Ads

Iman Troye Tak Kalut Nak Kahwin, Pengalaman Tengok Kawan Kena Cerai Masa Hamil Buatnya Hati-hati Pilih Pasangan

Iman Troye
Iman Troye

Kalau ramai perempuan memilih untuk kahwin dalam usia muda, berbeza dengan penyanyi Iman Troye atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 24, yang rasa belum cukup untuk mengenali diri sendiri hatinya belum terbuka lagi untuk memikirkan tentang perkahwinan.

Iman Troye Tak Kalut Nak Kahwin

Iman Troye Tak Kalut Nak Kahwin, Pengalaman Tengok Kawan Kena Cerai Masa Hamil Buatnya Hati-hati Pilih Pasangan

Bukan tidak berminat tetapi hubungan lalu yang pernah ‘terkandas’ menjadi sebahagian daripada pengalaman hidupnya.

“Saya anggap semuanya sebagai berkawan seperti biasa. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tak ada jodoh, maksudnya memang tak boleh diteruskan. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik di hadapan.

“Saya percaya dengan ketentuan Allah dan saya pun tak terlalu fikir tentang perkara itu. Benda ini antara perkara terakhir yang saya akan fikir. Perkara pertama yang saya kena fikir ialah kejayaan saya dahulu.

“Buat masa sekarang, target saya masih 30 tahun. Sebelum ini target saya selalu berubah. Ada masa saya rasa mungkin boleh berkahwin lebih awal, tetapi lama-lama saya fikir, rasanya 30 tahun masih sesuai,” katanya.

Iman Troye Tak Kalut Nak Kahwin, Pengalaman Tengok Kawan Kena Cerai Masa Hamil Buatnya Hati-hati Pilih Pasangan

Ads

Tidak terlalu terburu memikirkan soal pasangan, Iman juga mengakui perkahwinan adalah perkara besar dan tidak semua wanita bersedia melalui fasa tersebut.

“Saya sedar masih banyak perkara yang saya belum buat selain bekerja. Sebab itu saya rasa kalau nak berkahwin dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, saya takut sebab belum bersedia.

“Bukan sebab susah untuk mencari lelaki yang sempurna. Saya rasa semua lelaki itu sempurna, cuma kesempurnaan itu dilihat secara berbeza oleh setiap orang. Mungkin saya akan jumpa orang yang tepat pada masa yang tepat.

“Saya percaya kalau saya seorang yang baik, saya akan jumpa orang yang baik. Untuk saya jumpa lelaki yang baik, saya sendiri kena jadi orang yang baik,” katanya yang enggan memiliki jejaka yang bekerja dalam industri hiburan sebagai pasangan hidup.

Ads

Pengalaman Tengok Kawan Kena Cerai Masa Hamil Buatnya Hati-hati Pilih Pasangan

Iman Troye Tak Kalut Nak Kahwin, Pengalaman Tengok Kawan Kena Cerai Masa Hamil Buatnya Hati-hati Pilih Pasangan

Bukan itu sahaja, pengalaman lalu melihat rakan terdekat melalui fasa berkahwinan yang mengerikan membuatkan Iman berhati-hati dalam menilai calon pasangan.

“Beberapa Orang kawan saya pernah bercerai atau ditinggalkan ketika sedang hamil. Saya sendiri pernah bawa mereka balik ke rumah dan bantu ambil barang-barang mereka. Jadi saya dapat lihat sendiri keadaan itu.

“Dunia dulu dan sekarang berbeza. Kita tak boleh tahu isi hati seseorang kerana manusia boleh berubah. Sebab itulah saya rasa perkara seperti perkahwinan memerlukan masa. Saya tak boleh terlalu memaksa keadaan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya kena tengok apa yang ada di depan kerana Allah itu susunannya cantik. Sebab itu saya selalu ingatkan diri sendiri, tak apa kalau sunyi, tak apa kalau sedih dan bersendirian,” katanya.

Begitulah, kalau bab perkahwinan kita tidak boleh ambil mudah. Kena ambil masa dan kenali bakal imam itu sebaiknya. Bukan nak hidup sehari dua tetapi sampai hujung nyawa, maka biarlah kenali haati budi masing-masing.

Abaikan kata-kata orang sekeliling dan buatlah apa yang kita suka. Jodoh maut itu urusan Allah, selebihnya kita usaha dan doa yang baik-baik.

Gambar: Iman Troye

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Suami Mahu Sebar Video Intim

Suami Mahu Sebar Video Intim, Peguam Syarie Dedah Isteri PJJ Diperas...

Peguam syarie dedah kisah isteri PJJ yang diperas RM3,000 oleh suami dengan ancaman menyebarkan video intim, malah turut diugut untuk membunuh anak-anak.