Ads

Wanita Ini Kongsi Tip Menabung, Tak Usik Duit Saving Semata-mata Nak Beli Bukan Keperluan

Tip Menabung
Tip Menabung

Bukan senang nak dapat duit kepok-kepok, jadi anda kena tahu tip menabung yang mudahkan anda dapat beli sesuatu dan pergi mengejar impian.

Seperti yang dikongsi oleh Gerobox Sis, dia mula menabung pun dengan jumlah yang tidak banyak. Tetapi hasilnya sangat lumayan dan akhirnya dapat ‘beranakkan’ duit itu menjadi lebih banyak dengan konsisten menyimpan.

Wanita Ini Kongsi Tip Menabung

Wanita Ini Kongsi Tip Menabung, Tak Usik Duit Saving Semata-mata Nak Beli Bukan Keperluan

Macam mana caranya, jemput baca dan boleh amalkan perlahan-lahan dalam kehidupan harian.

Saya memang suka menabung sedari dulu. Dulu tabung saya cuma berisi duit RM5 dan RM20. Nampak kecil, tapi di situlah saya belajar tentang disiplin dan sabar.

Kalau saya nak sesuatu, saya menabung.
Kalau saya nak tunaikan kehendak, saya menabung.
Kalau nak travel pun, saya menabung.

Dan satu perkara yang saya pegang sampai hari ini — saya tak akan usik duit saving semata-mata untuk membeli sesuatu yang bukan keperluan.

Saya sangat takut untuk tersilap lagi. Untuk bayar segala komitmen kedai setiap awal bulan pun, saya akan asingkan duit daripada pendapatan setiap hari. Sebab komitmen kedai saya bukan kecil. Jadi saya belajar untuk menyediakan semuanya lebih awal, bukan menunggu sampai hujung bulan baru kelam-kabut mencari.

Ads

Wanita Ini Kongsi Tip Menabung, Tak Usik Duit Saving Semata-mata Nak Beli Bukan Keperluan

Saya pernah melalui fasa di mana bila ada duit, semuanya saya rasa nak habiskan.

Dalam kepala saya waktu itu, “Esok dapat lagi.”
Tapi rupanya itulah antara kesilapan terbesar saya.
Hidup tanpa disiplin kewangan akhirnya akan buat hidup kita sendiri huru-hara.

Menghabiskan apa yang ada hanya kerana mengikut kehendak hati, sedangkan kita belum tahu apa yang akan berlaku esok, adalah satu kesilapan yang besar.

Jangan kata, “Kalau dah cukup-cukup makan, macam mana nak menyimpan?”

Ads

Percayalah… semuanya bermula daripada kehendak dan hati kita sendiri.

Saya pun pernah berada di bawah. Pernah merasai susahnya bila kita tidak mempunyai simpanan. Sebab itu hari ini saya memilih untuk belajar daripada kesilapan yang lalu.

Tak Usik Duit Saving Semata-mata Nak Beli Bukan Keperluan

Wanita Ini Kongsi Tip Menabung, Tak Usik Duit Saving Semata-mata Nak Beli Bukan Keperluan

Tak perlu tunggu gaji besar untuk mula menabung. RM5 pun boleh. RM20 pun boleh.

Yang penting bukan berapa banyak kita simpan, tetapi sejauh mana kita mampu mendisiplinkan diri untuk tidak menyentuhnya.

Dan satu lagi perkara yang saya sangat pegang:
FIRST THING — ELAKKAN BERHUTANG ❌

Ads

Kalau terpaksa berhutang, paksa diri untuk selesaikan hutang terlebih dahulu sebelum mengejar kehendak yang lain.

Anda mungkin berminat dengan

Sebab hutang ni macam virus, masuk perlahan-lahan, kita tak sedar, tapi lama-lama boleh mengganggu seluruh kehidupan.

Belajarlah hidup ikut kemampuan.
Belajarlah bezakan keperluan dan kehendak.

Dan paling penting, jangan hidup hari ini sampai mengorbankan ketenangan kita untuk hari esok. Saya bukan bijak dari awal. Saya cuma pernah tersilap, pernah jatuh, pernah susah dan saya memilih untuk belajar daripada semuanya.

Jadi  buat anda yang masih belum mulakan sikap menabung, teruskan hari ini walau jumlahnya kecil. Yang penting berani mulakan!

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Anak Muda Kahwin

Anak Muda Kahwin Dengan Orang Berusia, Jangan Kutuk Tapi Anggaplah Jodoh

Ramai kutuk bila nampak anak muda kahwin dengan orang dah berusia. Tak perlulah begitu, itu rezeki dia dan macam kita tahu yang urusan jodoh itu ketentuan Ilahi.