Rupanya dengan menggantung arang dan letak di tepi sangkar berkesan dalam membantu menyerap bau busuk najis kucing. Bukan apa jika membela kucing di dalam rumah, biasanya memang akan menyebabkan rumah berbau busuk dengan najis kucing. Walaupun dah gunakan macam-macam pewangi dan cara untuk hilangkan bau tersebut.

Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Mohd Fadli ini sebagai panduan.

Salah satu cabaran apabila memelihara kucing di dalam rumah adalah bau najisnya yang kuat. Jika tidak kena cara pengurusannya, boleh semerbak satu rumah. Maka disebabkan itulah, ada antara pencinta kucing yang memilih untuk memelihara haiwan tersebut di luar kediaman mereka. Pun begitu, berbeza ceritanya jika anda tinggal di kediaman bertingkat atau tiada halaman seperti apartment ataupun flat.

Dengan kos sekitar RM4 hingga RM6 sahaja, anda sudah boleh mencipta penyerap bau sendiri untuk menghapuskan ‘aroma’ najis kucing peliharaan anda.

Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.

Bahan-Bahan Diperlukan:

Arang
Botol Air Mineral Besar
Kain Kasa/Tisu
Penebuk Lubang/pisau 

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing).

Gantung Bahan Ni Letak Tepi Sangkar, Berkesan Serap Bau Najis Kucing!

IKLAN

Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).

Gantung Bahan Ni Letak Tepi Sangkar, Berkesan Serap Bau Najis Kucing!

Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.

Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.

IKLAN

Gantung Bahan Ni Letak Tepi Sangkar, Berkesan Serap Bau Najis Kucing!

Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Kucing Stres Jadi Punca Penyakit FIP, Wanita Ini Kongsi Ubat Rawat Si Bulus!

IKLAN

Sayangkan Kucing, Nak Dia Sihat Kena Beri Makanan Berasaskan Daging!

Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada bela kucing di rumah, boleh gantung arang ni di sangkar atau berhampiran litterbox kucing tu bagi menghilangkan bau.

Sumber: Mohd Fadli

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI