Buat mak ayah yang pertama kali hantar anak ke sekolah, tak kiralah tabika, tadika atau tahun satu sekolah rendah, tentu risau untuk melepaskan mereka. Maklum sajalah, sebelum ini semuanya di bawah kawalan mak ayah.
Begitulah yang bermain di fikiran mak ayah. Risau takut anak tak mampu berdikari dan macam mana makan minum dan nak ke tandas. Semuanya ada dalam fikiran mak ayah. Sedangkan semua ini adalah satu pembelajaran yang baru untuk anak pertama kali masuk sekolah.
Anak menangis tak nak masuk kelas, menjerit dan sebagainya, mak ayah tak perlu risau, tahulah cikgu nak kawal semua itu. Tapi ada satu lagi peringatan untuk mak ayah yang perlu ambil tahu. Ikuti perkongsian ini.
( Khusus buat mak ayah yang anak nak masuk tadika )
1. Jangan beli barang mahal. Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk.
2. Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dapat belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna.
3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yang betul.Nak buka zip khususnya….tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye, berjam nak buka tali pinggang nanti.
4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah.
5. Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah.
6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan.
7. Potong kuku anak, nanti dia cakar cikgu bila meronta nak balik.
Ads
8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya .Kalau hilang,.pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari.
9. Ajar anak jangan lap mulut pada lengan baju sekolah. Kalau mak rajin sental, tak apa.
10. . Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap.
Lepas anak masuk kelas, sila balik. Kena percaya pada cikgu dan anak.Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah.
11. Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan. Cikgu tak ada masa nak jawab. Jangan minta suruh post gambar anak. (Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama)
12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy!
13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak. Bukan adik abang manja lela segala.
14. Pesan pada anak….banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah. Nanti cikgu tukar jadi gorilla.
15. Google tarikh persekolahan 2020.
Ads
Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale lazada.
16. Jangan malu atau segan untuk follow up tentan anak dengan cikgu. Nak tanya, whatsapp terus cikgu pada masa sesuai.
17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya.
18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu.Jjika betul-betul sakit minta sijil sakit pada doktor (jika perlu)
19. Jemput anak pada masa yang tepat.
Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik.
20. No toys… No barang kemas…Hilang cikgu tak wajib cari dan jangan whatsapp cikgu suruh cari.
21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah.
Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari )
22. Jangan tolong cari kasut anak.
Ads
Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri.
Mingguan Wanita : Debaran memang terasa buat mak ayah terutamanya anak pertama yang baru nak masuk sekolah. Jangan riau.semua ini untuk pembelajaran suapaya anak mampu berdikari. Lama-lama anak pun biasalah tu.
Kredit: Bawang Channel
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Lumrah bila jadi mak, automatik akan ada sikap suka membebel. Bebelan pada anak-anak yang macam-macam ragamnya. Itulah yang selalu orang cakap, anak tengah membesar kan, ada saja buat mak nak marah.
Kadang-kadang, boleh hilang rasa malu mak-mak bila nak marah pada anak-anak. Tapi, marah setakat itu sahajalah, lepas daripada itu, kehidupan kembali normal. Boleh pula usik mengusik dengan anak-anak.
Bebelan mak-mak ini juga boleh membuatkan anak-anak akan ingat. Tak mustahil, anak kejayaan anak-anak kerana sikap mak yang suka membebel, sampaikan anak itu ingat sampai dewasa.
Ada tak mak-mak yang tidak suka membebel. Boleh kira berapa ramai ye. Pelik juga kalau mak-mak tak membebel. Mungkin diganti dengan ayahnya pula. Begitulah hidup berumah tangga dalam mebesarkan anak-anak.
Perkongsian daripada Rohana Saad ini cukup menarik. Realiti kehidupan mak-mak sekarang. Menjerit, membebel itulah menjadi kenangan dan ingat buat anak-anak.
Dulu masa anak dara, bila tenguk makcik-makcik jiran marah anak selalu kita terfikir tak malu ke jerit-jerit marah anak sampai di dengari jiran sekeliling. Rumah jiran depan bunyi macam Komando.
Jiran sebelah macam Kapten. Jiran belakang serupa Leftenen. Setelah masa
berlalu dan kita pulak dah ada anak, mereka semua kalah. Kita lagi hebat rupanya, semua pangkat kita tapau!!. Ada baca artikel, Mak-mak membebel punca anak berjaya. Jadi, beruntung anak-anak yang ada mak yang suka membebel. Bila anak-anak dah dewasa, mereka akan rindu saat maknya memetir.
Berubah Selepas Kahwin
Sebelum kahwin, kita ni memang gadis lemah lembut dan cukup bersopan santun. Tapi bila dah beranak pinak, kita yang basuh berak anak, kemas rumah, masak, basuh baju bagai, merangkap jadi cikgu sekali, hilanglah lemah lembut sopan santunnya dan dah tukar jadi Tarzan.
Kehidupan kita yang semua benda kita nak kena urus sendiri, tak sama dengan mereka yang ada helper. Mereka cuma fokus ngadap anak je.Tak mampu kita nak berlembut tegur anak macam retis.
Penat tak sama, emosi tak sama, perangai anak pun tak sama. Semua tak sama, so tak payah compare hidup kita dengan hidup selebriti di luar sana. Syukur aje. ALLAH tahu struggle kita macam mana.
Masa anak seorang, kita masih lemah gemalai lagi. Masuk anak dua, tiga, empat, lima dan seterusnya kita dah tak sempat gemalai. Anak cakap “ibu garang macam dinosaur”. Mahu taknya, baru kemas mainan tak sampai 5 minit dah sepah.
Baju yang lipat dah susun cantik jadi berkencah. Bukan setakat boleh jadi Pontianak Harum Sundal Malam, jadi sister ngesot kak Limah tak jumpa rumah pun boleh!. Kita kerja, balik rumah kita sambung kerja lagi mana tak macam mak lampir sekali menjerit.
Lain orang lain rezeki yang penting anak-anak membesar dengan elok. Mak ayah kita dulu pun tak adanya berlembut 24 jam. Alhamdulillah kita jadi orang. Jadi kita kekalkan sajalah tradisi tu, mana boleh kita pecah tradisi tu kan?
MW: Jangan hairanlah bila ‘mak ko dah bertukar jadi hijau’. Adalah yang menyebabkan mak-mak jadi begitu. Tpi, semua ini untuk kebaikan anak-anak juga.
Perasan tak, ada masa tertentu anak nampak terlalu hyperaktif. Bagi nasihat dan marah pun tak ‘makan saman’. Ada saja yang mak-mak naik angin.
Kadang-kadang terfikir juga kenapa anak boleh hyperaktif tiba-tiba. Sedangkan sebelum ini ok saja, masih mampu dikawal. Ada masanya pula siap bergaduh dengan adik beradik yang lain.
Mak-mak terfikir tak, apa yang mereka makan dan apa yang telah mak ayah beri pada dia. Mungkin kita rasa makanan dan minuman yang biasa-biasa diambil.
Rupanya, ada makanan dan minuman yang anak makan atau mak ayah beri ini mengandungi maltodextin yang lkita sendiri tanpa sedar ada dalam makanan yang biasa kita bagi.
Apa yang dikatakan dengan maltodextrin ini. Dr Mazliana Mazlan ada kupasannya.
Tak sangka, dalam aiskrim vanila pun ada maltodextrin. Waktu saya baru nak ambil tahu pasal pemakanan sihat, sibuk betul belek label makanan ini minuman itu. Lepas tu terkejut sendiri dengan bahan ramuan makanan yang biasa dimakan sebelum ni.
Maltodextrin ni pengganti gula, walau nama tak nampak macam gula langsung pun.
Asalnya dari kentang, jagung dan gandum. Semua ni datang dari sumber GMO (Genetically Modified Organism) dan sangat tinggi proses.
Kesan buruknya bila anak makan, lebih dua kali ganda dari gula biasa. Mencanak-canak naik gula dalam darah tau. Sangat tak sesuai untuk orang dewasa yang ada kencing manis atau penyakit metabolik lain.
Glycemic index untuk gula putih, baru 60-70 je. Tapi maltodextrin sampai 110.
Sebab tu kita kena elak, terutama dari anak-anak kecil kesayangan kita, yang baru nak kenal makanan tu.
Bila gula tinggi, akan tinggi jugak radang pada badan anak. Banyak penyakit akan mula timbul bila anak meningkat dewasa. Antaranya, obesiti.
Anak-anak suka makan ni.
Ini sup cendawan segera masuk air dan serbuk, siap sup cendawan.
Kandungan nya dalam aiskrim.
Limitkan Untuk Anak
Gula biasa pun kita dah cuba limit dari anak, apatah lagi maltodextrin ni. Banyak sangat makanan ultra processed yang ada kandungan maltodextrin. Cuma kita je tak perasan, sebab tulisan bahan ramuan biasanya halus mulus sangat sampai tak terbaca kan.
Kadang anak terlebih hyperaktif.
Kadang anak selera sungguh makan apa saja sampai berat badan bertambah.
Kadang lama betul sakit anak tak baik-baik.
Perhatikan semula, makan minum apa yang kita beri pada anak. Belek balik label, mungkin ada jugak kandungan maltodextrin dalam makan minum anak kita.
Cuba elak sebaiknya makan minum anak dari maltodextrin. Banyak kesan jangka masa panjang, yang kita dapat ubah kalau bertindak sekarang, insya Allah.
Sama-sama kita cuba untuk sediakan pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak dan keluarga.
Potato chips yang mungkin jadi kegemaran anak kita.
Minuman kesukaan anak-anak.
Susu formula.
Mingguan Wanita : Patutlah, ingatkan makan coklat atau jajan anak jadi hyperaktif tapi makanan seharian juga pun ada pengganti gula ini.
Penurunan kadar kelahiran bayi yang semakin membimbangkan boleh mempengaruhi masa depan sesebuah negara. Pelbagai insentif menarik ditawarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penambahan populasi dalam negara.Selain China dan Singapura berdepan dengan krisis ini, negara Hungary juga tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama.
Pengecualian Cukai Pendapatan Seumur Hidup
Terbaru, kerajaan Hungary telah mengumumkan berita baik buat wanita Hungary yang mempunyai empat orang anak atau lebih akan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan seumur hidup, umum Perdana Menteri Viktor Orban. Ia sehubungan rancangan kerajaan untuk menggalakkan kelahiran di negara itu.
Menurut Orban, ia merupakan langkah mempertahankan masa depan Hungary tanpa bergantung kepada golongan imigran/warga asing.
Populasi Hungary dikatakan menurun 32,000 orang setiap tahun dan wanita di negara itu mempunyai jumlah anak yang sedikit berbanding negara Kesatuan Eropah (EU) lain.
Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban Kredit Foto: AP: Szilard Koszticsak
Pinjaman Tanpa Faedah
Selain langkah pengecualian cukai, pasangan muda juga akan ditawarkan pinjaman tanpa faedah yang akan dibatalkan apabila mereka memiliki tiga orang anak.
Rancangan Kerajaan Menggalakkan Kelahiran
Dalam ucapan rasmi kepada rakyat, Orban turut mengumumkan beberapa langkah menggalakkan penambahan populasi termasuk membina 21,000 nurseri kanak-kanak dalam tempoh tiga tahun, tambahan dana untuk sistem kesihatan negara, bantuan kerajaan negeri bagi pembelian kenderaan 7 tempat duduk dan juga subsidi perumahan.
MW: Setiap kelahiran anak pasti ada rezekinya yang tersendiri.Tak rugi beranak ramai banyak kelebihannya. Namun pastikan, kita besarkan anak-anak sebaiknya, cukupkan keperluan dan kasih sayang buat mereka.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...