Ads

Penuntut UiTM Berjalan 10KM & Bawa Beban 5KG, Adam Berjaya Sampai Ke Garisan Penamat Sebelum Pengsan

Penuntut UiTM
Penuntut UiTM

Rupanya ada seorang penuntut UiTM (Universiti Teknologi Mara) sempat menamatkan acara Jalan Lasak pada minit ke-49 sebelum pengsan di garisan penamat ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di UiTM Jengka.

Penuntut UiTM Berjalan 10KM & Bawa Beban 5KG

Penuntut UiTM Berjalan 10KM & Bawa Beban 5KG, Adam Berjaya Sampai Ke Garisan Penamat Sebelum Pengsan

Menerusi portal Kosmo!, bapa penuntut berkenaan, Suzaini Abdullah, 46, berkata, anaknya, Muhammad Adam Azfar, 20, yang juga penuntut Diploma Perakaunan UiTM Segamat, Johor tiba di garisan penamat sebagai peserta pertama dalam kumpulannya sebelum tiba-tiba pengsan.

“Adam berjaya sampai ke garisan penamat pada minit ke-49 sebelum dia pengsan.

“Selepas itu dia dibawa ke Pusat Kesihatan UiTM sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Jengka,”katanya.

Ads

Suzaini berkata, difahamkan KKEC merupakan pertandingan secara berkumpulan yang membabitkan empat kategori termasuk Mountain Bike dan Jalan Lasak.

Penuntut UiTM Berjalan 10KM & Bawa Beban 5KG, Adam Berjaya Sampai Ke Garisan Penamat Sebelum Pengsan

Tambahnya, bagi acara Jalan Lasak, setiap kumpulan disertai enam peserta dan mereka perlu menyelesaikan laluan lebih 10 kilometer dengan membawa beban seberat kira-kira lima kilogram setiap seorang.

Ads

Katanya, Adam yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu juga pernah menyertai program sama tahun lalu dan tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.

Adam Berjaya Sampai Ke Garisan Penamat Sebelum Pengsan

Penuntut UiTM Berjalan 10KM & Bawa Beban 5KG, Adam Berjaya Sampai Ke Garisan Penamat Sebelum Pengsan

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Berdasarkan maklumat terkini di HOSHAS, Liya Zafirah Muhammad daripada cawangan Perak masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), manakala Meor Aqil Wildan daripada cawangan Perlis turut berada dalam pemantauan rapi di hospital sama.

Lima lagi pelajar di Hospital Jengka ialah Nur Nabihah Musyidah Md Nasri (cawangan Johor Kampus Segamat), Nur Alia Farhana Abdul Fattah (cawangan Pahang Kampus Jengka), Muhamad Adam Azfar Suzaini dan Muhammad Anas Shahrul Nizat (cawangan Johor), serta Izzharith Zafran Muhammad Zulkarnain (cawangan Pahang).

UiTM memberikan jaminan berterusan untuk berhubung rapat dengan hospital dan keluarga terlibat bagi menyampaikan maklumat terkini tentang perkembangan kesihatan pelajar tersebut.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Pelajar UiTM

Ujian Ketahanan Pelajar UiTM Bertukar Jadi Tragedi, Mak Ayah Lihat Dari...

Siapa sangka, ujian ketahanan pelajar UiTM, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal bertukar tragedi apabila dia rebah ketika menyertai Cabaran Ketahanan Komander Kesatria (KKEC).