Ads

Pemandu Monorel Wanita, Jantina Bukan Halangan Nak Kuasai Bidang Teknikal

Pemandu Monorel Wanita
Pemandu Monorel Wanita

Teruja pula melihat keberanian pemandu moneral wanita ini, Farah Umira Abdul Halim membuktikan jantina bukan halangan untuk kuasai bidang teknikal.

Pemandu Monorel Wanita

Pemandu Monorel Wanita, Jantina Bukan Halangan Nak Kuasai Bidang Teknikal

Dibesarkan dengan kehidupan yang biasa, Farah tidak pernah menyangka bahawa takdir hidupnya akan berubah sepenuhnya di atas landasan rel udara ibu kota.

Kisah Farah bukan sekadar tentang mengejar kerjaya, tetapi tentang bagaimana keberanian untuk mencuba sesuatu yang di luar zon selesa. Ia termasuk mampu meruntuhkan stereotaip jantina dan mengubah takdir hidup seseorang.

“Saya sebenarnya dahulu bekerja sebagai admin biasa sahaja. Satu hari, saya cuba memohon jawatan di bahagian grafik di KL. Dalam banyak-banyak jawatan yang dipaparkan, ada terselit station officer dan transit officer. Jadi, tanpa sengaja saya pun memohon,” cerita Farah memulakan bicara.

Rezeki yang tak disangka apabila dia dipanggil untuk sesi temu duga. Menariknya, Farah langsung tidak tahu skop tugas sebenar posisi tersebut.

Bagi seorang wanita yang biasa bekerja di dalam pejabat, dia menyangka perkataan ‘officer’ itu merujuk kepada kerja kerani biasa.

“Semasa interview, saya dapat rasa persaingan sangat hebat. Ramai calon yang jauh lebih hebat daripada saya. Jujurnya, saya memang tak yakin dengan diri sendiri dan memandu monorel ini bukanlah cita-cita saya sejak kecil,” katanya lagi.

Jantina Bukan Halangan Nak Kuasai Bidang Teknikal

Pemandu Monorel Wanita, Jantina Bukan Halangan Nak Kuasai Bidang Teknikal

Ads

Melangkah masuk ke fasa latihan, Farah berhadapan dengan tembok besar. Bidang teknikal rel merupakan satu dunia yang asing dan sekian lama didominasi oleh kaum lelaki. Sebagai seorang wanita, dia mengakui aspek mekanikal amat berat untuk dihadam.

“Macam orang perempuan, kita bawa kereta, kita tahu bawa sahaja. Kalau kereta rosak atau ada masalah, kita serahkan pada mekanik. Tapi dalam kerjaya ini, mentaliti begitu tidak boleh pakai. Sifar ilmu teknikal memang membuatkan saya terduduk,” luah Farah.

Sepanjang tempoh pembelajaran, Farah tidak lari daripada kegagalan. Isu teknikal yang bertali-arus hampir membuatkannya berputus asa.

“Banyak kali saya rasa nak quit (berhenti kerja). Tapi bila saya fikir balik, di luar sana ramai lagi orang yang berebut-rebut mahukan jawatan ini. Jadi, saya nekad untuk cabar diri lagi.” katanya.

Salah satu memori yang paling diingatnya adalah kali pertama memandu monorel pada waktu malam. Kerana kedudukan monorel yang tergantung tinggi di udara, perasaan takut menguasai diri.

Ads

“Suasana malam itu agak huru-hara. Pengajar saya seorang lelaki. Saya nak tolak panel kawalan pun takut sebab kita berada tinggi di atas. Akhirnya, pengajar saya mengambil plastik, membalut tangan saya, dan memegang tangan saya menggunakan plastik itu untuk sama-sama menolak panel kawalan. Itulah pengalaman pertama saya yang sangat berharga,” kongsinya sambil tersenyum.

Bagi melayakkan diri memandu secara solo di laluan utama (main line), setiap pemandu baharu wajib melengkapkan latihan memandu selama 100 jam. Selepas berjaya melepasi fasa tersebut, cabaran sebenar pun bermula.

Rutin harian Farah memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Bagi syif pagi, seawal jam 3:00 pagi dia sudah perlu bangun menguruskan diri sebelum keluar rumah untuk mendaftar masuk (punch in) tepat jam 4:30 pagi. Bagi syif petang pula, tugasnya bermula jam 2:30 petang sehinggalah jam 12:30 tengah malam.

Namun, cabaran paling besar buat Farah bukan pada fizikal, melainkan masa bersama keluarga yang sangat terhad.

Cuti Terhad

Pemandu Monorel Wanita, Jantina Bukan Halangan Nak Kuasai Bidang Teknikal

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Masa dengan anak dan suami amat terhad. Cuti raya kami berselang-seling setahun sekali atau dua tahun sekali. Apabila terpaksa bertugas pada hari raya, suami dan anak terpaksa duduk di rumah menunggunya pulang barulah dapat beraya. Nak balik kampung memang tiada harapan. Kalau seminggu suami cuti, memang dia berdua sahaja dengan anak di rumah.

Mengendalikan pengangkutan awam yang membawa beribu-ribu penumpang setiap hari menuntut ketenangan emosi yang tinggi, terutamanya apabila berlaku kecemasan teknikal secara tiba-tiba yang boleh mencetuskan panik.

Meskipun sistem Monorel Kuala Lumpur dikendalikan secara manual, di mana kawalan kelajuan dan membrek sepenuhnya di atas bahu pemandu. Farah mengakui dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah 8 tahun berkhidmat.

Pesannya kepada wanita muda yang masih ragu dengan impian sendiri, jangan takut untuk mencuba.

Sumber: Siakap Keli

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Jangan Tunggang Agama Isu Poligami

Jangan Tunggang Agama Isu Poligami, Peguam Syarie Dedah Ada Bapa Harap...

Peguam Syarie, Fahmi Ramli mengingatkan lelaki agar tidak menunggang agama dalam isu poligami jika nafkah keluarga sendiri masih tidak terurus. Malah, ada bapa yang berharap pusat tahfiz menanggung makan minum anak