
Nur Jannatul Sofea Rusdi masih bersemangat tinggi untuk sambung belajar walau hanya berbekalkan sebuah bagasi yang disedekah seorang penyumbang.
Ini kisah seorang gadis dari Kampung Pantai Geting yang hidupnya tidak mewah, hanya mampu menyediakan beberapa helai pakaian dan kelengkapan diri sahaja untuk ke sebuah universiti.
Perlukan Komputer Riba Nak Sambung Belajar Ke UiTM
Tidaklah meminta lebih, namun Nur Jannatul Sofea, 20, membuat persiapan ala kadar sahaja termasuk tanpa komputer riba yang sepatutnya menjadi kelengkapan utama untuk mengikuti jurusan ukur bangunan yang diterimanya.

Nur Jannatul Sofea berkata, beliau baru sahaja menjelaskan yuran pendaftaran sebanyak RM798 yang diterima dari Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) manakala tarikh lapor diri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pula hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 23 September ini.
“Sebelum ini saya hampir menolak tawaran pengajian ini atas permintaan ibu bapa kerana memang habis ikhtiar mencari wang untuk keperluan saya ke universiti.
“Namun hasil nasihat sanak saudara serta jiran tetangga yang mendesak kami menerima tawaran demi masa depan, saya akur dan mereka juga memberi sedekah sedikit sebanyak bagi meringankan beban kami.
“Bagaimanapun masih banyak lagi diperlukan untuk persediaan kelengkapan lain terutama komputer riba serta perbelanjaan saya di sana nanti,” katanya.
Nur Jannatul Sofea Anak Harapan Untuk Ubah Nasib Keluarga

Anak keenam dari tujuh beradik itu berkata, impiannya untuk menjejakkan kaki ke menara gading sangat tinggi kerana dia satu-satunya anak yang mampu melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Harapan menggunung turut diletakkan oleh kedua ibu bapanya, Rusdi Amjah, 63, dan Hasnah Salleh, 58, yang mengharapkan anak mereka dapat mengubah kehidupan mereka suatu hari nanti.

Menurut Hasnah menerusi portal Harian Metro, bukan mereka tidak membuat persediaan jika ada anak yang dapat melanjutkan pengajian suatu hari nanti, namun pendapatan yang diterima suaminya yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak mampu untuk dijadikan simpanan.
Anda mungkin berminat dengan
“Pendapatan suami tak menentu dan ada juga dibantu seorang lagi anak yang bekerja sebagai pencari besi buruk tapi hanya sekadar mampu untuk kelangsungan hidup saja, sebab itulah saya meminta Sofea menolak tawaran pengajian kerana memang tidak mampu.
“Tapi sanak saudara serta jiran tetangga menasihati supaya diterima tawaran itu malah mereka juga memberi sedekah sedikit sebanyak namun yang menjadi kebimbangan kami adalah kos untuk penyediaan barangan lain terutama komputer riba serta perbelanjaan menghantar Sofea ke Shah Alam nanti.
“Kami terpaksa menyewa kereta memandangkan tiada kenderaan dan mungkin akan pergi ke sana (Shah Alam) tanpa bermalam kerana tiada saudara-mara untuk menumpang selain wang untuk menyewa tempat penginapan” katanya.
Bagi yang ingin membantu, boleh menghubungi Nur Jannatul Sofea di talian 0137523167 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya iaitu 0301741100078865.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

