Ads

Peguam Syarie Dedah Bapa Kantoi Sorok Slip Gaji, Pendapatan RM12,000 Sebulan Tapi Nafkah 2 Anak RM400 Saja

nafkah anak

Peguam syarie dedah bapa kantoi slip gaji, pendapatan RM12,000 sebulan tapi nafkah 2 anak RM400 saja.

Bapa kantoi sorok elaun & bonus, gaji hamoir RM12,000 sebulan tapi nak bayar nafkah anak  2 anak RM400.

Nafkah anak sepatutnya ditentukan berdasarkan kemampuan sebenar seorang bapa. Namun, ada bapa yang culas dalam menunaikan nafkah sanggup menyembunyikan pendapatan sebenar yang mencecah lima angka sebulan kerana mahu membayar nafkah dua orang anak pada kadar yang rendah, iaitu hanya RM400 sebulan.

Perkara ini dikongsikan oleh Peguam Syarie, Tuan Fahmi Ramli mengenai satu kes tuntutan nafkah anak yang pernah dikendalikannya melibatkan seorang bapa yang bekerja sebagai pegawai kanan di sebuah syarikat multinasional.

nafkah anak
Peguam syarie, Tuan Fahmi Ramli berkongsi ada bapa yang sengaja elak nak bayar nakah anak dengan jumlah sesuai ikut masa kini

Bapa tersebut menyatakan di mahkamah bahawa dia hanya mampu membayar nafkah sebanyak RM400 sebulan untuk dua orang anaknya.

Bapa culas ini memberikan alasan keadaan ekonomi yang tidak menentu, komitmen bulanan yang tinggi, manakala gaji bersih yang diterima pula kecil selepas ditolak cukai dan hutang.

Ads

Malah, dia turut mengemukakan slip gaji asas yang menunjukkan jumlah potongan yang banyak. Sekali pandang, memang nampak seolah-olah bapa ini kurang berkemampuan untuk membayar nafkah lebih tinggi.

Namun, Fahmi yang sudah biasa mengendalikan kes melibatkan golongan profesional tidak hanya melihat kepada slip gaji asas yang dikemukakan.

Fahmi yang mewakili pihak ibu kemudian memohon kepada mahkamah untuk pengeluaran subpoena, iaitu perintah kehadiran atau pengemukaan dokumen, terus kepada Jabatan Sumber Manusia (HR) syarikat tempat bapa itu bekerja.

Elaun Dan Bonus Akhirnya Terbongkar

Hasilnya, pendapatan sebenar bapa ini akhirnya terbongkar di mahkamah.

Ads

Rupa-rupanya, dia menerima elaun kenderaan, elaun keraian dan elaun kehadiran luar negara yang tidak dimasukkan dalam slip gaji asas bulanan yang diserahkan pada peringkat awal.

Bukan itu sahaja, rekod syarikat turut membuktikan dia menerima bonus prestasi berkala sekitar tiga hingga empat bulan gaji pada setiap hujung tahun.

Penyata KWSP dan LHDN pula menunjukkan trend caruman berdasarkan pendapatan kasarnya yang sebenarnya menghampiri RM12,000 sebulan.

Jumlah tersebut nyata jauh berbeza daripada gambaran awal yang ditunjukkan melalui slip gaji asas ketika bapa ini menyatakan hanya mampu membayar RM400 sebulan untuk nafkah dua orang anaknya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads
nafkah anak
Berjawatan tinggi tapi kantoi menipu slip gaji sebab nak bayar nafkah anak rendah
Nafkah Anak Dinilai Berdasarkan Kemampuan Sebenar

Menurut Fahmi, Mahkamah Syariah menilai tuntutan nafkah berdasarkan kemampuan sebenar seorang bapa dan bukan sekadar ‘gaji bersih’ yang dikecilkan melalui potongan pinjaman peribadi.

Hasil pembuktian dokumen yang teliti serta hujah yang dikemukakan, mahkamah akhirnya memerintahkan jumlah nafkah anak yang jauh lebih adil dan selari dengan gaya hidup asal anak-anak tersebut, termasuk kos perlindungan insurans perubatan mereka.

Berkongsi pengalaman sepanjang 10 tahun beramal sebagai Peguam Syarie, Fahmi menjelaskan bahawa isu nafkah anak bagi golongan profesional bukan sekadar soal emosi atau pertelingkahan antara bekas pasangan.

Sebaliknya, angka dan dokumen kewangan memainkan peranan penting dalam menunjukkan kemampuan sebenar seorang bapa untuk menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Kes ini menjadi pengajaran bahawa dalam soal nafkah, kebajikan dan keperluan anak-anak perlu menjadi keutamaan. Jumlah nafkah juga perlu mengambil kira kemampuan sebenar seorang bapa, bukan sekadar jumlah gaji bersih yang ditunjukkan pada slip gaji.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Nadratulliyana

Nadratulliyana Harumkan Nama Malaysia, Raih Medal For Excellence Dalam Bidang Fashion...

Tumpang gembira dengan kejayaan tangan emas milik Nadratulliyana Binti Ab Malek, wakil Malaysia dalam bidang Fashion Technology di WorldSkills Shanghai 2026.