seorang remaja bernama Syukri memukul ibunya dalam kejadian jam 9 pagi.
Dia juga menyatakan kejadian berlaku di sebuah rumah di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang, serta meminta netizen untuk kongsikan video itu kerana terdapat pihak yang sedang mencari remaja berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.
âPengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.
âKemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,â katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pengadu dan isteri pengadu enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.
Video remaja memukul ibunya itu tular di laman sosial sejak petang hari ini sehingga menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh empat jam dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kita tak selamanya muda dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan anak-anak. Sampai masa bila dah berusia kita nak hidup tenang-tenang dan tak perlu banyak fikir hal yang remeh temeh.
Begitulah bila dah berusia, tibalah masa untuk fikirkan diri sendiri dan pasangan saja. Anak-anak biarlah dengan kehidupan mereka.
Kena ingat, bila dah berusia dan umur pun meningkat, kita dan pasangan mahu nikmati hidup dengan lebih tenang bersama keluarga. Tak perlu nak bersusah payah fikir pasal anak sebab mereka ada haluan hidup bersama keluarga juga.
Pastinya masa kita berusia, anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita. Kini tiba giliran kita untuk kembali memikirkan tentang diri sendiri. Inilah cara yang boleh kita llaui hidup pada usia emas.
1. Lebih dekatkan diri kepada Allah dan luangkan waktu bersama pasangan kita. Berdoa dan bersyukur kerana salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.
2. Akan tiba masanya mahu berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan-jalanlah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, dengan mengagumi keindahan ciptaanNya.
3. Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Anak-anak sudah diberikan rezeki dan tanggungjawab masing-masing yang tidak kita fahami.
4. Adakan pertemuan pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan luangkan waktu bersama rakan-rakan lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu, sesering mungkin jalan-jalan, bersenang-senang dan nikmatilah hidup ini dengan penuh sukacita bersama teman-teman dan keluarga .
5. Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, iaitu : lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit dan mati.
Nasihat terbaik,
“Cari kawan yang seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti wang logam : depan lain belakang lain.
Mingguan Wanita : Begitulah putaran hidup, kita tak selamanya muda. Sampai masa akan âpergiâ. Selagi ada peluang, gunalah sebaiknya untuk kebaikan dan keberkatan. Bekalan ke âsanaâ.
Kahwin ramai, mungkin itulah yang seronok buat suami di luar sana dan paling tak suka didengari oleh isteri. Pantang sebut kahwin lain mahunya isteri mengamuk dan marah-marah.
Namun, kalau dah dikatakan jodoh dan ketentuanNya, kita kena terima dan paling penting suami kena bersikap adil, bertanggungjawab pada semua isteri.
Rupa-rupanya, satu rahsia yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus kalau nak kawin ramai ada caranya. Antara perkongsian daripadanya apabila ditanya tentang rahsia dan tip kahwin lebih daripada satu majlis ceramah agamanya.
Kahwin Ramai, Kalau Suami Mampu Dan Jangan Menunjuk
Soalan: Apakah rahsia ustaz boleh kahwin ramai. Boleh kongsi tip dengan kami?
Jawapan:
âKahwin bila kita mampu, jangan nak men menunjuk-nunjuk dan jangan menipu. Sebab dia isteri kita dan beritahu elok-elok. Contoh, kalau nak mudah, ambil gambar bakal isteri kedua dan tunjukkan pada isteri pertama.
âBagi no telefon pada isteri pertama hubungi dan minta berkawan selama 3 bulan. Dengan harapan, kalau bakal isteri kedua itu baik, boleh dijadikan madu.
âJangan marah dan jangan mengamuk, keputusan di tangan isteri pertama. Setuju atau tidak.
âSelepas 3 bulan, kalau isteri tak setuju, bagi gambar lain pula. Bila dah bagi gambar 2-3 orang dan isteri pertama berkawan, lama-lama dia akan terpikat dengan salah seorangnya.
Ini semua atas pengalaman ustaz Azhar Idrus sendiri.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...